Thursday, June 13, 2013

sumpah semerah padi

SAH... Maka bumi yang dipijak disinilah bumi ISTANANYA MELAYU dan disini jugalah langit KURSANI yang kujunjung yang telah menurunkan atas WALI KERAMAT sumpah nenek moyang kita yang terdahulu.
Maka, darah-darah yang didalam tubuh, batang tubuh berisi urat nadi darah tulang sum-sum  yang membawa kepada perjuangan percikan diatas KALIMAT dan RAHMAT yang diperkatakan seantero ALAM BUANA ini.
Maka, jatuhmu aliran SYER-SYER tanah bumi ibunda BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL. Maka benarlah akan kalimah pendekar terulung yang kita sanjungi bagi kaumku TOK TUAH menyatakan TIDAK MELAYU HILANG DIDUNIA.
Lantaran barang siapa yang menidak-nidakkan akan kelahiran bangsa kaumku yang suci lagi murni maka tersendirinya telah mencemar ke bawah DULINYA KE-RAJA-RAJA-AN MELAYU.
Berdirinya kita disini adalah atas panggilan-panggilan warisan yang terpercik atas sumpahnya warisan SEMERAH PADI yang melata di setiap penjuru Pelusuk dunia.
Maka bangkit lah wahai kaumku dengan percikan yang datang menyapa dengan sendirinya atas darah-darah yang di pertanggungjawabkan bagi melindungi akan urat nadi nafas budaya bangsamu sendiri.
Tidak hairanlah langit perlu kita layari, gunung harus kita daki dan tujuh benua lautan perlu kita selami sebagai satu wadah perjuangan mempertahankan maruah diri kita sendiri dan bangsa MELAYU sejati.
Dari itu berpegang teguh lah kamu kepada kata keramat yang menyatukan akan KEMELAYUAN, MELAYU yang tidak dapat dipisahkan sama sekali, bak kata TOK JEBAT, BERPATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH, MAKA KUDAKI KUDAKI JUA, CISSS... MEMBUJUR LALU, MELINGTANG PATAH.
Kerana perjuangan MELAYU tidak pernah berhenti pada perhentiannya.
Dari itu  rasakan lah wahai bangsaku, percikan urat nadi tulang sum sum salbi yang menongkat atas amanat SANG PENCIPTA ALAM BUANA YANG MAHA KUASA.

MELAYU TETAP HIDUP
MELAYU TETAP HIDUP
MELAYU TETAP HIDUP


Sudah tahu, memberi tahu.
Maka yang sudah berAKAL menentukan AKAL.
Apabila penuh AKAL, dia akan mengAKAL.

Umpama bicara pantun;
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH BICARA TOLONG AJARKAN.

Bukannya kurang ajar, biarlah ajar kepalang ajar.
Maka berhati-hatilah dalam bicara hati.


BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU,
KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..


No comments:

Post a Comment