Sunday, June 23, 2013

diri yang menari

Ayuhhh... palu memalu, gendang menggendang, nobat bernobat, serunai merunai, tari menari akan keindahan budaya sopan kelakuan PAKAIANNYA DIRI yang MERESAPI DIRI yang SEBENAR-BENAR DIRI yang diperlukan bagi memikul akan tanggungjawab secara TUNAINYA DIDALAM DIRI yang MENYAPA DIRI akan kebenaran yang telah diinjakkan atas titipan kesumpahan nenek moyang yang terdahulu bagi dipikul atas kesinambungan yang wajib bagi yang merasakan atas kewajipan yang perlu dibawa didalam perjalanan muka penghadapan BAHTERA kehidupan yang mendatang. Janganlah kita berlengah lagi mengaut segala raut-raut WAJAH yang MEWAJAH akan kesucian dokongan bagi memperlakukan atas perlakuan kembalinya sekembalinya akan sumpah yang nyata pada kenyataannya. Kerana SUMPAH jangan dimakan SUMPAH. Itulah percikan yang hadir tanpa diundang yang ada pada setiap gerombolan-gerombolan yang secara tunainya memiliki semangat SUMPAH SEMERAH PADI sejak zaman BAHARI lagi. Kembalikan lah akan titipan MERONG MAHAWANGSA didalam jiwa sanubari yang HAKIKI. Dari itu, mencari atas pencarian yang tiada nyata akan kesudahannya lebih baik ditinggalkan, dari itu carilah dan sempurnakanlah barang yang telah nyata akan kenyataannya. Hatta, yang pukal-memukal akan KEILMUAN mencari jalan pengagihan-agihan ILMU yang benar dan sejati yang telah dilahirkan oleh SANG PENCIPTA ALAM BUANA supaya manusia didalam lindungan serta kandungan SANG BUANA dapat merasai akan NIKMAT dan RAHMAT oleh SANG PENCIPTA yang menjadikan ALAM SEANTERO BUANA membuanakan akan KUASA yang BENAR yang dianugerahkan akan KESUCIAN KUASA PENTADBIRAN ALAM SERTA KEILMUAN yang dititipkan kepada penyerta, serta ikutan JUNJUNG-JUNJUNGANNYA yang menguasai PENTADBIRAN JIWA RAGA SENTUHAN ALAM YANG MAHA KUASA.


Sudah tahu, memberi tahu.
Maka yang sudah berAKAL menentukan AKAL.
Apabila penuh AKAL, dia akan mengAKAL.

Umpama bicara pantun;
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH BICARA TOLONG AJARKAN.

Bukannya kurang ajar, biarlah ajar kepalang ajar.
Maka berhati-hatilah dalam bicara hati.


BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU,
KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..


No comments:

Post a Comment