Wednesday, June 19, 2013

kata keramat datuk hang tuah

KELIP-KELIP KUSANGKA API,
KALAU API MANA SUMBUNYA,
HILANG GHAIB KUSANKGA MATI,
KALAU MATI MANA KUBURNYA?

Itulah bidalan yang selalu diperkatakan atas warisannya pewaris akan KE-RAJA-RAJA-AN MELAYU yang tidak akan hilang ditelan dek zaman. Sedangkan DATUK HANG TUAH kita yang terulung dan tersohor akan kewibawaannya yang menjalan amanah yang diberi atas galas bahawa dokongan junjungan bagi melaksanankan akan SUMPAH PERJUANGAN SEMERAH PADI. Biarpun tiada tanda KUBURNYA namun peninggalan akan amal serta amalannya yang suci demi memperjuangkan atas ROH-ROH budinya MELAYU yang tidak akan kehilangan diatas BUMI ISTANANYA MELAYU yang kita sentuh dan kita TAJAKKAN diatas PERUT KURSANI BUMINYA MELAYU. Maka berketepatan lah akan kata keramat yang telah ditiupkan kepada percikan seanteronya bagi mewajibkan atas sentuhan percikan yang benar bagi menyatukan serta membulatkan akan sumpah nenek moyang yang terdahulu demi mempertahankan akan kekeramatan kata TIDAK MELAYU HILANG DIDUNIA. Hatta dari itu marilah marilah dan merilah kita beramai-ramai dan bersama-sama yang mana telah diwajibkan atas percikan pada diri masing-masing yang tersentuh dan terpanggil akan denyutan SYER SYER SYER yang membawa kepada peluapan bahang serta hangat kepanasan ROH-ROH JIWA warisan untuk dikembalikan kepada TANAH AIR BUMINYA KURSANI yang melata akan alirannya didalam serta meresapi akan tubuh tubuh serta jiwa-jiwa yang terpanggil akan kesumpahan nenek moyang kita yang terdahulu. Sudah sampai masanya dan ketikanya bagi bangsa yang tegak berdiri bersama atas penyertaan AKUR serta melaksanakan janji yang diamanahkan oleh JUNJUNGAN atas takbir serta mentakbirkan setiap URAT NADI DENYUT JANTUNG TULANG SUM-SUM sampai ke SALBI mahupun ke SALBIAHNYA dan wajib bagi pemegang-pemegang amanah yang telah ditiubkan ROH HU KUDUS bagi melaksanakan amanah serta perintah kami DENGAR dan kami TAAT. Dari itu persiapkan lah DIRI DIRI DIRI supaya BERDIRI BERDIRI BERDIRI bagi membenarkan atas kekeramatan laungan serta bisikan yang hadir tanpa diundang melalui doa orang-orang yang terdahulu daripada warisan bangsa yang sejati lagi mulia.


Sudah tahu, memberi tahu.
Maka yang sudah berAKAL menentukan AKAL.
Apabila penuh AKAL, dia akan mengAKAL.

Umpama bicara pantun;
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH BICARA TOLONG AJARKAN.

Bukannya kurang ajar, biarlah ajar kepalang ajar.
Maka berhati-hatilah dalam bicara hati.


BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU,
KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..



No comments:

Post a Comment