Sunday, September 22, 2013

harapkan pagar, pagar makan padi (kesah 1)


Dalam tak sedar kita menghirup udara serta nafas yang dibius bersama biusan ibarat SELUANG MENCUCUK MATA, PEPET DILUAR RUNCING DIDALAM, BALING BATU SEMBUNYI TANGAN, DALAM MENANG MENJADI ARANG KALAH MENJADI ABU, BAGAIKAN DURI DALAM DAGING, kita telah tewas dalam menampi atas tampian bagi mengasingkan antara dan diantaranya terlepas dalam genggam yang menggenggam tanpa kekuatan yang ada didalam perjalanan diri yang kononnya telah berdiri. Maka lahirlah gugusan penderhaka-penderhaka bersama petualang-petualang yang memasuki menusuk akan akal fikiran serta jiwa-jiwa bersemi didalam kelompok-kelompok yang dikatakan memperjuangkan seni bangsa serta KE-RAJA-RAJA-AN yang ulung lagi ungul ibaratnya SETITIK NILA YANG JATUH DIATAS TEPUAN SUSU, MAKA ROSAKLAH SUSU SEBELANGA.
Dari itu janganlah kamu berpuas hati dan mendabik dada, masih ada lagi dan ramai lagi yang harus di saring untuk mendapatkan TOSAN saringan yang suci lagi bersih. Perhatikanlah wahaiiiiiii para-para penyusun tadbir akan kealpaan kamu dan kelalaian kamu yang menyebabkan kerosakkan serta kemusnahan akan jiwa bangsa kamu sendiri. Maka dari itu, hatta andai kata perosak bangsa yang dahulunya yang kononnya telah mengakui akan dirinya balik ke pangkal jalan, lalu ingin bersama sama menerajui akan gugusan tadbir yang ingin dibina semula. Jangan lah sekali kali kamu menerima akan pujuk rayu serta kemaafan yang lahir dari mulut-mulut penderhaka yang telah mencemarkan dibawah duli mahupun bangsa nenek moyang kamu sendiri. Telah jelas terbukti akan kata celanya yang terdahulu yang sanggup mengherdik dan memfitnah akan kaumnya dahulu, kini ingin berpatah arang kembali kepada kamu semata-mata untuk mencari kelemahan atau kekurangan yang ada didalam kelompok kamu ianya ibarat SENJATA MAKAN TUAN dan akan meracuni pemikiran-pemikiran yang bersih ibarat API DALAM SERKAM. Maka titik tolaknya terpulang kepada kamu untuk memikirkan akan kesejahteraan yang akan kita bina demi menyelamatkan titipan keramat atas warisan yang tercinta.
Dari itu sewajib sekeras-kerasnya kita menolak akan penderhaka-penderhaka ini daripada diberi ruang untuk kembali kepada ketadbiran gugusan bangsa yang kita hormati dan sayangi selama ini. Maka dari itu, persatukan lah hati jiwa dan nurani bagi menghukum mereka-mereka ini daripada terus BERMAHARAJALELA mengagong-agongkan penderhaka menjadi pahlawan. Maka tariklah akan kekebalan yang ada disertai dengan hukuman yang setimpal yang mencemar akan ketuanan RAJA-RAJA MELAYU yang telah dipersetujui akan perlembagaan serta kekeramatan daulat yang dititipkan atas JUNJUNGAN yang di sanjung tinggi.


Sudah tahu, memberi tahu.
Maka yang sudah berAKAL menentukan AKAL.
Apabila penuh AKAL, dia akan mengAKAL.

Umpama bicara pantun;
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH BICARA TOLONG AJARKAN.

Bukannya kurang ajar, biarlah ajar kepalang ajar.
Maka berhati-hatilah dalam bicara hati.


BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU,
KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..

Tuesday, September 17, 2013

putih mata hitamku


Sudah sampai masa dan ketikanya kini, berpasuk-pasuk serta berpasak-pasaklah kita bersama dalam mengharungi perjalanan MEMPERKASAKAN dalam sesuatu perkara yang amat jelas dan nyata kepada arah satu pakatan yang paling amat besar erti serta makna yang tersurat dan tersirat bagi diterjamahkan bagai HUJAN MEMBASAHI BUMI melata akan sekatanya penyatuan yang wajib disatukan dalam pengertian dalam sesuatu perkara membaitkan serta mengaitkan pada satu kata yang membawa melata akan keindahan serta kemasyuran titik pertemuan akan amanah yang dijulang pada martabat yang tinggi. Harus diperkatakan tentang acap kali dipersembahkan dengan nada yang berani berserta KURSANI dilontarkan pada isi alam yang memancarkan akan sinar semangat keramat yang disertakan akan WAKILAH-WAKILAH serta PARA WALI – PARA WALI serta melata disegenap pelusuk ALAM BUANA yang menggegarkan akan laungan kata keramat nenek moyang yang disandarkan pada bahu-bahu setiap darah yang mengalir yang berpijak pada bumi yang nyata. Inilah yang dikatakan MELAYUUUUUUU. Wahaiiiiiii, wajib lah DIRI DIRI DIRI DIRI yang mengharungi DIRI yang akan membela DIRI DIRI DIRI DIRI sebaik mungkin untuk disempurnakan bagi menjunjung atas titah perintah yang dititip dari DULI DULI DULI DULI akan PENCIPTANYA menerangi akan didalam JIWA JIWA JIWA dan ROH ROH ROH yang suci serta menerima akan kudusnya. Jangan lah berlengah lagi persiapkan lah percikan atas warisan yang sentiasa menjemput kamu disisi bagi mengolah akan kebenaran yang nyata percikan kenyataannya supaya kamu jangan lupa serta alpa akan pinggiran-pinggiran yang telah DIMAHKOTAKAN diatas JEMALA JEMALA JEMALA tiupan seru akan kata keramat yang perlu serta wajib dilaksanakan pada setiap insan yang BERMATA HITAM.

Sudah tahu, memberi tahu.
Maka yang sudah berAKAL menentukan AKAL.
Apabila penuh AKAL, dia akan mengAKAL.

Umpama bicara pantun;
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH BICARA TOLONG AJARKAN.

Bukannya kurang ajar, biarlah ajar kepalang ajar.
Maka berhati-hatilah dalam bicara hati.


BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU,
KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..

Thursday, September 12, 2013

jangan tersasau

puisi tamim:

Sasterawan negara nama diberi,
Tahun 86 nama terpatri,
Diletaknya tinggi tidak terperi,
Bahasanya indah sentiasa dipuji.

Kini kuasa semakin terkikis,
Akibat usia semakin terhakis,
Dihasut oleh yang maha rakus,
Lalu terjebak melawan arus.

Kini sasterawan menjadi sasauan,
Wira bukit hidup tak keruan,
Kerana hati dalam kegelapan,
Kerana daka sudah dihadapan.

Jangan hidup tahu buat,
Setiap masa harus taubat,
Usia senja makan ubat,
Kalau leka terputus urat.

Jangan hidup kerana salina,
Tidur tak basah makan tak lena,
Jangan sampai badan merana,
Kembalilah kepada jalan yang benar.

Wahaiiiiiii....... insan yang bergelar aaaaaaa samad said;
kalau SESAT dihujung jalan, kembalilah kepangkal jalan.
Semoga hidup tidak menjadi karuan.

Sudah tahu, memberi tahu.
Maka yang sudah berAKAL menentukan AKAL.
Apabila penuh AKAL, dia akan mengAKAL.

Umpama bicara pantun;
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH BICARA TOLONG AJARKAN.

Bukannya kurang ajar, biarlah ajar kepalang ajar.
Maka berhati-hatilah dalam bicara hati.


BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU,
KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..

Sunday, September 8, 2013

main wayang


Dalam remang meremang menggilai ngilai-mengilai akan waba mewaba tentang kononnya tahu akan ketahuan yang dipikul dan disandang sebagai beban amanah yang ingin dibawa kemuka hadapan takut tidak kesampaian, jasteru itu hilaian-hilaian yang membawa kepada hanya bayang-bayang atas bayangan yang tiada nyata pada bentuk rupa ketika, amatlah dikesali akan puji-pujian yang tiada nyata akan keterampilan yang kononnya menjadi satu igau akan igauan yang tidak pernah wujud didalam bahasa kenyataan. Didalam menentukan arah kepada arahan yang menjurus terjurusnya haluan hala tuju akan sesuatu, wajib lah bagi yang menjurus sejujur-jujurnya telah melalui akan kejurusan melalui jalur-jalur rentapan yang memeka akan kepekaan hirisan jalur gemilang yang mengembilangi akan suasana pancar-sepancar URAT NADI TULANG BESI DAGING KALBI.

Sudah tahu, memberi tahu.
Maka yang sudah berAKAL menentukan AKAL.
Apabila penuh AKAL, dia akan mengAKAL.

Umpama bicara pantun;
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH BICARA TOLONG AJARKAN.

Bukannya kurang ajar, biarlah ajar kepalang ajar.
Maka berhati-hatilah dalam bicara hati.


BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU,
KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..



Thursday, September 5, 2013

keramat



Telah melatah akan melata perjuangan dipatri akan ketulusan kaedah mencari jalan penyelesaian pada fakta bagi takbir mentakbirkan persoalan memartabatkan akan sumpah janji taat setia kepada keramat bumi budi bangsa yang didokong untuk meletakkan ia ditempat yang paling tinggi harus diingatkan, perjelas akan penjelasan yang akan membawa kepada matlamatnya haruslah sedalam-dalamnya difikirkan bersama untuk mencapaikan satu kesepakatan PERBAUNGAN BAUNG SEBAUNG BAUNGNYA kesucian keramat kata yang tidak boleh ditolak dan ditampi bagi menentukan kejayaan sesuatu perkara yang boleh dijadikan MUTIARA diri serta bangsa diri yang akan menjamin terjaminnya jaminan disisi PENCIPTA ALAM BUANA

Dari itu harus diketepikan bait perjuangan memperjuangkan bangsa agama serta budi santun bahasa kaum memartabatkan keagongan akan daulah bangsa yang bermaruah dapat dihadapkan dihadapan melebihi akan bahasa batang tubuh yang ada. Titik pertemuan wajib lah diolah dari saat ini demi mengekalkan akan melatanya butir-butir mutiara matlamat kata dapat diserapkan kepada hati jiwa nurani yang kasih kepada pengasih ibarat diserap akan KURSANI menyerap didalam aliran nafas-nafas yang hidup dibumi kepada setiap insan yang memegang kepada atas wujudnya sumpah-sumpah yang KUNING MENGHENING akan KEEMASAN MUTIARA meresap didalam hati sanubari yang dipercikkan akan SYER-SYER wajah sinar NUR pada ketetapan yang telah yang dijanjikan kepada makam yang sentiasa terpuji akan kedudukan. 

Dari itu bersumpah lah kamu pada diri kamu bagi menentukan akan rupa wajah yang membawa kepada MAWAJAH perjuangan titipan yang dibawa oleh JUNJUNGAN pada benar yang membawa kepada kebenarannya terlerai pabila datangnya kebenaran maka terhapuslah kebatilan yang mantan pada SUMPAH KERAMAT yang melata pada setiap inci ruang yang ada pada ALAM SAMESTA ALAM.

Sudah tahu, memberi tahu.
Maka yang sudah berAKAL menentukan AKAL.
Apabila penuh AKAL, dia akan mengAKAL.

Umpama bicara pantun;
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH BICARA TOLONG AJARKAN.

Bukannya kurang ajar, biarlah ajar kepalang ajar.
Maka berhati-hatilah dalam bicara hati.


BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU,
KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..



Monday, September 2, 2013

beban yang terpikul



Adab pengantin memakai tengkolok,
Keris disisip dikiri pinggang,
Kalau asik nak besarkan temolok,
Tunggu lah karma akan mendatang.
Mendatang pendatang dari seberang,
Bersampan kolek mudir kehulu,
Kalau takut dicaci orang,
Lengkapkan diri terlebih dahulu.

Hulu bernama harimau berantai,
Dibawa mengadap berjumpa sultan,
Kalau lah diri buat buat pandai,
Kelak kelak nanti tersesat jalan.


Namun bagaimana, diwalau walau pun bagi yang digalas atas sandangan waimah kecil atau besarnya akan sesuatu perihal perkara-perkara wajib lah bagi mereka-mereka ini melunaskan akan akurnya sumpah janji taat setia kepada SULTAN serta KE-RAJA-RAJA-AN mahupun gagasan dari pentadbir-pentadbir yang mentadbir akan buminya MELAYU diperlakukan dengan seadil-adilnya bagi menuju satu kesepakatan MELAYU bersatu. Dari itu, andai serta andaian yang dilakukan dengan tidak secocoknya akan perlakuan yang mencemar akan tersanggahnya hukum yang termaktub didalam perlembagaan-perlembagaan KEDAULATAN gabungan sumpah MELAYU tidak dapat dilaksanakan sebaik mungkin maka dipersilakan turun dari kedudukan yang diberi kepada kamu dengan secara hormatnya mahupun diambil kira akan dirinya serta keluarga mahupun rangkaian suku sakat mereka-mereka ini tidak boleh memperolehi akan khazanah-khazanah harta milik orang-orang MELAYU ditangguk secara rakus oleh mereka dengan cara yang tidak sewajarnya mereka miliki. Dari itu mahu tidak mahunya atas perlakuan yang telah diterjemahkan dengan secara terang akan keterangan jangan jadi sampai menolak hukum menghalalkan cara. Itulah yang berlaku abad ke abad bagi mereka yang berjiwa akan kerakusan dibontak-bontak jiwa mereka penuh sifat-sifat syaitan dan iblis yang telah mengaburi akan keindahan rupa-rupa pembohongan yang selalu dijanjikan oleh kefahaman yang mereka anuti untuk memperbodohkan akan bangsanya sendiri demi kepentingan nafsu-nafsu mereka sendiri. Perlulah diingatkan wahai pencinta-pencinta warisan pengorbanan yang menyapa akan sahutnya menggunung akan pancar cahaya bagi memartabatkan nilai-nilai murni amanah gugusan keramat nenek moyang terdahulu disempurnakan kepada yang berwajib. Perlu juga diketauhi akan bedanya jurang persoalan yang paling asas akan fakta -akta kehidupan serta pentadbiran yang menjadikan kekuatan untuk mengenali akan keperluan mahupun kekuatan keinginan dan wajib diperjelaskan bahawasanya jangan dijadikan kemahuan itu diatasi atas keperluan. Amat amatilah akan kata-kata keramat ini bagi memudahkan percernaan falsafah perjalanan menerajui teraju yang diunjurkan kepada kestabilan serta keharmonian bangsa kita bersama.

Sudah tahu, memberi tahu.
Maka yang sudah berAKAL menentukan AKAL.
Apabila penuh AKAL, dia akan mengAKAL.

Umpama bicara pantun;
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH BICARA TOLONG AJARKAN.

Bukannya kurang ajar, biarlah ajar kepalang ajar.
Maka berhati-hatilah dalam bicara hati.


BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU,
KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..