Wednesday, February 27, 2013

masuk seperti petir...


Masuk!!! Masuk!!! Masuk!!! masukkanlah seluruh jiwa dan raga wahai saudara-saudaraku. Didalam temuni RAHIM daripada PENCIPTANYA. Bersatulah kita menyusun kembali memperkukuhkan ilmu akan segala ilmu, akan jati segala jati, akan diri segala diri. Menyerahlah dibawah naungan laungan perit getir susukkan keramat wadah perjuangan yang telah kita lalui bersama. Bagi menyempurnakan segala usaha doa keramat pada warisan yang terdahulu. Maka ambillah berkat dari susulan kata-kata yang boleh membawa perjuangan bangsamu sendiri. Ini bukan masanya untuk menyalahkan apa yang telah berlaku. Berfikirlah bagaimana untuk kita mengatur kembali, memperbaiki kembali, menyisip kembali akan perbuatan-perbuatan yang tersisip akan ketelanjuran yang dahulu. Jangan lah kamu wahai saudaraku, takut akan bayang-bayangmu sendiri, berlapang dada lah mengakui akan keakuan perbuatan yang telah terjadi. Tampil lah kehadapan demi menyelamatkan akan warisan bangsamu sendiri. Tagih lah akan ketagihan raih-raih simpati moga-moga kamu terlepas daripada azab yang telah dijanjikan oleh YANH MAHA BIJAKSANA. Hatta, dari itu maka kembalilah kepada jalan bangsamu sendiri. Janganlah kamu berdegil hati, kerana kedegilan itulah yang membawa kerugian pada diri kamu dan bangsamu sendiri. Ayuh berkoyan-Koyan lah kamu bagi yang ketelanjuran menyusun kembali akan wardah perjuangan yang amat-amat berharga untuk cucu cicit kita nanti. Yang patut beralah, beralahlah. Yang patut turun, turun lah. Yang patut terjun, terjunlah demi martabat maruah diri dan bangsamu yang dikasihi dan disayangi. Berilah peluang kepada yang patut memperjuangkan, mempertaruhkan, menghadirkan diri demi menyahut sumpah berdarah bagi kesatuan-kesatuan yang pernah nenek moyang suku sakat kita lalui. Cukuplah dengan apa yang kamu nikmati. Agih-agihkan lah kuasa perjuangan kepada yang mampu memartabatkan ditempat yang paling tertinggi di kalangan kaum bangsa MELAYUMU sendiri. Pilihlah, tapislah agar benar-benar perjuangan pengorbanan ilmu yang benar bagi seantero pelusuk benua yang mengenali akan kehebatan perjuangan SA-MELAYU. Tidak terlepas kepada orang yang tidak memegang pada amanahnya. Maka beranikan lah diri menghadapkan lah diri kepada wajah bangsamu sendiri, jangan lah kamu rakus akan kuasa yang ada lama di tangan kamu, kerana fikirkan lah bahawasanya LANGIT ITU TIDAK SELALU CERAH dan BUMI MANA YANG TAK DITIMPA HUJAN. Adakah kamu ingin MENONGKAT DUNIA? Sedangkan kamu BERTONGKAT DAGU. Waktu dan usia telah pun sampai pada penghujungnya. Maka kembali-kembalikan lah kuasa - kuasa pemerintahan MELAYU kepada martabat SA-MELAYUNYA. Jangan dibiarkan kerana NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA. Kerana SEEKOR LEMBU MEMBAWA LUMPUR, SEMUANYA TERPALIT. Jadi jagalah maruah bangsamu dan keturunan kamu. Maka BENIH YANG BAIK, JATUH KE LAUT MENJADI PULAU. Kalau BENIH YANG BUSUK, maka SESIAL-SIAL BADAN NAMANYA. Maka marilah kita bersama mengumpulkan segala tenaga URAT DAWAI TULANG BESI bagi memperkasakan atas kesatuan SA-MELAYU. Lihatlah apa yang telah terjadi diatas perbuatan tangan kamu sendiri yang telah kamu racunkan, yang telah kamu bunuhkan, yang telah kamu kuburkan akan adat resam tatasusila akan keindahan martabat MELAYU yang diakui akan kehebatanya di segala pelusuk benua. Dimanakah hati-hati jiwa KALBU KALBI yang murni yang telah diamanahkan kepada kamu untuk digunakan dengan sebaiknya. Maka terzalim lah akan bangsamu atas kezaliman kamu sendiri. Kerana jiwa-jiwa yang ada dalam diri kamu bukannya jiwa-jiwa EHWAN malah HAIWAN yang amat nyata. Adakah kamu tidak menyaksikan? Adakah kamu telah pekak? Buta dan tuli? Dengan perbuatan-perbuatan penderhakaan yang telah kamu hunuskan didada-dada, dibenak-benak, dirupa-rupa kaummu sendiri. Maka bidalan menyatakan ingatlah BIARLAH MELETAKKAN SESUATU PADA TEMPATNYA. Jikalau mahu benar-benar mengetauhi benar atas kebenaran supaya tidak kecundang dibelakang hari. Mengapa kita harus menyesali, apa yang telah terjadi. Yang terjadi telahpun terjadi. Masa yang telah lepas tidak akan kembali lagi. Hatta, dari itu bertekad lah dan bulatkan lah kata bagi memartabatkan kembali akan RAJA-RAJA SA-MELAYU bagi menjamin agar tidak tercemarnya lagi. Kedaulatan dibawah DULI, yang mesra lagi AGONG. Maka AGONGAKAN lah, maka mulai hari ini sudah sampai masanya untuk kita AGONG-AGONG kan atas nilai-nilai keperibadian KEAGUNGAN SA-MELAYU.
DAULAT MELAYU!!! DAULAT MELAYU!!! DAULAT MELAYU!!!




BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU, KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…

Saturday, February 23, 2013

dodoi si dodoi-dodoi


Heyyy diwajah mewajah terbit lah wahai bangsaku bagi sekian alam. Bersatulah atas penyatuan demi memartabatkan kelopak bunga bangsamu. Berupalah wajah hadirlah wajah hampirlah wajah keturunanku bangsaku nenek moyangku yang telah bersemadi bersama doa panjatan susuk keamanan bagi memuliakan atas kemulian perjuangan berdarah sumpah nenek moyang dan marilah kita bersama memanjatkan kefahaman atas kesatuan berkumpulnya kembali akan bait permulaan yang telah dimulakan oleh orang yang terdahulu dan tiba masanya untuk kita bersama menyambung wadah, menyambung adab resam, menyambung kesepakatan bagi penyambungan tak akan berakhir untuk membawa MELAYU martabat yang tertinggi DIALAM BUANA ini. Bersama lah kita BAGAIKAN AUR DENGAN TEBING saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Mulai lah dengan SELAWAT JUNJUNGAN, agar apa yang dijunjung tetap diatas JUNJUNGANNYA. Marilah kita menyatukan hati-hati yang batu yang sekeras besi. Cairkan lah ia dengan SELAWAT JUNJUNGAN yang dibawa oleh JUNJUNGAN dan sama juga yang JUNJUNGAN perkatakan: KATAKAN LAH WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG, TENANGKAN LAH JIWA YANG BERCAMPUR BAUR DENGAN KEPEKATAN HASAT DENGKI, TAMAK DAN HALOBA. Merendahkan martabat bangsamu sendiri. Maka beraur lah kamu mengikut aurnya menuju diperhentian yang dijanjikan. Mulakan lah tapak langkah demi langkah, menyusun kelek, kelek mengelek, pukul memukul, lian melian dan lebatkan lah pelebat untuk kita bersatu bersama dalam senada selagu seirama. Maka hayunkan lah dengan hayunan sekuat-kuatnya sehingga ketitisan yang terakhir. Bahawasanya diperut bumi ini lah, di tangan dan kaki ini lah yang telah menghayun dengan rentak lagu senandung irama geloranya bangsanya MELAYU. Kita pernah dibuai oleh tangan orang yang terdahulu yang membisikkan atas kata-kata keramat dan harapan yang tinggi menggunung untuk kita bawa bersama atas perjuangan org yang terdahulu. Imbas lah kembali dodoian-dodoian akan dodoi si dodoi dgn penuh titisan air mata bagi mempertahankan bumi yang pernah berdarah ini untuk kita bersama. Saudara-saudaraku, wajib akan mewajibnya untuk kita pikul bersama dalam arus alunan jiwa yang semurni-murninya bagi mempertahankan  HAQ HAQ HAQ pada yang berhak oleh PENCIPTA ALAM SEMESTA, alam bertakbir lah dengan takbiran yang menghadirkan atas kesenambungan wajah-wajah yang benar. Benar!!! Benar!!! Benar!!! akan kebenaranya. Mengapakah kamu sangsikan, sesangsi-sangsinya akan perjuangan orang yang terdahulu yang telah berjasa kepada nusa dan bangsanya sendiri. Tidakkah kamu mengerti wahai SI BANGSAT yang mencemar atas DULINYA dan DAULAHNYA dan KERAMATNYA serta KEAGUNGAN yang terulung. Jangan lah kita menjadi seperti SENJATA MAKAN TUAN. Maka bersatu lah wahai bangsaku. Hentikan lah mengherdik mencaci mencela atas keturunan mu sendiri. Janji SANG PENCIPTANYA amat lah tepat. Maka barang siapa yang menaikkan martabat atas kejadian bangsanya, maka tempat yang terindah di janjikan oleh SANG BUANA. Maka barang siapa yang mengherdik, menghina, mencela akan mendapat KARMANYA sendiri. Itu sudah pasti kalau terlanjur basah, biarlah sekoyan basahnya. Maka bersiram lah kamu dengan kata-kata pujangga yang membangkitkan cahaya PENCIPTA yang menerangi akan bulan, bintang dan matahari akan keadilannya. Wahai kaumku!!! Wahai kaumku!!! Wahai kaumku!!! jadikan lah MELAYU itu pada wajah-wajahmu. Maka barang siapa yang berwajah MELAYU akan jelas keperibadian SA-MELAYUNYA. Barang siapa yang berupa-rupa MELAYU maka inilah penderhaka gelarannya. Maka janganlah kamu MENAMPAR AIR DIDULANG, takut terpercik muka sendiri. Fikirkan, fikirkan, fikirkan lah demi darah yang mengalir, MERAH BERSAMA, PERJANJIAN MAUT BERSAMA. Katakan lah perjuang bangsa, turunkan lah, sepadukan lah, atas penyatuan kata sumpah keramat yang ada tersimpan didalam peti hati sanubari. Keluarkan lah wahai saudara-saudaraku demi mengekalkan atas kesinambungan kewajipan yang telah diamanahkan atas amanah yang tertinggi dari org yang terdahulu yang terang mahupun tersembunyi untuk dimanfaatkan kepada anak cucu warisan bangsa. Berminyak seminyaknya, berlumpur selumpurnya, bersebat sesebatnya, berkuda kekudanya, berteleku setelekunya, bersongsong sesongsongnya, berkilas sekilasnya, bertepis setepisnya, berlibas selibasnya, bersedu sesedunya turunkanlah sebaik mungkin secepat mungkin kepada anak cucu, anak cucu, anak cucu yang wujud akan hadir kehadiran wajah-wajah MELAYU jati dan tulin. Mulakan lah tapis penapisannya, sehingga kebal pendiriannya. Susukkan lah akan jiwa keramat didalam pahit getir menentukan akan pewaris yang akan mewarisi perjuangan yang berdarah ini. Hatta, marilah kita mulakan bersama menuju kearah dan haluan yang satu atas kesatuannya. Bersatunya MELAYU bersatu.



BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU, KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..

Wednesday, February 20, 2013

Ampun TUANKU beribu-ribu ampun, Sembah patik harap diampun



Tidakkah kamu sedar wahai bangsaku, akhir-akhir ini CACING TELAH NAIK KEMATA. Dimanakah harus kita sembunyikan kita sorokkan akan maruah bangsa MELAYU yang tercemar dek suapan-suapan yang disuap kemulut-mulut mereka oleh pentadbiran bangsamu sendiri. Tidakkah kamu sekalian wahai darah bangsaku telah dihina terang-terangan bagi menjatuhkan martabat perintahan RAJA-RAJA MELAYU YANG AGONG. Jadi dimanakah keagongan AGONG itu dimasa kini? Inilah balasannya akan karma-karma yang telah dilakukan oleh bangsamu yang menolak akan tatatusila undang-undang SEMERAH PADI. Belum ada satu pun di dunia ini, rakyat memperbodohkan akan kesucian RAJA-RAJA MELAYU. Sedangkan penjajah pun menghormati akan tatasusilanya kedaulatan RAJA-RAJA. Inilah bagai pepatah menyatakan KERA DIHUTAN DISUSUKAN, ANAK DIISTANA MELAYU MATI TAK MAKAN. Puaskah? Puaskah? Puaskah? Wahai jiwa-jiwa yang menyembunyikan KUKUNYA, tunggu apa lagi? Ayuh!!! Martabatkan lah kembali kedaulatan MELAYU-MELAYU kini. Rombakkan lah atas rombakkan rombolan bagi menjaga akan amanah berdarah sumpah nenek moyang kita yang terdahulu. Tangisi lah, Tangisi lah, Tangisi lah akan kebiadaban mereka-mereka ini yang telah kita beri peluang bagi menghayati bersama akan hasil perut peribumi yang sewenang-wenangnya melemparkan kata-kata cela dan perbuatan-perbuatan cela bagi menjatuhkan martabat pemerintahan RAJA-RAJA yang AGONG. Serunaikan lah dengan seranai-ranainya, nobatkan lah dengan serobat-robatnya bagi menyatukan kembali hati-hati, jiwa-jiwa dan batang tubuh yang berdarah. Bagi memartabatkan kembali sejarah-sejarah penyatuan MELAYU. Apa ditunggu lagi? Nah!!! Cis!!! Sibedebah yang menumpang teduh dibawah panji-panji KESULTANAN dan KE-RAJA-AN MELAYU sumpah nenek moyang. SUSU YANG KITA BERI, TUBA YANG KITA TERIMA, ingat lah wahai RAJA-RAJA dan KESULTANAN MELAYU tidakkah kamu sedar bahawasanya kamu telah alpa dengan kesenangan-kesenangan hasil dari nenek moyang yang terdahulu. Bangkit lah!!! Bangkit lah!!! Bangkit lah!!! kembali lah ke jalan pulang. Pulang lah!!! Pulang lah!!! Pulang lah!!! kita bersama menobatkan jalan penyelesaian bagi keagungan bangsa-bangsa MELAYU yang tulin. Lihatlah betapa kita menjadi MUSAFIR didalam pemerintahan kita sendiri. Hanya PADANG JARAK PADANG TERKUKUR sahaja yang boleh mengembalikan kedaulatan nenek moyang sumpah keramat berdarah atas panji-panji ROH HU KUDUS. BIAR MATI ANAK, jika anak itu menderhaka. JANGAN MATI ADAT, itulah hukuman yang nyata. Maka hatta, penuhilah balai RONG SERI, RONG SERI dengan pukulan gendang dan rebana dan tiupan serunai nobat bagi mengumpulkan segala PANCHA INDERA khazanah MELAYU untuk disatukan. Jangan berlengah lagi sebelum NASI MENJADI BUBUR. Maka nyahkan lah SIKUDUNG MENDAPAT CINCIN, perkuatkan lah, perkasakan lah, perhebatkan lah, jalur menjalur, batas membatas, sokong menyokong, empang mengempang supaya kita mendapat satu KESATUAN bagai SIREH PINANG PULANG KE GANGGANG. Darah nenek moyang yang telah mengABDIkan sumpah keramatnya demi kehidupan cucu cicit suku sakatnya masa kini akan terjamin atas jaminan memperjuangkan AGAMA MELAYU itu dengan sejuang-juangnya bagi melaksanakan sumpah akur janji bersama dengan kuasa-kuasa ALAM BUANA yang tidak pernah menyepi akan kehadiranya. Bersama lah kita bermohon, menadah dua telapak tangan bagi mengembalikan warisan kebangaan MELAYU sejati. WAHAI YANG MAHA ESA, lindungi lah kami daripada fitnah perbuatan manusia-manusia yang digelar haiwan dan binatang yang telah mencemar atas duli yang paling AGONG. Kumpulkan lah, kumpulkan lah, kumpulkan lah bahasa kata semangat juang bagi menyedarkan akan kesilapan-kesilapan yang telah kamu-kamu lakukan. Berbalik lah kepada jalan asalmu, kembali lah kepada jalan kembali. TEPUK DADA TANYA SELERA. Imbaskan lah kembali akan kedurjanaan yang telah kita langgar atas larangannya. Maka inilah hasil-hasil dari perjuangan kamu yang rakus yang telah menjadikan bangsa-bangsa kamu sebagai PEMINTA SEDEKAH didalam KE-RAJA-AN. Congakkan lah kembali hukum-hukum yang dibawa oleh congkak-congkak yang membawa sejuta makna. Kembalikan peradabannya yang dahulu di dahulukan, yang kemudian dikemudiankan, yang kecil di anak-anakan, yg tua di bapak-bapakan yang muda disaudara-saudarakan. Kembalilah wahai bangsaku, tangisilah wahai bangsaku, kumpulkan lah wahai bangsaku martabatkan lah wahai bangsaku. MELAYU hampir hancur dek perbuatan kita sendiri. Nahhh!!! inilah padahnya bagi org yg melawan arus. Hukum itu telah tetap dijanjikan atas perjanjian. Turunlah, keluarlah, jatuhkanlah diri bagi penghianat bangsa. Nyah!!! kamu dari tempat yang kamu berada sekarang. Pilihlah wahai bangsaku dikalangan bangsamu sendiri bagi mentadbirkan perjalanan arah tuju kelibat BADI ROH akan bangsamu sendiri. Sebagaimana DURIAN BERADA DALAM PANGSANYA, itu lah MELAYU ibarat ingin memakan hasil tanaman nenek moyang, terpaksa, dipaksa untuk mendapatkan hasil, isi yang mewah lagi indah begitulah pengorbanan bangsa MELAYU bagi memartabatkan bumi istana yang dipijak kini. Tapi malangnya bagi orang MELAYU dengan sewenang-wenangnya dgn semudah-mudahnya setelah bekerja keras membanting tulang mengorbankan jiwa dan raganya menyerahkan hasil tanaman tadi kepada SI PENDERHAKA. Lalu menggadaikan maruah bangsanya sendiri ibarat LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA. Dimanakah keadilannya? Fikirkan lah semasak-masaknya Wahai bangsaku.



BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU, KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..

Monday, February 18, 2013

puisi

baru-baru ini (17/2/13) saya telah mendeklamasikan sebuah sajak untuk pemimpin tersohor dibumi Melaka iaitu Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam Program Sesi Kopi Tarik bersama YAB Ketua Menteri Melaka. terima kasih kepada page sayangi melaka kerana memberi peluang kepada saya.

PEMIMPIN MALAKA KU

Nahhh!!!

Dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
menandakan bumi ini dirahmati oleh sang penciptanya.
Maka di muara sungai inilah,
yang dahulunya menjadi rebutan bagi sekalian makhluk,
yang melihat akan keindahan dan  keterampilannya.

Di dalam bahasa-bahasa illahi,
mewujudkan satu perhiasan yang indah,
dengan hiruk piruk akan kuasa dagang memperdagangkan,
dari barat mahupun timur dan senusantaranya.

Diperut bumi sungai inilah, yang telah mempertahankan,
akan perjuangan nusa dan bangsa,
oleh orang yang terdahulu atas kewajipannya.

Maka diwaktu inilah,
Bahawasanya
telah lahir seorang warisan,
yang mewakili sekelian umat bumi yang dipijak,
serta mengembalikan maruah bangsa bagi semua kaum.

Dengan kepintarannya, dengan kebijaksanaannya, dengan kecerdikkannya

Bernamanya ali, tepat pada masanya
maka saksikan lah akan keajaiban ilmu yang telah dibawa,
untuk memanfaatkan kita bersama.

Syabasss!!! Syabasss!!! Syabasss!!!,

DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM
yang telah mengembalikan martabat melaka ke mata dunia.
Serta seisi jajahan takluknya.

Hidup melaka!!! Hidup melaka!!! Hidup melaka!!! 

Thursday, February 14, 2013

anak kecil main api!!!


Sayang seribu kali sayang, DIBUANG MATI EMAK DITELAN MATI BAPAK, IBARAT DURI DALAM DAGING, tidakkah kamu sedar wahai bangsaku, BUMI ISTANA MELAYU yang indah ini telah tergadai, tercemar dan dicabuli oleh penderhaka-penderhaka yang bertopengkan MELAYU. Tidakkah kamu sedar bahawasanya mereka-mereka inilah yang menjahanamkan khazanah-khazanah nenek moyang kita yang terdahulu. SUDAH TERANG LAGI BERSULOH, bagaikan buah tanaman yang telah kita baja, yang telah kita jaga, yang telah kita percaya, sayangnya buahnya cantik tapi BUSUK didalamnya. Sedangkan padi yang menghening akan warnanya tetapi JELANTAH yang kita terima. Ibaratnya GAK PAK KADOK, KADOK NAIK JUNJUNG, ibarat MENANG SORAK BUMI ISTANA MELAYU itu tergadai. Itulah PAK PANDIR MELAYU yang di agong-agongkan. Siapakah yang harus dipersalahkan? Siapakah? Siapakah? Siapakah? bahawasanya mereka-mereka ini amatlah rakus dan mereka-mereka ini amatlah bernafsu BINATANG. Tidak mengenal akan amanah daripada junjungan dan sumpah nenek moyang yang terdahulu. Kerana dengan menolak AGAMA MELAYU, menolak ADAT RESAM MELAYU, menolak TATASUSILA MELAYU, menolak akan
KE-RAJA-AN MELAYU. Maka timbullah manusia yang berpakaian IBLIS, JIN DAN SYAITAN. Begitulah kenyataannya maruah MELAYU telah tergadai oleh bangsanya sendiri. Ramai yang tertawakan cerita-cerita tentang ANAK KECIL MAIN API. Adakah kamu puas? Adakah kamu rasa senanghati? Adakah kamu berasa bangga mengejek, menggerdik, merendahkan martabat perjuangan orang-orang MELAYU yang MEMELAYUKAN dirinya ketika itu. Nahhhh!!! tidakkah benar apa yang di perkatakan didalam puisi-puisi irama ANAK KECIL MAIN API. Maka tergadai maruahnya tergadai maruahnya. Kali ini peristiwa yang sama telah berlaku di atas BUMI ISTANA MELAYU kini. Apakah susulan tindakan orang-orang MELAYU. Memang orang MELAYU sudah lupa, MELAYU kini hanya berpeluk tubuh sahaja. Memerhatikan atas tergadainya AGAMA atas warisan itu sendiri. MELAYU tetap utuh dan sempurna akan tatacara AGAMANYA sejak azali lagi. Yang tidak ada dikalangan kaum-kaum yang lain. Hatta!!! dari itu marilah kita bersama-sama menarik nafas sedalam-dalamnya, dari hujung rambut sampai ke hujung SALBI. Rasakan lah wahai bangsaku, hayatilah wahai bangsaku, kosongkan lah wahai bangsaku, diri kamu dengan mengisikan kembali badi darah perjuangan nenek moyang suku sakat kita yang terdahulu, bermain lah dengan darah yang merah bagi membangkitkan semula perjuangan darah nenek moyang kita. Rasakan lah alirannya bagai raksa yang mengalir didalam urat denyut nadi HATI JANTUNG KALBU KALBI. Serulah sekian alam, bagi mengembalikan kekeramatan kedaulatan dan kesatuan darah SA-MELAYU. Walau diwalaukan, wajib bagi darah yang tersentuh, tersisir, tersusun, terpercik akan keagungan dari SANG PENCIPTANYA. Maka itulah, maka itulah, maka itulah, percikan anugerah bangsa nenek moyang yang terdahulu. Maka guna pakai lah, maka guna pakai lah, maka guna pakai lah sebaik-baik atas kejadian, langkahlah dengan pelangkahnya, lianlah dengan sekaliannya, pelebatlah dengan kelibatannya umpama guruh menyambar petir. Mainkan lah, mainkan lah, mainkan lah gerak kilat sakti jelmaan PENCIPTANYA bagi membuktikan bahawasanya tuntutan atas perjuangan MELAYU itu masih hadir didalam jiwa-jiwa yang tersentuh. Inilah saudaraku yang sehidup dan semati hanya menunggu hukum atas perintahnya. Berkemudilah wahai saudara sedarah seurat senadi, arahkan lah haluan bahtera perjuang SA-MELAYU. Berikrarlah bahawa darah yang mengalir, darah yang dipaksa atau terpaksa maka itulah hakikat yang termaktub didalam batang tubuh insan yang bergelar MELAYU. Hadapkan lah perngertian wadah perjuangan sesama MELAYU. MELAYU HIDUP!!! MELAYU HIDUP!!! MELAYU HIDUP!!!



BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU, KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..

Tuesday, February 12, 2013

DAULAT TUANKU!!!


Hoiii!!! dimana bumi dipijak di situlah langit dijunjung. PANTANG MELAYU BERPATAH ARANG, PATAH PENDAYUNG BERSAUK LENGAN, namum pelayaran tetap berlayar bersama kemudinya. Nahhh!!! GENGGAM BARA API SAMPAI JADI ARANG, peliharalah bumi yang kita pijak, bumi yang kita junjung, atas wadah perjuangan junjungan, hatta!!! bumi inilah, bumi inilah, bumi inilah istana yang mesti bagi setiap MELAYU bermati matian mempertahankan kedaulatannya dengan mendaulahkan KE-RAJA-RAJA-AN, dengan mengibarkan panji-panji susukkan darah nenek moyang kita yang terdahulu. Berjanjilah kita, berjanjilah kita, berjanjilah kita demi langit, bintang, bulan dan matahari yang memancarkan anugerah dari SANG PENCIPTANYA. Telah kamu rasai akan keadilanya, akan kesempurnaannya, akan kasih sayangnya, akan kuasanya yang meliputi sekian ALAM-ALAM BUANA. Maka hiaskan lah diri kamu, maka pelengkapkan lah diri kamu, dengan pakaian kaum bangsamu sendiri. Pergunakan lah ia dengan bijaksana. Wahai RAJA-RAJA didalam KE-RAJA-AN MELAYU, hasil amanah nenek moyang yang terdahulu, bersamalah kita menangani, kita melengkapi, kita memperbaiki, kita memajukan atas ajuan kembalinya martabat dan kedaulatan sumpah nenek moyang yang terdahulu. DAULAT TUANKU!!! DAULAT TUANKU!!! DAULAT TUANKU!!!. Hamba menyusun jari sepuloh meminta ampun dan maaf dari hujung rambut hingga kehujung kuku, andai tercela kata bicara. Pantang MELAYU menderhaka pada RAJANYA. Sesungguhnya, kami memohon restu dari TUANKU-TUANKU, bagi menjalankan bait puisi gurindam senandung yang telah diamanahkan kepadanya, setiap darah yang mengalir dari kesumpahan nenek moyang MELAYU. Mohon ampun diperkenankan atas menjalankan amanah kedaulatan bangsamu sendiri. Kami rela dibunuh dan terbunuh bagi mempertahankan atas AGAMANYA MELAYU. Mohon hamba memikul tanggungjawab ini atas jemala patik, RAJA ADIL RAJA YANG AGONG RAJA YANG DISANJUNG, maka benarlah pepatah MELAYU menyatakan TIDAK MELAYU HILANG DIDUNIA. Dimanakah tempatnya MELAYU, hanya harapan kami SULTAN dan RAJA-RAJA MELAYU keseluruhannya adalah penaungnya. Kembalikan lah zaman kegemilangan KESULTANAN MELAYU itu sendiri. Bagi kami bumi yang kami pijak ini adalah ISTANA yang amat indah dan sempurna dan kami bersyukur masih lagi didalam naungan KEDAULATAN KE-RAJA-AN – KE-RAJA-AN MELAYU. AMPUN TUANKU BERIBU-RIBU AMPUN, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN. Wahai bangsaku, kembalilah MENDAULATKAN atas pemerintahan KE-RAJA-AN – KE-RAJA-AN yang telah diamanahkan oleh suku sakat jalinan hubung kaitnya atas bait KERAMAT penglipurlara bagi membangkitkan semangat penyatuan AGAMA MELAYU yang tersohor pada masa dahulu. “ADAT DIKELEK, AGAMA DIJUNJUNG” itulah sumpah berdarah bagi keagungan kesatuan penyatuan agama bangsa seni budaya KEKERAMATAN MELAYU itu sendiri. Puncakkan lah dikepala-kepala dengan keindahan selempang, setanjak dari pelbagai amanah yang disampaikan melalui tanjak-tanjakkan yang tersergam indah diatas jemala-jemala yang memikul atas tanggungjawab kaum suku sakatnya wadah perjuang MELAYU yang tulin. Hinakah??? Hinakah??? Hinakah??? Tanjak-tanjak yang tersergam bagai menggunung harapan, bagai menggunung sumpah dan janji taat setia atas kesumpahan untuk meneruskan perjuang sampai ke liang lahat. Ayuhhh!!! bersamalah kita menggunungkan budaya bangsa yang telah tercemar dek tempelan-tempelan budaya yang dianggap suci. Tidakkah kita berasa bangga, bahawa tanjakan tersebut membawa sejuta makna atas perjuangan sumpah berdarah nenek moyang kita. Ingatlah, ingatlah, ingatlah tangan yang mengambil rezeki itu dan yang memasuki ke mulut hanya sesuap sahaja dan makanlah yang mana tersuap sahaja, selebihnya WAHAI BANGSAKU!!! WAHAI BANGSAKU!!! WAHAI BANGSAKU!!! agihkanlah segala rezeki limpahan kurnia kepada sahabat rakan dan taulan yang lain. Setiap rezeki yang kita terima adalah amanah daripada SANG PENCIPTANYA. Dan janganlah kamu rasa tamak dan rakus ibarat ANJING DENGAN BAYANG-BAYANG. Fikirkan lah, fikirkan lah, fikirkan lah bahawa seisi benua ini jika hendak menembusi 7 lautan dengan khazanahnya sudah tentu tidak dapat menampung akan limpah kurnianya SANG PENCIPTA. Maka PAYUNG KERAMAT DIRAJA membuktikan segala amanah yang disandang dan dipikul adalah digalas atas bahu bahu PEMEGANG AMANAH maka disitulah tempatnya bagi MELAYU berteduh dan bernaung. Jangan lah dicemarkan, jangan lah di pinggirkan pada hati harapan bangsa kaummu sendiri. WAHAI PEMEGANG-PEMEGANG AMANAH MELAYU JATI DAN TULIN. Mohon hamba berundur kata, andai ada salah dan silap harap DIAMPUN. HIDUP MELAYU!!! HIDUP MELAYU!!! HIDUP MELAYU!!!..





bangkitlah wahai kaumku!!! bangkitlah wahai kaumku!!! bangkitah wahai kaumku!!! wahai KURSANI bangsaku, KURSANI yang berani, yang menegakkan ilmu yang benar...

Saturday, February 9, 2013

tari


Wahai bangsaku teruskan lah perjuangan, biarlah langkahmu tidak sumbang, maka perhatikan lah bait-bait keindahan tatasusila bangsamu sendiri. Pungutlah, pungutlah, pungutlah, benih-benih semaian, kata-kata keramat yang indah lagi mempersonakan. Katakan lah, katakan lah, katakan lah wahai kaumku, bahawasanya MELAYU itu amat indah panoramanya. Maka beriramalah kita bersama dengan pukulan gamelannya dgn dikirnya dgn ashiknya membawa wadah perjuangan tari MELAYU. Maka terangilah dgn ulit mengulit mayangnya, maka terperciklah dikir, randai, inang, canggung, serta zapin. Berlarilah seperti mana kuda kepang dilapangannya. Barulah terbitnya zapin cinta sayang. Maka paluan gong, sepertimana mak yong  memalu dan bawalah ia setinggi-tinggi irama Cik Siti Wan Kembang ke BULAN. Maka terangi lah alam buana ini dengan cahaya-cahaya umpama lilin membakar diri. Bahawa bumi yang kita pijak inilah ISTANANYA MELAYU. Marilah kita bersama-sama mengenang kembali, membangkitkan kembali, menyemai kembali benih-benih cinta MANI bagi mendaulatkan seni budaya warisanmu yang agong. Tidakkah kamu ashik dgn persembahan MELAYU. Tidakkah??? Tidakkah??? Tidakkah??? maka kumpulkan lah gerombolan yg ada dibumi yg nyata ini. Persiapkanlah diri kamu dengan budaya pencak silatnya diiringi dgn panca delima, diatas gerak saktinya yang sesuci-sucinya yang menjalinkan kedaulatan INDERAPURA atas nenek moyang terdahlu gerakkan lah gerakkan abadi dengan sepantas kilat. Hadirkan lah kekayaan kalimat-kalimat kata perjuangan yang membina akan diri sendiri. Ayuh!!! bersamalah kita ayat mengayati pada hati-hati yang terpercik akan warisannya. Berkumpullah, bersatulah, sepadukanlah hati-hati yang telah lama hilang akan sumpah janji akur, janji ikatan, janji sehidup semati bersama warisan yg telah ditentukan oleh SANG PENCIPTANYA. Rasakan lah, rasakan lah, rasakan lah bahawa darah yang mengalir bagi orang terdahulu yang tumpah diatas perut bumi yang kita pijak, yang berazam, yang bertekad dan yang bersumpah demi kedaulaulatan anak cucu bangsanya. Bawalah ia kembali, hadirkan ia kembali, pasakkan ia kembali, perkukuhkan ia kembali, perkemaskan ia kembali atas jalinan kesepakatan seperti mana ia diliankan dan dipelebatkan di dalam hati-hati jiwa bangsamu MELAYU yang jati. Jadikan lah kata sumpah keramat, ibarat raksa yang mengalir dalam darah-darah panggilan seru yang terpercik pada cucu-cucu moyang bangsamu sendiri darah yang mengalir itulah raksanya yang dibekalkan oleh nenek moyang kita yang terdahulu. Hadirkan lah dan rasai lah di seluruh batang tubuh anggota diri, yang terdiri tetap tegak berdiri membawa amanah sumpah MELAYU SA-MELAYUNYA bangkitkan lah wahai!!! Wahai!!! wahai kaumku bangsaku martabatku marilah kita menggenggam erat berjuang bermati-matian bagi menegakkan akan wadah atas perjuangan atas kesucian MELAYU yang TERPERI. Cermin-cerminkan lah diri, pandang-pandang kan lah diri, hadap-hadap kan lah diri rasa-rasai lah diri. Adakah saudara-saudaraku berada didalam naungan lingkungan cahaya yang menerangi akan diri pada martabat melayu yang terperi. Susukkan lah kalimat-kalimat agong atas kesumpahan orang terdahulu ibarat raksa yang mengalir di belikat hingga ketunjang salbi kepada salbiahnya.... Haaa haaa haaa.



bangkitlah wahai kaumku!!! bangkitlah wahai kaumku!!! bangkitah wahai kaumku!!! wahai KURSANI bangsaku, KURSANI yang berani, yang menegakkan ilmu yang benar...

Thursday, February 7, 2013

semangat negeri


Cis!!!!!!! Apa yang di tunggu lagi, jangan menantikan YANG BULAT DATANG BERGOLEK, YANG PIPIH DATANG MELAYANG, ayuh kemudikan lah layar BAHTERA sumpahan nenek moyang yang AGONG lagi perkasa. Pelengkapkan lah lian tari pelebat angkatan sanjungan bangsamu sendiri. Dengan hiruk piruk, laungan suku kata wadah mewadah akan keterampilan sumpah berdarah bagi warisan saka suku sakatnya yang sirna maka kembalilah menghayat serta menghayati atas sanjungan peribumi yang dilengkapi dengan kata-kata sumpah keramat yang agong. Berdamailah bagi yang mencintai akan kedamaian dari hukum-hukum ALAM BUANA yang AGONG. Sepadukan lah jiwa-jiwa yang hadir, jiwa-jiwa yang kenal, serta mengenali akan kenalannya. Singkap lah, kebik lah, bongkarkan lah atas lapangan jiwa hati nurani yang mulia. Jika MELAYU itu tidak memuliakan MELAYU itu sendiri, siapakah??? Siapakah??? Siapakah??? Yang boleh memartabatkan bahasa junjungan peribumi yang tersohor akan peradabannya dari hujung rambut hingga kehujung kuku. Tilik meniliklah kita bersama untuk apakah segala perjuangan yang hendak di perjuangkan SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN. Berfikirlah dengan akal yang waras, dengan fikiran yang padu, dengan hati yang suci lagi murni. Pikul lah, sandang lah, sanjung lah atas sanjungan wadah perjuangan hakikat MELAYU JATI yang sempurna. Berbalik lah kepada jantung hati serta kalbu. Benamkan lah sebenam-benamnya, benih taburan kata keramat nenek moyang sampai di penghujung tunjang SULBI KALBI. Hayatilah wahaiiiiiii, bisikan lah wahaiiiiiii, hadirkan lah wahaiiiiiii ibu bapa, anak cucu, dinda kanda kaum saudara MELAYUKU yang tercinta. Rasakan lah percikan denyutan aliran darah bangsamu yang mengalir ke  seluruh anggota yang terpanggil akan kehadirannya. Maka barang siapa yang tidak terpercik akan kebenaran selesaikan lah, selesaikan lah, selesaikan lah hutang piutang warisan bangsamu. Kembali lah ke jalan MELAYU yang benar yang tetap pada kebenarannya tamatkan lah, jelaskan lah, persengketaan yang telah kita lalui bersama. Maka inilah masa dan peluangnya bagi menyatu padukan atas kesepakatan kata “MUSUH JANGAN DICARI, ADAB JANGAN DITOLAK”  “BERPANTANG AJAL SEBELUM MAUT” “PECAHKAN RUYUNG” agar kita dapat bersama sagunya. Biarlah perlis dengan perlisnya, kedah dengan kedahnya, pinang dengan pinangnya, perak dengan peraknya, selangor dengan selangornya, sembilan dengan sembilannya, MALAKA dengan MALAKAnya, johor dengan johornya, pahang dengan pahangnya, terengganu dengan terenggganunya, kelantan dengan kelantannya, sabah dengan sabahnya, sarawak dengan sarawaknya dan brunei dengan bruneinya. Maka terpancar lah, maka terjulanglah, maka terangkat lah atas nama SANG PENCIPTA dendam jiwa gelora yang padu yang terusik, yang tersentuh, yang tergetar pada darah sumpah keagongan martabat SA-MELAYUMU.



bangkitlah wahai kaumku!!! bangkitlah wahai kaumku!!! bangkitah wahai kaumku!!! wahai KURSANI bangsaku, KURSANI yang berani, yang menegakkan ilmu yang benar...

Tuesday, February 5, 2013

pasak bumi


Nah!!!!!!! Benarnya dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung, bertapak di bertelepaklah, bertepuk di bertamparlah di atas muka bumi ibu pertiwi atas amanah warisan bangsa. Di perut bumi inilah apa yg telah berlaku berkurun lamanya telah membuktikan bahawasanya perjuangan sisa-sisa nenek moyang telah terbukti dengan jelas dan nyata, barang siapa yang terpercik, barang siapa yang terkena, barang siapa yang tersentuh dan barang siapa yang tercapai akan nikmat dan lazatnya maka itulah darah nenek moyang kita yang masih lagi terpancar mengalir dengan darah dan semangat yang tidak pernah putus diantara-diantara perjuangannya yang masih merah. Berpegang teguh lah atas kata keramat yang di bawa oleh moyang-moyang terdahulu. Berjanjilah pada moyang kamu sendiri atas diri yang menghadirkan diri, hadirlah!!!!!!! Dalam mencari keramatan oleh seni budaya bangsamu sendiri. Hatta!!!!!!! Maka berduyun- duyun dan berkoyan-koyanlah bagi pencinta, bagi pengasih, bagi penyayang rangkullah seerat-eratnya biarlah si cekak dangan cekakannya, si raja dengan walinya, si candu dengan cindainya, si indera dengan puranya, si hulu dengan belangnya, si ali dengan halimunannya, si haddra dengan mautnya, begerumbulan dengan gelombangnya, si gayuh dengan gayungnya, si helang dengan putihnya, si pasak dengan buminya, si panca dengan silanya, si bugis dengan bugasnya, si pusaka dengan sakanya, si gerak dengan kilatnya. Maka bersatulah wahai darah-darah yang mengalir membawa darah keramat kearah satu matlamat dengan penuh hemat sehingga keakhir hayat. Usah lah berhati gundah, pertahankan lah jalinan inderapura pasak bumi yang menjanjikan lian-lian sumpah semerah padi. Bangkitlah bersatulah tegak berdirinya jiwa-jiwa yang terpanggil bagi mencernakan memutihkan amalan-amalan orang yang terdahulu daripada gugusan warisan bangsa. Hentikan lah bersilat LIDAH BERSILANG KATA, dengki mendengki, herdik mengherdik, pukau memukau, pulau memulau yang tiada kesudahannya. Maka hatta sudah termaktub didalam suku kata warisan yang mesti, pasti memperjuangkan oleh nenek moyangnya. Sangka menyangka kepada saka yang membawa kepada pusakanya, biarkan ia terus mengalir dan mengalir bergerak dan digerak diatas palu akan paluan getarnya keramat tanah bumi ibunda yang mencetuskan adab tatacara dan kesopanan serta kedaulatan kaum yang tersohor diatas nusantara yang terbentang luas diantara benua-benua. Maka hampirilah dengan dakapan yang telus tanpa mempersoalkan akan cacat celanya warisan bangsa yang harus didokong dijulang pada martabat yang tertinggi. Inilah bangsaku, inilah bangsaku, inilah bangsaku, jangan kamu merendah hati bahawasanya segala-galanya disaksikan oleh langit dan bumi serta antaranya yang turut memegang amanah SANG PENCIPTA YANG MAHA MAHA MAHA BIJAKSANA.



bangkitlah wahai kaumku!!! bangkitlah wahai kaumku!!! bangkitah wahai kaumku!!! wahai KURSANI bangsaku, KURSANI yang berani, yang menegakkan ilmu yang benar...

Sunday, February 3, 2013

kuping


Masih adakah lagi suara-suara sumbang yang berkumandang di udara? Yang melekat pada KUPING-KUPING, maka biarkanlah bagi orang-orang yang menolak akan kebenarannya, biarlah ia menjadi TOKAK dan PEKONG bagi membuktikan bahawasanya mereka-mereka ini telah melanggar sumpah dan janji, adat dan hukum, itulah pembalasan yang akan muncul. Pada jiwa-jiwa yang menderhaka, pada jiwa-jiwa yang memperlekehkan, pada jiwa-jiwa yang menolak akan SANG BUANA, biarkan cacat dan cela yang menghantui hati-hati mereka, benak-benak mereka, sumpah keramat nenek moyang akan pasti hadir, maka!!! terimalah celaka padahnya pada hukum yang MAHA KUASA. Benar, benar, benar!!! Hukum alam SANG PENCIPTA tidak pernah membohongi dan berdustai atas penghuni-penghuni BUANA. Maka berpalinglah kamu wahai si penderhaka pada jalan nenek moyang mu sendiri. Percayalah, pada saat inilah masanya telah tiba pada kamu menyusun atur untuk memulih semah menyemah, kebas mengebas hati yang kotor menjadi suci dan murni. Pulanglah kalau telah sesat perjalanan, maka kembalilah kepangkal jalan. Jalan-jalan yang telah dilalui, anggaplah ianya sebagai satu perjalanan yang harus kita tempuhi bersama. Marilah kita menyusun jari-jemari sepuloh ini demi kedaulatan bangsamu sendiri. Maka bermaaf-maafan lah kita bersama atas satu juang memartabatkan sumpah nenek-nenek moyang kita. Kembalilah wahai saudara-saudara yang ku kasihi. Bersumpahlah selagi ada hayat dikandung badan, selagi ada darah denyut yang mengalir, selagi ada NAFAS, HAMPAS, TANAFAS yang berhembus menuju kepada penyatuan yang MAHA KUASA. Janjinya benar!!! Benar-benar belaka. Pulanglah, kembalilah, hadirkan lah diri kamu diatas tapak pemerintahan yang diberi gelar SUMPAH SEMERAH PADI. Cecahkan lah, cicakkan lah, batang tubuh yang berdarah diatas perut bumi sanjungan warisan. Berikrar lah kamu wahai saudaraku, yang TUA dan yang MUDA, yang BERILMU dan yang TIADANYA, bersumpah taat setialah kamu, bersatulah kamu, sepadukan lah umpama sang MATAHARI yang merindukan BULAN. Kejar mengejarlah sehingga ketitisan yang terakhir. Serulah atas nama SANG BUANA yang MAHA KUASA, mohon restu bagi menjalankan amanah yang mulia untuk memartabatkan SA-MELAYU yang indah lagi suci dan murni. Marilah kita berdua menyusun kedua telapak amanah agar diperkenankan atas semangat nenek moyang kita yang tidak pernah hilangnya darah yang mengalir dibumi yang nyata ini. Berpijak lah, berhentak lah, berhayun lah dalam ayunan amanah warisan bangsamu sendiri. Aju mengajulah, lempar melemparlah, cantas menyantaslah, bina membinalah, usap mengusaplah, atas usapan mempertahankan jiwa-jiwa bangsa yang sejak azali lagi menjadi igauan moyang-moyang terdahulu. Berdirilah, tegak berdirinya PANJI ALAM yang menyahut satu seruan: TAK MELAYU HILANG DIDUNIA.     
bangkitlah wahai kaumku!!! bangkitlah wahai kaumku!!! bangkitah wahai kaumku!!! wahai KURSANI bangsaku, KURSANI yang berani, yang menegakkan ilmu yang benar...

Friday, February 1, 2013

seurat dan senadi


wahai bangsaku yang SEURAT dan SENADI, dengarlah denyut-denyut jantung hati sanubari badi atas warisan nenek moyang. Rasakan lah getar dan getarannya atas percik percikan, wadah sewadahnya, bisik bisikan, IYANG-IYANG dikuping dibelikat atas sumpah dan janji keramat yang harus dilaksanakan oleh bangsamu sendiri. Berjuanglah demi gerak, bergerak, digerak oleh SANG PENCIPTANYA. Maju terus maju, langkah terus melangkah, berpantang undur sebelum kalah, sematkan lah busar panah ARJUNA atas kesaktiannya, sasarkan lah kepada tempat yang tentu. Berjuanglah, bermati-matian demi amanah yang dicipta oleh SANG BUANA. Majulah!!! Majulah!!! Majulah!!! wahai KURSANIKU. Bangsaku, sedarahku, seuriku, laungkanlah sumpah taat setia akur janji demi mempertahankan kedaulatan, daulat yang telah dijanjikan pada mereka-mereka yang berjuang untuk SA-MELAYUNYA. Berani lah dan berbangga lah dengan hati yang terbuka. Atas kesumpahan untuk membangkitkan keluruhan jiwa nurani atas perjanjian SUMPAH SEMERAH PADI. Tiubkan lah, serunaikan lah, nobatkan lah sumpah nenek moyang kita yang telah lama kita pinggirkan, bahawasanya kita telah lupa akan asal usul tamadun SA-MELAYU itu. ahhhhh!!! apa yang ditunggu lagi!!! Selak menyelak lah kita bersama. Memperutuhkan, memperkukuhkan, mempersatukan kedaulatan SA-MELAYU seperti didalam TEMUNI yang sejak AZALI lagi dijanjikan maka barang siapa yang mengenal akan diperkenalkan dan barang siapa yang menentang maka PEDAKA yang mendatang. Biarkan TEMUNI alam SA-MELAYUNYA tetap berdiri didalam hukumnya. Maka tidak ia menderhaka kepada ALAM BUANA dan PENCIPTANYA. Maka hadirlah!!! maka hadirlah!!! maka hadirlah wahai saudara-saudaraku yang SEURAT dan SENADI dibawah panji laungan panah ARJUNA yang ditetapkan oleh datuk nenek moyang kita. Heyyyyy!!! suara-suara yang dipinggiran, suara-suara yang di lautan, suara-suara yang di gunung-ganang, suara-suara yang DINUSANTARA, maka pekikkan lah suara sumpah keramat atas panji yang berkibar atas sah syaratnya yang telah dimetri bersama hukum SANG BUANA. Bagi yang terpilih, bagi yang dipilih dan bagi yang tersedar laungkan lah!!! laungkan lah!!! laungkan lah!!! selaung lautan bumi. Maka hadirlah kamu ketika dijanjikan. Keluar!!! Keluar!!! keluarkan lah bisikan hati sukma yang suci lagi murni. Berdamping-dampingan, berpegang-pegangan, bererat-eratan, berkukuh-kukuhan marilah bersatu menyatukan semangat panji alam yang telah lama mengalir didalam urat nadi sum-sum hingga ketunjang-tunjang SALBINYA. Bersamalah kita menyatukan atas dasar amanah laungan yang MAHA KUASA, yang MAHA TERPELIHARA, peliharalah rasa sentuhan denyut-denyutan yang hadir benarnya. Janganlah kamu sekali-kali menolak akan kewujudannya dan kehadirannya. Maka binasalah, maka hancurlah, maka celakalah badan yang menolak akan sumpah janji nenek moyang  bersama akuan SANG PENCIPTANYA. 



bangkitlah wahai kaumku!!! bangkitlah wahai kaumku!!! bangkitah wahai kaumku!!! wahai KURSANI bangsaku, KURSANI yang berani, yang menegakkan ilmu yang benar...