Sunday, June 30, 2013

sumpah yang diangkat

Dari lembah ke lembah, dari danau ke danau, dari tasik ke tasik, dari bukit ke bukau, dari gunung ke ganang, dari jurang ke jurang telah diterokai oleh SIFAT yang ingin menyifatkan akan sesuatu kebenaran yang belum disentuh oleh manusia dari ALAM SEJAGAT yang membuktikan akan erti hati budi NURANI yang BERAHI serta BERANI mengotai akan kata hati pada sesuatu yang ingin dimiliki atas KUDRAT dan HIRADATNYA SANG PENCIPTA malah ILLAHI bagi yang berani menguasai. Maka tepatlah lembah lembaga danau berduri mahu pun onak memaku diri yang bersama bersemadi akan AKURNYA AMANAH PERJANJIAN nenek moyang sendiri yang WAJIB mewajibkan atas wadah SUMPAH WARISAN yang perlu disongsong mengadap kemuka diri. Maka ketepatan waktu serta masa merungkai atas wajibnya sumpah keramat dimeterai pada tempat yang benar. Maka berdiri dengan beraninya bagi amanah yang diwakilkan kepada WAKIL-WAKIL yang diamanahkan oleh KE-RAJA-RAJA-AN digalas serta dipikul bersama bagi menunaikan janji akan sopan kata perjuangan nenek moyang yang berani sekeras sehebat KURSANI. Nahhh... jangan kamu alpa bagi yang telah berani menjadi wakil kepada sumpah nenek moyang yang terdahulu fahami lah akan kata sopan santun yang akan dipertonton kepada ANAK BUMI BANGSA yang tercinta. Harus diperingatkan jangan SUMPAH MEMAKAN SUMPAH. Kerana sumpah itu benar. Bagi yang mengucap akan dua KALIMAH yang teracap kepada penebusan dosa-dosa nenek moyang yang terdahulu dan sebagai penebus bagi menjernihkan suasana hiruk piruk yang berlaku atas kaum banimu sendiri. Maka dari itu perkokohkan lah semangat jiwa bakti bangsa kini atas satu penyatuan menyatukan MELAYU kepada orang-orang MELAYU. Jangan lah kamu lupa serta alpa dengan niat yang awal kamu lafaskan perjanjian maut yang telah kamu ikrarkan pada diri kamu serta bangsa kamu, malah pada keturunan kamu jua. Pastinya setiap pra kata wajib sampai pada KARMANYA. Maka dari itu awas serta awasilah tentang pra kata dan diri kamu sendiri yang akan melanggar pantang yang telah kamu ikrarkan dan KARMANYA benar pada perjanjian kata menyongsong diri.





Sudah tahu, memberi tahu.
Maka yang sudah berAKAL menentukan AKAL.
Apabila penuh AKAL, dia akan mengAKAL.

Umpama bicara pantun;
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH BICARA TOLONG AJARKAN.

Bukannya kurang ajar, biarlah ajar kepalang ajar.
Maka berhati-hatilah dalam bicara hati.


BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU,
KURSANI YANG BERANI,

YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..

Wednesday, June 26, 2013

hembusan kabus

Kabut menenggelami kabus diremang sinaran matahari hilang cahaya yang menyeri ALAM BUANA ketika usangnya perbuatan manusia yang mencemari akan kata pepatah pujangga BAGAI KABUS YANG HILANG DEK TERBITNYA SINAR MENTARI MERAH yang menjanjikan akan kesudahan titik noktah perjalanan sumpah nenek moyang yang terdahulu. Maka persusunkan lah wahai bangsaku yang kuhormati akan ketulusannya untuk menjiwai akan perjuangan bersama menyatukan wadah perjuangan yang telah kita tinggalkan DIHADAPAN. Maka disaat ini sekian alam diaturkan dengan peraturan melangkah selangkah KEBELAKANG bagi memperlihatkan akan apa yang telah kita lakukan kepada bangsa bumi dan anak cucu kita yang akan kita tinggalkan. Dari itu marilah kita bersama-sama membawa kepada dua KALIMAH kata yang sepakat bagi menyatukan sepadunya MELAYU dimata dunia. Apabila kesepakatan yang telah dimetrai dilalui dua KALIMAH yang sepakat, barulah ternyata akan akuan aku janji JUNJUNGAN membawa berkat. Maka hindarkan lah diri kamu daripada gejala-gejala yang boleh memisahkan diantara nyawa batang tubuh serta ROH yang membawa kepada kesempurnaan amanah JUNJUNGAN yang dititipkan daripada bahasa ibundanya MELAYU. Maka dari itu buang lah yang keruh ambillah yang jernih. Maka dari saat ini, jadikan lah diri kita sebagai perantara bagi generasi akan datang menghargai perjuangan sumpah keramat akan kekeramatan yang nyata dan jelas daripada pengorbanan moyang-moyang SUKU SAKAT SAKA BAKA perjuangan yang tulus serta suci lagi murni akan sah keikhlasan yang ditiup dari UBUN-UBUN JEMALA yang tertinggi titipan ILLAHI.


Sudah tahu, memberi tahu.
Maka yang sudah berAKAL menentukan AKAL.
Apabila penuh AKAL, dia akan mengAKAL.

Umpama bicara pantun;
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH BICARA TOLONG AJARKAN.

Bukannya kurang ajar, biarlah ajar kepalang ajar.
Maka berhati-hatilah dalam bicara hati.


BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU,
KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..



Sunday, June 23, 2013

diri yang menari

Ayuhhh... palu memalu, gendang menggendang, nobat bernobat, serunai merunai, tari menari akan keindahan budaya sopan kelakuan PAKAIANNYA DIRI yang MERESAPI DIRI yang SEBENAR-BENAR DIRI yang diperlukan bagi memikul akan tanggungjawab secara TUNAINYA DIDALAM DIRI yang MENYAPA DIRI akan kebenaran yang telah diinjakkan atas titipan kesumpahan nenek moyang yang terdahulu bagi dipikul atas kesinambungan yang wajib bagi yang merasakan atas kewajipan yang perlu dibawa didalam perjalanan muka penghadapan BAHTERA kehidupan yang mendatang. Janganlah kita berlengah lagi mengaut segala raut-raut WAJAH yang MEWAJAH akan kesucian dokongan bagi memperlakukan atas perlakuan kembalinya sekembalinya akan sumpah yang nyata pada kenyataannya. Kerana SUMPAH jangan dimakan SUMPAH. Itulah percikan yang hadir tanpa diundang yang ada pada setiap gerombolan-gerombolan yang secara tunainya memiliki semangat SUMPAH SEMERAH PADI sejak zaman BAHARI lagi. Kembalikan lah akan titipan MERONG MAHAWANGSA didalam jiwa sanubari yang HAKIKI. Dari itu, mencari atas pencarian yang tiada nyata akan kesudahannya lebih baik ditinggalkan, dari itu carilah dan sempurnakanlah barang yang telah nyata akan kenyataannya. Hatta, yang pukal-memukal akan KEILMUAN mencari jalan pengagihan-agihan ILMU yang benar dan sejati yang telah dilahirkan oleh SANG PENCIPTA ALAM BUANA supaya manusia didalam lindungan serta kandungan SANG BUANA dapat merasai akan NIKMAT dan RAHMAT oleh SANG PENCIPTA yang menjadikan ALAM SEANTERO BUANA membuanakan akan KUASA yang BENAR yang dianugerahkan akan KESUCIAN KUASA PENTADBIRAN ALAM SERTA KEILMUAN yang dititipkan kepada penyerta, serta ikutan JUNJUNG-JUNJUNGANNYA yang menguasai PENTADBIRAN JIWA RAGA SENTUHAN ALAM YANG MAHA KUASA.


Sudah tahu, memberi tahu.
Maka yang sudah berAKAL menentukan AKAL.
Apabila penuh AKAL, dia akan mengAKAL.

Umpama bicara pantun;
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH BICARA TOLONG AJARKAN.

Bukannya kurang ajar, biarlah ajar kepalang ajar.
Maka berhati-hatilah dalam bicara hati.


BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU,
KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..


Wednesday, June 19, 2013

kata keramat datuk hang tuah

KELIP-KELIP KUSANGKA API,
KALAU API MANA SUMBUNYA,
HILANG GHAIB KUSANKGA MATI,
KALAU MATI MANA KUBURNYA?

Itulah bidalan yang selalu diperkatakan atas warisannya pewaris akan KE-RAJA-RAJA-AN MELAYU yang tidak akan hilang ditelan dek zaman. Sedangkan DATUK HANG TUAH kita yang terulung dan tersohor akan kewibawaannya yang menjalan amanah yang diberi atas galas bahawa dokongan junjungan bagi melaksanankan akan SUMPAH PERJUANGAN SEMERAH PADI. Biarpun tiada tanda KUBURNYA namun peninggalan akan amal serta amalannya yang suci demi memperjuangkan atas ROH-ROH budinya MELAYU yang tidak akan kehilangan diatas BUMI ISTANANYA MELAYU yang kita sentuh dan kita TAJAKKAN diatas PERUT KURSANI BUMINYA MELAYU. Maka berketepatan lah akan kata keramat yang telah ditiupkan kepada percikan seanteronya bagi mewajibkan atas sentuhan percikan yang benar bagi menyatukan serta membulatkan akan sumpah nenek moyang yang terdahulu demi mempertahankan akan kekeramatan kata TIDAK MELAYU HILANG DIDUNIA. Hatta dari itu marilah marilah dan merilah kita beramai-ramai dan bersama-sama yang mana telah diwajibkan atas percikan pada diri masing-masing yang tersentuh dan terpanggil akan denyutan SYER SYER SYER yang membawa kepada peluapan bahang serta hangat kepanasan ROH-ROH JIWA warisan untuk dikembalikan kepada TANAH AIR BUMINYA KURSANI yang melata akan alirannya didalam serta meresapi akan tubuh tubuh serta jiwa-jiwa yang terpanggil akan kesumpahan nenek moyang kita yang terdahulu. Sudah sampai masanya dan ketikanya bagi bangsa yang tegak berdiri bersama atas penyertaan AKUR serta melaksanakan janji yang diamanahkan oleh JUNJUNGAN atas takbir serta mentakbirkan setiap URAT NADI DENYUT JANTUNG TULANG SUM-SUM sampai ke SALBI mahupun ke SALBIAHNYA dan wajib bagi pemegang-pemegang amanah yang telah ditiubkan ROH HU KUDUS bagi melaksanakan amanah serta perintah kami DENGAR dan kami TAAT. Dari itu persiapkan lah DIRI DIRI DIRI supaya BERDIRI BERDIRI BERDIRI bagi membenarkan atas kekeramatan laungan serta bisikan yang hadir tanpa diundang melalui doa orang-orang yang terdahulu daripada warisan bangsa yang sejati lagi mulia.


Sudah tahu, memberi tahu.
Maka yang sudah berAKAL menentukan AKAL.
Apabila penuh AKAL, dia akan mengAKAL.

Umpama bicara pantun;
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH BICARA TOLONG AJARKAN.

Bukannya kurang ajar, biarlah ajar kepalang ajar.
Maka berhati-hatilah dalam bicara hati.


BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU,
KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..



Thursday, June 13, 2013

sumpah semerah padi

SAH... Maka bumi yang dipijak disinilah bumi ISTANANYA MELAYU dan disini jugalah langit KURSANI yang kujunjung yang telah menurunkan atas WALI KERAMAT sumpah nenek moyang kita yang terdahulu.
Maka, darah-darah yang didalam tubuh, batang tubuh berisi urat nadi darah tulang sum-sum  yang membawa kepada perjuangan percikan diatas KALIMAT dan RAHMAT yang diperkatakan seantero ALAM BUANA ini.
Maka, jatuhmu aliran SYER-SYER tanah bumi ibunda BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL. Maka benarlah akan kalimah pendekar terulung yang kita sanjungi bagi kaumku TOK TUAH menyatakan TIDAK MELAYU HILANG DIDUNIA.
Lantaran barang siapa yang menidak-nidakkan akan kelahiran bangsa kaumku yang suci lagi murni maka tersendirinya telah mencemar ke bawah DULINYA KE-RAJA-RAJA-AN MELAYU.
Berdirinya kita disini adalah atas panggilan-panggilan warisan yang terpercik atas sumpahnya warisan SEMERAH PADI yang melata di setiap penjuru Pelusuk dunia.
Maka bangkit lah wahai kaumku dengan percikan yang datang menyapa dengan sendirinya atas darah-darah yang di pertanggungjawabkan bagi melindungi akan urat nadi nafas budaya bangsamu sendiri.
Tidak hairanlah langit perlu kita layari, gunung harus kita daki dan tujuh benua lautan perlu kita selami sebagai satu wadah perjuangan mempertahankan maruah diri kita sendiri dan bangsa MELAYU sejati.
Dari itu berpegang teguh lah kamu kepada kata keramat yang menyatukan akan KEMELAYUAN, MELAYU yang tidak dapat dipisahkan sama sekali, bak kata TOK JEBAT, BERPATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH, MAKA KUDAKI KUDAKI JUA, CISSS... MEMBUJUR LALU, MELINGTANG PATAH.
Kerana perjuangan MELAYU tidak pernah berhenti pada perhentiannya.
Dari itu  rasakan lah wahai bangsaku, percikan urat nadi tulang sum sum salbi yang menongkat atas amanat SANG PENCIPTA ALAM BUANA YANG MAHA KUASA.

MELAYU TETAP HIDUP
MELAYU TETAP HIDUP
MELAYU TETAP HIDUP


Sudah tahu, memberi tahu.
Maka yang sudah berAKAL menentukan AKAL.
Apabila penuh AKAL, dia akan mengAKAL.

Umpama bicara pantun;
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH BICARA TOLONG AJARKAN.

Bukannya kurang ajar, biarlah ajar kepalang ajar.
Maka berhati-hatilah dalam bicara hati.


BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU,
KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..


Sunday, June 9, 2013

aku janji

Tatakala meniti ufuk mentari merah terbenam bagi menggantikan akan menyinsingnya dini hari yang menyapa akan manik manikamnya atas kejauhan jauhari bagi membenihkan benih-benih manik yang menyinari akan semesta ALAM BUANA yang diciptakan atas KUDRATNYA ZAT pencipta kepada kebenaran ILMU-ILMU yang HAK yang wajib dibenihkan dan ditanam didalam jiwa-jiwa insan yang bergelar PEMEGANG AMANAH WARISAN sumpah nenek moyang SEMERAH PADI. Maka jangan ditampi-tampi lagi akan benih-benih warisan yang sedia ada didalam jiwa-jiwa yang ditiupkan kedalam ROH serta ROHANI yang terpilih akan waja mewaja sekental kekuatan KURSANI MELAYUKU yang sentiasa mengalir atas tiupan sumpah amanah nenek moyang ibunda yang wajib dipertatahkan atas ketulusan jiwa yang murni yang membenarkan atas kebenaran yang hakiki. Dari itu wahai jiwa bangsa kaumku yang bergelar MELAYU MELAYU MELAYU sejati, maka bangkitlah wahai jiwa ROH ROH ROH yang dititipkan atas kudus-kudus serta berdiri tegaknya sendiri bagai panji-panji yang membawa kepada pengorbanan HAK yang melampaui akan kebatilan. Hatta, dari itu marilah kita bersama-sama menyokong atas mengembalikan kembalinya ROH JIWA MELAYU yang akan dipertontonkan dan akan diperhalusi oleh para pentadbir-pentadbir negara serta KE-RAJA-RAJA-AN bagi mengukuhkan penyatuan-penyatuan SAMELAYUNYA. Maka akan dipertitah dan dipertatahkan akan seni budaya warisan bangsa bagi menyahut akan kehilangan ROH ROH MELAYU yang lama hilang dari ingatan mahupun sanubari didalam jiwa orang-orang MELAYU. Nahhh... Berpegang teguh lah kita kepada amanat junjungan, dimana bumi ISTANA MELAYU yang kita pijak maka disitu juga langit MELAYU kita julang dan kita dokong serta kita junjung. Wahai pentadbir-pentadbir, sudah sampai masanya untuk kita mencari gerombolan-gerombolan yang inginkan kesatuan akan MELAYU dikembalikan didalam tahta pentadbiran MELAYU kepada pejuang-pejuang orang MELAYU. Di kala persumpahan yang diucap atas ikrar serta di TASDIKKAN didalam hati yang berserta jiwa besar nurani yang dipikul oleh kesumpahan perjanjian akan taat setianya kepada pentadbiran yang telah diamanahkan kepada mereka yang sanggup berjanji sehidup semati memperjuangkan amanah-amanah warisan IBUNDA yang suci dan murni. Maka ingatlah wahai pentadbir-pentadbir yang dipilih oleh akan perwakilannya dari sudut mana jua pun kedudukan yang diamanahkan, ingatlah jika kamu tidak menjalankan atas amanah yang telah diletakkan dan digalaskan diatas bahu-bahu kamu, andai kata tidak dilaksanakan maka, tunggu lah akan yang menimpa diri kamu di atas persumpahan yang telah kamu ikrarkan serta kamu sanggup menerima akan hukuman atas melanggari akan sumpah SANG PENCIPTA CAKERAWALA yang menentukan segala-galanya. Dari itu sesungguhnya perjanjian kamu itu akan melampaui akan KARMA yang kamu lakukan. Maka setiap aku janji yang menjadikan kepada keakuran bagi menjalankan tugasan amanah MELAYU wajib dipertahankan walaupun apa yang akan terjadi. Ingatlah serta beringatlah kepada yang lain lain, jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Bagi yang mengkhianati akan sumpah nenek moyang saka baka keturunan jiwa raga akan percikan SYER-SYER yang terpancar bagi menceritakan serta mengkhususkan akan hal yang wajib bagi ZAT. 


Sudah tahu, memberi tahu.
Maka yang sudah berAKAL menentukan AKAL.
Apabila penuh AKAL, dia akan mengAKAL.

Umpama bicara pantun;
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH BICARA TOLONG AJARKAN.

Bukannya kurang ajar, biarlah ajar kepalang ajar.
Maka berhati-hatilah dalam bicara hati.


BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!! 
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!! 
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!! 
WAHAI KURSANI BANGSAKU, 
KURSANI YANG BERANI, 
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..