Wednesday, February 20, 2013

Ampun TUANKU beribu-ribu ampun, Sembah patik harap diampun



Tidakkah kamu sedar wahai bangsaku, akhir-akhir ini CACING TELAH NAIK KEMATA. Dimanakah harus kita sembunyikan kita sorokkan akan maruah bangsa MELAYU yang tercemar dek suapan-suapan yang disuap kemulut-mulut mereka oleh pentadbiran bangsamu sendiri. Tidakkah kamu sekalian wahai darah bangsaku telah dihina terang-terangan bagi menjatuhkan martabat perintahan RAJA-RAJA MELAYU YANG AGONG. Jadi dimanakah keagongan AGONG itu dimasa kini? Inilah balasannya akan karma-karma yang telah dilakukan oleh bangsamu yang menolak akan tatatusila undang-undang SEMERAH PADI. Belum ada satu pun di dunia ini, rakyat memperbodohkan akan kesucian RAJA-RAJA MELAYU. Sedangkan penjajah pun menghormati akan tatasusilanya kedaulatan RAJA-RAJA. Inilah bagai pepatah menyatakan KERA DIHUTAN DISUSUKAN, ANAK DIISTANA MELAYU MATI TAK MAKAN. Puaskah? Puaskah? Puaskah? Wahai jiwa-jiwa yang menyembunyikan KUKUNYA, tunggu apa lagi? Ayuh!!! Martabatkan lah kembali kedaulatan MELAYU-MELAYU kini. Rombakkan lah atas rombakkan rombolan bagi menjaga akan amanah berdarah sumpah nenek moyang kita yang terdahulu. Tangisi lah, Tangisi lah, Tangisi lah akan kebiadaban mereka-mereka ini yang telah kita beri peluang bagi menghayati bersama akan hasil perut peribumi yang sewenang-wenangnya melemparkan kata-kata cela dan perbuatan-perbuatan cela bagi menjatuhkan martabat pemerintahan RAJA-RAJA yang AGONG. Serunaikan lah dengan seranai-ranainya, nobatkan lah dengan serobat-robatnya bagi menyatukan kembali hati-hati, jiwa-jiwa dan batang tubuh yang berdarah. Bagi memartabatkan kembali sejarah-sejarah penyatuan MELAYU. Apa ditunggu lagi? Nah!!! Cis!!! Sibedebah yang menumpang teduh dibawah panji-panji KESULTANAN dan KE-RAJA-AN MELAYU sumpah nenek moyang. SUSU YANG KITA BERI, TUBA YANG KITA TERIMA, ingat lah wahai RAJA-RAJA dan KESULTANAN MELAYU tidakkah kamu sedar bahawasanya kamu telah alpa dengan kesenangan-kesenangan hasil dari nenek moyang yang terdahulu. Bangkit lah!!! Bangkit lah!!! Bangkit lah!!! kembali lah ke jalan pulang. Pulang lah!!! Pulang lah!!! Pulang lah!!! kita bersama menobatkan jalan penyelesaian bagi keagungan bangsa-bangsa MELAYU yang tulin. Lihatlah betapa kita menjadi MUSAFIR didalam pemerintahan kita sendiri. Hanya PADANG JARAK PADANG TERKUKUR sahaja yang boleh mengembalikan kedaulatan nenek moyang sumpah keramat berdarah atas panji-panji ROH HU KUDUS. BIAR MATI ANAK, jika anak itu menderhaka. JANGAN MATI ADAT, itulah hukuman yang nyata. Maka hatta, penuhilah balai RONG SERI, RONG SERI dengan pukulan gendang dan rebana dan tiupan serunai nobat bagi mengumpulkan segala PANCHA INDERA khazanah MELAYU untuk disatukan. Jangan berlengah lagi sebelum NASI MENJADI BUBUR. Maka nyahkan lah SIKUDUNG MENDAPAT CINCIN, perkuatkan lah, perkasakan lah, perhebatkan lah, jalur menjalur, batas membatas, sokong menyokong, empang mengempang supaya kita mendapat satu KESATUAN bagai SIREH PINANG PULANG KE GANGGANG. Darah nenek moyang yang telah mengABDIkan sumpah keramatnya demi kehidupan cucu cicit suku sakatnya masa kini akan terjamin atas jaminan memperjuangkan AGAMA MELAYU itu dengan sejuang-juangnya bagi melaksanakan sumpah akur janji bersama dengan kuasa-kuasa ALAM BUANA yang tidak pernah menyepi akan kehadiranya. Bersama lah kita bermohon, menadah dua telapak tangan bagi mengembalikan warisan kebangaan MELAYU sejati. WAHAI YANG MAHA ESA, lindungi lah kami daripada fitnah perbuatan manusia-manusia yang digelar haiwan dan binatang yang telah mencemar atas duli yang paling AGONG. Kumpulkan lah, kumpulkan lah, kumpulkan lah bahasa kata semangat juang bagi menyedarkan akan kesilapan-kesilapan yang telah kamu-kamu lakukan. Berbalik lah kepada jalan asalmu, kembali lah kepada jalan kembali. TEPUK DADA TANYA SELERA. Imbaskan lah kembali akan kedurjanaan yang telah kita langgar atas larangannya. Maka inilah hasil-hasil dari perjuangan kamu yang rakus yang telah menjadikan bangsa-bangsa kamu sebagai PEMINTA SEDEKAH didalam KE-RAJA-AN. Congakkan lah kembali hukum-hukum yang dibawa oleh congkak-congkak yang membawa sejuta makna. Kembalikan peradabannya yang dahulu di dahulukan, yang kemudian dikemudiankan, yang kecil di anak-anakan, yg tua di bapak-bapakan yang muda disaudara-saudarakan. Kembalilah wahai bangsaku, tangisilah wahai bangsaku, kumpulkan lah wahai bangsaku martabatkan lah wahai bangsaku. MELAYU hampir hancur dek perbuatan kita sendiri. Nahhh!!! inilah padahnya bagi org yg melawan arus. Hukum itu telah tetap dijanjikan atas perjanjian. Turunlah, keluarlah, jatuhkanlah diri bagi penghianat bangsa. Nyah!!! kamu dari tempat yang kamu berada sekarang. Pilihlah wahai bangsaku dikalangan bangsamu sendiri bagi mentadbirkan perjalanan arah tuju kelibat BADI ROH akan bangsamu sendiri. Sebagaimana DURIAN BERADA DALAM PANGSANYA, itu lah MELAYU ibarat ingin memakan hasil tanaman nenek moyang, terpaksa, dipaksa untuk mendapatkan hasil, isi yang mewah lagi indah begitulah pengorbanan bangsa MELAYU bagi memartabatkan bumi istana yang dipijak kini. Tapi malangnya bagi orang MELAYU dengan sewenang-wenangnya dgn semudah-mudahnya setelah bekerja keras membanting tulang mengorbankan jiwa dan raganya menyerahkan hasil tanaman tadi kepada SI PENDERHAKA. Lalu menggadaikan maruah bangsanya sendiri ibarat LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA. Dimanakah keadilannya? Fikirkan lah semasak-masaknya Wahai bangsaku.



BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU, KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..

No comments:

Post a Comment