Tuesday, May 28, 2013

hati melayu

Cissss... Bagi mereka-mereka yang tidak mempercayai akan KARMANYA SANG PENCIPTA ALAM, telah nyata dan jelas bagi pengkhianat-pengkhianat yang telah kecundang dalam mempertahankan diri untuk terus KONONNYA berjuang untuk MELAYU yang telah gugur dari lapangan ragut pentadbiran yang rakus yang telah diambil selama ini daripada bahagian-bahagian amanah orang--orang MELAYU yang seharusnya sampai pada masanya dan ketikanya untuk diagihkan malah kamu telah engkar akan janji sumpah mentadbirkan akan kuasa amanat daripada KE-RAJA-RAJA-AN MELAYU. Maka terimalah akan sumpah dari saka baka nenek moyang akan karma dan hari perhitungan daripada yang telah kamu lakukan. Perlu diingatkan wahai saudara saudaraku, marilah kita bersama-sama menyusun kembali akan pentadbiran kuasa MELAYU yang sebenar-benarnya dimartabatkan atas mata-mata yang melihat akan keindahan perjuangan MELAYU bersatu. Begitu juga wahai pentadbir-pentadbir bersama samalah kita menyusun kembali kata-kata keramat yang pernah dilaungkan diatas tanah buminya MELAYU oleh para pejuang-pejuang nenek moyang bangsamu yang telah menggadaikan darah-darah yang suci lagi murni bagi memperjuangkan akan cucu cicitnya sendiri. Maka, dari itu pungutlah, sematlah, gantunglah dan kecapilah akan teguran-teguran daripada mereka-mereka yang memperjuangkan akan kata SAKTAH serta saktinya MELAYU kepada bangsa yang terjulang akan penyatuannya. Hendaklah kita bersama-sama menyatukan tenaga serta harta benda bagi mengembalikan akan warisan bangsa yang hampir terkubur dek kerana pengkhianat-pengkhianat yang tidak kenal tentang MELAYU akan perjuangan serta matlamatnya pengertian susur galur atas kehormatan AGAMA JUNJUNGAN. Maka dari itu mulakan lah dari sekarang walau disetiap pelusuk nusantara bumi bertuah mencari satu kesepakatan menampi dan menapis akan setiap inci tanah yang bertuah ini bagi mencari orang MELAYU yang benar-benar memperjuangkan agama warisan nenek moyang nya yang terdahulu. Khabar mengabarkan lah, bisik membisikkan lah, seru menyerukan lah, lambai melambaikan lah akan benih, membenih membenam inti pati serta sari pati yang ditapis sebagai pemangkin untuk memperjuangkan kembali semangat budaya melayu yang sejati.



Sudah tahu, memberi tahu.
Maka yang sudah berAKAL menentukan AKAL.
Apabila penuh AKAL, dia akan mengAKAL.

Umpama bicara pantun;
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH BICARA TOLONG AJARKAN.

Bukannya kurang ajar, biarlah ajar kepalang ajar.
Maka berhati-hatilah dalam bicara hati.


BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!! 
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!! 
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!! 
WAHAI KURSANI BANGSAKU, 
KURSANI YANG BERANI, 
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..

Tuesday, May 21, 2013

dendam tak sudah


Maka turunnya mala peteka yang tidak kita sedari daripada kepincangan yang dilakukan oleh para pentadbir-pentadbir atas amanah yang dijulang dari KE-RAJA-RAJA-AN MELAYU telah disalah ertikan dan disalah gunakan atas kuasa-kuasa yang mementingkan kaum KERABAT mahupun sahabat handai rakan dan taulan yang hanya dapat meratah akan khazanah buminya MELAYU kini kepada puak-puak yang tertentu sahaja. Nah... Betapa hebatnya permainan kamu sehingga kamu berjaya membawa kepada KEGAGALAN serta KECUNDANGANNYA amanat warisan bangsa untuk di tadbirkan sebaik mungkin malah kecundangnya MELAYU bukan kerana MELAYU tetapi ianya berpunca dari dendamnya MELAYU kepada orang MELAYU. Namun dari itu MELAYU-MELAYU yang dikatakan pengkhianat bangsa yang meratah dan merangkul akan harta-harta yang patut diberi sama rata kepada orang MELAYU telah terlepas kepada pengkhianat bangsa yang menjadikan gelanggang kuasa bagi mereka-mereka yang mengisi temolok-temolok diri yang tidak pernah ada kesudahan. Ingat lah wahai orang-orang MELAYU, kecundangnya MELAYU bukan kerana bangsa-bangsa yang lain, tetapi kecundangnya MELAYU oleh kerana dendamnya kepada petualang-petualang yang di amanahkan untuk memberi sesama rata akan SARASANYA pengagihan rezeki milik khazanah MELAYU bersama telah digadaikan kepada orang bukan MELAYU. Berpatah lah kamu semua wahai pengkhianat-pengkhianat akan apa yang telah kamu lakukan atas kerakusan serta tamak haloba temolok bersama IBLIS dan SYAITAN. Jadi sudah jelas akan dendam yang tiada kesudahan jika kita tidak bendung dari sekarang dan akan terus kecundang mendatang. Oh... Betapa hinanya bangsa MELAYU yang tidak pernah mengenal erti pengorbanan orang-orang MELAYU yang bersatu, malah dipinggirkan dan di NYAH kan dari menyuarakan untuk berkata benar. Dari itu mulai dari saat ini wahai kaum bangsaku demi SUMPAH KERAMAT SEMERAH PADI yang didulang dan menjulang akan semarak api mempertahankan bumi KURSANI warisan nenek moyang kita yang tercinta. Biar pada dasarnya kita mengembalikan kembali akan pentadbiran, pentadbir-pentadbir serta KE-RAJA-RAJA-AN menjulang dengan angkuhnya permainan sumpah nenek moyang yang terdahulu yang wajib ditegakkan sebagai PANJI-PANJI ALAM bagi menyeru kepada berdiri ALIF ZAT yang sebenar-benarnya.



Sudah tahu, memberi tahu.
Maka yang sudah berAKAL menentukan AKAL.
Apabila penuh AKAL, dia akan mengAKAL.

Umpama bicara pantun;
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH BICARA TOLONG AJARKAN.

Bukannya kurang ajar, biarlah ajar kepalang ajar.
Maka berhati-hatilah dalam bicara hati.


BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU,
KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..

Tuesday, May 14, 2013

songkok dan tanjak


Indah diatas bagai sepayung, Letaknya ditempat yang tinggi menjunjung,
Yang mencerminkan mahkota diri, Bila dipakai mencermin keindahan diri, Ibarat dimahkota diri, Itulah SONGKOK dan TANJAK nama diberi. Melambangkan berwajah waja diri, Bagi si pemakai bagi yang menghargai diri, Dan mencerminkan diri.
Usah disangsi akan warisan budaya sendiri, Maka diperlihatkan akan sentuhan cahaya ILLAHI,
Maka benar lah bagi yang sayangkan diri, Membela bangsa warisan sendiri,
Dari itu berkoyan koyan lah bagi yang tersentuh akan diri, Warisan pajakan senandung diri,
Lalu menghormati atas jemala junjungan, Yang berdiri dengan sendiri, Yang faham akan menilai akan kewujudan ilmu kefahaman diri, Lantas apa yang ditunggu lagi,
Mahkotakan lah diri, Dengan sebaik baik fikiran diri, Bangsa warisan diri, Ayuhhhhhh kita lekatkan dan sematkan budaya warisan diri,
Yang tertinggi pada sifatnya SONGKOK dan TANJAK yang tersergam berdiri, Menjadi satu lambang kebanggaan keunggulan akan maruah bangsamu yang disanjung tinggi,
Hidupkan lah cahaya bangsa, Yang menjanjikan akan keluhuran jiwa yang murni,
Bagi peradaban sopan dan santun, Berlagak gaya kaya dengan budi perkerti,
Yang tiada pada bangsa yang lain, Mengapakah kita harus memilih,
Selain daripada keunggulan sifat pakaian budaya, Yang amat tinggi nilainya,
Serta kesumpahan akan warisan perjanjian, Amanah nenek moyang yang terdahulu,
Berdirilah dengan berani, Memakai sifat ilmu pajakan dari ILLAHI,
Berdiri tegak teguh mengajar diri, Pada budaya sendiri.


Sudah tahu, memberi tahu.
Maka yang sudah berAKAL menentukan AKAL.
Apabila penuh AKAL, dia akan mengAKAL.

Umpama bicara pantun;
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH BICARA TOLONG AJARKAN.

Bukannya kurang ajar, biarlah ajar kepalang ajar.
Maka berhati-hatilah dalam bicara hati.


BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU,
KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..

Saturday, May 11, 2013

inilah pusaka


Duhai pusaka puncak menjulang tinggi, tertera wajah kesinambungan yang indah bagi menyambung akan perjuangan BERSATUNYA SESATUNYA MELAYU BERSATU. Maka, tonggak yang telah dipamerkan atas rupa dan wajah yang tersergam indah selama ini memerhatikan akan gerak langkah salah laku bagi yang mengendong akan lambang perjuangan dipadang ragutnya MELAYU dilapangan yang luar. Maka, dari itu marilah kita bersama-sama wahai bangsa kaumku MELAYU sejati dan sejagat. Sudah tiba masanya bagi kita kita kita mengembalikan dan mengembelingkan tenaga bagi memuncakkan atas wadah sumpah nenek moyang kita yang terdahulu. Hatta, dari itu sesama lah kita berjanji SEHIDUP SEMATI bagi memperjuangkan AGAMA bangsa keturunan kaum yang terpercik dari URAT NADI TULANG SUM-SUM KALBU KALBI yang dititipkan oleh SANG PENCIPTA ALAM sejak azali lagi. Maka, sedar lah bahawasanya apa yang kita pijak dan apa yang kita tongkat adalah satu persumpahan bagi mentadbirkan ALAM BUANA yang dijadikan oleh PENCIPTA ALAM untuk menyatukan akan keperibadian bangsa nenek moyang kesumpahan SEMERAH PADI. Dari itu kembalilah wahai MELAYUKU, hadir lah didalam susukkan temiang yang mengalir melalui urat darah yang telah sedia ada didalam BAHASA JIWA BANGSA yang tidak boleh kita ingkari lagi. Dari ufuk timur hingga ke ufuk barat, berkumpul lah kalian-kalian saudara-saudara SEPERCIK SYER WARISAN yang benar lagi nyata dalam kesatuan. Bersatulah wahai bangsaku, hadirkan lah sifat RAHMAN dan RAHIM bersama-sama agar dapat kita menyelongkar akan kesilapan kita kita kita yang terdahulu. Maka BUANG LAH YANG KERUH, AMBIL LAH YANG JERNIH. Dalam kita memperkatakan perjuangan MELAYU yang sejagat, biar lah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dari itu sedarkah kamu dan dimanakah tempatnya bagi orang MELAYU untuk menghadirkan akan penyatuan diatas ISTANANYA MELAYU ini? Telah jelas atas KE-RAJA-RAJA-AN MELAYU yang mempamerkan akan wajah lambang penyatuan MELAYU yang boleh disatukan melalui wajah keramat yang dipamerkan didalam lambang UMNO yang membawa kepada AGAMA yang sejagat. Nah... Dimana lagi tempatnya kalau tidak orang MELAYU itu bersatu didalam UMNO.



Sudah tahu, memberi tahu.
Maka yang sudah berAKAL menentukan AKAL.
Apabila penuh AKAL, dia akan mengAKAL.

Umpama bicara pantun;
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH BICARA TOLONG AJARKAN.

Bukannya kurang ajar, biarlah ajar kepalang ajar.
Maka berhati-hatilah dalam bicara hati.


BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU,
KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..

Sunday, May 5, 2013

kehancuran orang melayu


KE-RAJA-RAJA-AN yang baru memerintah disarankan supaya mengenal pasti petualang-petualang yang ada didalam pentadbiran-pentadbiran negara. Mulai saat ini dan detik ini mulai lah dengan mencari sampai ke LUBANG CACING akan pengkhianat-pengkhianat yang menjadi DURI DALAM DAGING, GUNTING DALAM LIPATAN, mahupun ibarat BULOH PEPAT DILUAR, RUNCING DIDALAM. Terajui lah ia daripada pentadbiran kampung iaitu dari JKKK nya sampai ke MENTERI MENTERI. Maka mereka-mereka inilah yang telah banyak mengorbankan dan menggadaikan akan maruah bangsa MELAYU yang telah tercalar. Jadikan lah ia sebagai satu ikhtibar wahai pemimpin-pemimpin negara yang memperjuangkan akan AGAMA MELAYU serta amanah sumpah nenek moyang kita yang terdahulu. Bagi mereka yang baru merasai akan kehidupan telah banyak membuat kesilapan lalu menolak akan pentadbiran MELAYU itu sendiri dan tidak juga disalahkan bagi orang-orang lama yang masih mahu MENONGKAT LANGIT maka turunlah kamu dari tahta KE-RAJA-RAJA-AN yang telah lama kamu pelopori akan kecundangan diri kamu membawa MELAYU ditempat yang tertinggi. Nyata KARMA menolak MELAYU telah hadir atas kenyataannya. Lihatlah penyatuan bangsa yang lain telah mengalahkan atas penyatuan bangsamu sendiri. Dimanakah harus kamu pergi? Bangsa yang lain tetap dengan bangsanya. Alangkah SIAL BADAN NAMANYA jika MELAYU menjadi pengikut bangsa yang lain. Tidak malukah kamu? Tentang diri kamu serta agama bangsanya sendiri. Di mohon perkenankan oleh SANG MAHA KUASA bagi mereka-mereka ini pasti azab hukum KARMA akan mengundang kini. Ingat lah wahai bangsaku. BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH. Berlakunya sedemikian nyata atas kelihatan daripada penglihatan bahawasanya kamu, kamu, kamu telah menjadi alat bagi memenuhi NAFSU SERAKAH mereka-mereka untuk menguasai diri kamu dan bangsa nenek moyang terdahulu dan kini. Sedarkah kamu apa yang telah kamu lakukan wahai bangsaku?


Sudah tahu, memberi tahu.
Maka yang sudah berAKAL menentukan AKAL.
Apabila penuh AKAL, dia akan mengAKAL.

Umpama bicara pantun;
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH BICARA TOLONG AJARKAN.

Bukannya kurang ajar, biarlah ajar kepalang ajar.
Maka berhati-hatilah dalam bicara hati.


BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU,
KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..

Wednesday, May 1, 2013

penyucian


Jika masih terasa akan bumi yang dipijak, masih ada peluang lagi untuk kita menjunjung JUNJUNGAN keatas langit yang ditadah. Maka, kesempatan ini marilah kita bersama-sama wahai saudara-saudaraku, buang lah yang keruh didalam JIWA dan sucikan lah HATI NURANI BATIN KALBU dengan AIR MATA yang SUCI lagi MURNI. Antara TANGAS dan TANGISAN inilah yang akan menyatukan SENAFAS SENADI pada kejadian yang sebenar-benarnya akan SA-MELAYUNYA atas keinsafan NAFAS titipan atas KEILMUANNYA SANG PENCIPTA. Wahai saudara-saudaraku, bersama-sama lah kita berjanji akan memperjuangkan martabat bangsa buminya MELAYU  ditempat yang paling tertinggi di ALAM BUANA NUSANTARA yang amat luas untuk kita menterjemahkan akan seni bangsa nenek moyang yang terdahulu yang unggul. Maka, percik-percikkan lah SESENAFAS yang ada diberikan akan kesempurnaan bagi menyemaikan benih-benih kelahiran sentuhan ILMU yang BENAR yang dibawa oleh JUNJUNGAN agar dapat diresapi akan resapnya didalam jiwa makhluk yang bernama MELAYU. dari itu berpegang teguh lah kita untuk di jadikan satu rangkaian rantai yang merantai akan AMANAH galang susulan nenek moyang kita yang terdahulu. Dan barang siapa yang terpercik akan sentuhannya sendiri yang menjadikan DIRI yang BERDIRI mengenal DIRI dan membawa kepada SANG PENCIPTA DIRI. Maka, pikul lah wahai bangsa kaumku MELAYU, biar “MEMBUJUR LALU” “MELINTANG PATAH”. Namun, perjuangan amanah susulan yang BERDIRI dengan SENDIRINYA yang hadir MENGHADIRI akan sapaan DIRI MEWAJIKAN atas WAJIBNYA kesinambungan warisan serta gagasannya untuk diperjuangkan sampai mati. Maka, barang siapa yang tersentuh dan terasa atas WUJUD atas WUJUDANNYA SYER NUR SYER NYA yang jelas serta nyata pada HAQ HAKIKATNYA yang WAJIB pada KEWAJIBAN tersentuh, terpercik akan ILMU yang BENAR maka, letaknya ditempat yang benar iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dari itu bagi barang siapa yang MUNGKIR akan MUNGKAR percikan WALI KERAMAT yang benar atas peradabannya maka SAKSI dan LIHAT dan RASAKANLAH akan KARMA SANG PENCIPTA ALAM BUANA yang benar tidak dapat dielakkan atau disisih walaupun SEJENGKAL.



Sudah tahu, memberi tahu.
Maka yang sudah berAKAL menentukan AKAL.
Apabila penuh AKAL, dia akan mengAKAL.

Umpama bicara pantun;
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH BICARA TOLONG AJARKAN.

Bukannya kurang ajar, biarlah ajar kepalang ajar.
Maka berhati-hatilah dalam bicara hati.


BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU,
KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..