Wednesday, July 3, 2013

wakalah sumpah

Tatakala serunai, nobat, gendang, dipalu atas jemputan WARKAH dari pentadbiran KE-RAJA-RAJA-AN MELAYU menyeru kepada WAKIL-WAKIL yang telah diamanahkan supaya mengambil langkah sebulat suara bagi mengotakan akan MAHKOTA PERJANJIAN yang akan diakrabkan kepada titipan dari SUARA RAKYAT bagi melaksanakan atas PERINTAH JANJI. Janji-janji yang dilemparkan supaya dapat ditunaikan atas perlaksanaan pada jalan yang disalurkan mengikut lunas-lunas adab sopan. SAKTAH melalui galasan PERJANJIAN PERLEMBAGAAN yang termaktub diatas KEMATRIAN yang sebulat suara dari seruan kesepakatan KE-RAJA-RAJA-AN MELAYU yang terhormat dan terulung lagi sejati. Dari itu bagi pelbagai dari wakil mahupun pencinta-pencinta perundangan diwajibkan mengambil kata keramat sumpah nenek moyang yang disaksikan oleh amanah warisan yang dipertanggungjawabkan bagi meneliti akan tutur kata sopan yang telah dilafaskan dihadapan yang perlu ditunaikan atas laungan AMANAH daripada mulut-mulut mereka sendiri yang tiada syak wasangkanya bagi menjalankan tutur kata amanah perlaksanaan janji ditunai dan dimetrai. Sah-sahnya pada yang berwajib.Maka harus lah diingatkan wahai PENTADBIR-PENTADBIR serta WAKIL-WAKILAH yang mengakui akan termaktubnya kestabilan RANG UNDANG-UNDANG PERTABALAN serta PERLEMBAGAAN yang khusus yang telah diucapkan agar tidak melepasi akan KEDURJANAAN serta MENJUAL MARUAH mahupun mengenepikan akan keramat kata yang telah dijanjikan dihadapan atas KE-RAJA-RAJA-AN MELAYU. Maka dari itu wajarlah andai kata perlembagaan yang telah dimetrai akan kesahihan berkat kata wadah perjuangan yang membaitkan kebenaran dilanggar atau dinodai akan kesuciannya maka terimalah padahnya akan kesinambungan kata KARMA dari SANG PENCIPTA. “BERGURU BIAR KEPALAN AJAR”, maka hayati lah detik-detik pengorbanan jiwa bangsa yang diutamakan bagi memajukan kemuka hadapan atas amanah sumpah nenek moyang yang terdahulu dapat dilaksanakan dengan sewajar-wajarnya kepada lapangan pentadbiran dari TUNJANG ke AKARNYA serta UBINYA malah sampai ke PANGKAL POHON RANTING KERANTINGANNYA serta kepada hujung PUCUKNYA. Maka dari itu sudah semestinya diterokai akan pengkhususan mentadbirkan ISTANA BUMINYA MELAYU semulia mungkin. Jangan diperkecilkan akan SUMPAH perjuangan bergalas dengan wadah perjuangan JUNJUNGAN yang membawa kepada kesempurnaan ALAM sejagat yang ingin dinikmati oleh sekelian makhluk yang hadir diatas pentas perjuangan nenek moyang yang terdahulu. Nahhh... Dimana ISTANANYA MELAYU kita pijak, disitulah langitnya berserta seisi alam kita junjung dibawah KEILMUAN yang dibawa oleh JUNJUNGAN.



Sudah tahu, memberi tahu.
Maka yang sudah berAKAL menentukan AKAL.
Apabila penuh AKAL, dia akan mengAKAL.

Umpama bicara pantun;
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH BICARA TOLONG AJARKAN.

Bukannya kurang ajar, biarlah ajar kepalang ajar.
Maka berhati-hatilah dalam bicara hati.


BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU,
KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..


No comments:

Post a Comment