Tuesday, January 29, 2013

uri


Heyyy uri temuni mentuban darah bangsaku MELAYUKU tegak berdirilah kau ibarat kursani yang memancarkan cahayanya. Masuklah sebagaimana halilintar menyambar petir. Bangkitlah!!! Apa yang ditunggu lagi. Perjuangkan lah!!! Amanah sumpah keramat darah nenek moyang kita. Ayuhhh ayuhhhhh ayuhhhhhhh!!! Ingat mengingatilah antara kita bersama dengan kasih sayang rindu dendam yang tidak pernah luput dari perjuangan MELAYU itu sendiri. Kibarkanlah panji-panji alam berserta badi nenek moyang kita. Jangan kita lupa pengorbanan perjuangan matlamat serta hala tuju kearah satu panji-panji HITAM. Semarakkan lah pada jiwa-jiwa yang hadir atas kesumpahannya. Marilah, marilah, marilah!!! Kita satukan tenaga, satukan pemikiran, satukan etikad, satukan pengorbanan, satukan sumpah bagi menjaga kedaulatan MELAYU yang tersohor gahnya. Heyyyyy uri menguri mengurai bersama paksinya tetap pada hukumnya. Hukum yang dijadikan oleh SANG BUANA mencucuri atas kerahmatan alam semestanya. Rasailah tunjang getir yang menusuk didalam jiwa – jiwa yang bernamanya MELAYU.  Masukkan lah, isikan lah, padatkan lah kepadatannya, padukan lah ikutan kaum bangsa nenek moyangmu sendiri. Bersatulah MELAYU ibarat “LEMBING AWANG PULANG KE DAYANGNYA”. Jangan kamu hentikan perlayaran ini sebagaimana AWANG SULONG berlayar demi bangsanya sendiri. Bersamalah kita berpegang teguh tali ikatan akur janji sumpah taat setianya demi martabat kedaulatan anak, ibu bapa, cucu cicit, nenek moyang kita. Bersumpahlah!!! “BULAT AIR KERANA PEMBENTONG, BULAT KATA KERANA MUAFAKAT”. Perangilah kata-kata nista, kata-kata cela, yang merugikan bangsamu sendiri. Damping dan dampingilah wahai bangsaku atas SUMPAH KERAMAT SEMERAH PADI. Perangilah dalang-dalang yang mencemarkan kedaulatan akan kemulian MELAYU itu sendiri. Tunggulah bagi orang yang sedemikian, sejak BAHARI lagi tuhan telah menetapkan hukum. Tunggulah, kerana masanya akan sampai akan karmanya. Percayalah kepada kuasa SANG BUANA yang mentadbir alam semesta ini. Himpunkan lah semangat-semangat ini, kumpul-kumpulkan lah semangat-semangat ini, satu-satukan lah semangat-semangat ini, agar kita dapat berjasa atas nama SA-MELAYU yang tetap berdiri menegakkan kebenaran, yang menegakkan keadilan daripada SANG PENCIPTANYA. Maka celakalah bagi orang-orang yang menolak akan kewujuduan, akan benar, akan kebenaran yang diamanahkan oleh PENCIPTA ALAM.

bangkitlah wahai kaumku!!! bangkitlah wahai kaumku!!! bangkitah wahai kaumku!!! wahai KURSANI bangsaku, KURSANI yang berani,
yang menegakkan ilmu yang benar...

Sunday, January 27, 2013

SA-MELAYU


Salam kasih, salam sayang, salam rindu yang disampaikan oleh angin lalu kepada pencinta-pencinta MELAYU sejati. Berkasih sayanglah, belai belaianlah, tunduk hormatlah bagi yang TUA dihormati bagi yang MUDA disayangi. Marilah kita berazam dan bertekad bagi menyempurnakan apa yang telah kita mulakan sejak AZALI lagi. Maka tegak berdirinya GUGUSAN KESATUAN SEMELAYU bagi memartabatkan tanah badan atas akuan perjanjian yang dimetri oleh SUMPAH SEMERAH PADI. Ayuh!!! Ayuh!!!!! Ayuh!!!!!!! Bersatulah kita demi warisan anak bangsa. Hentikanlah perbuatan “ANJING-ANJING YANG MENYALAK BUKIT” yang tiada kesudahannya. Ayuh kita perkatakan kesenambugan perihal yang bersangkutan dengan falsafah untuk mewujudkan kisah-kisah penyatuan GUGUGSAN MELAYU. Bukannya mempersoalakan tentang perangai orang-orang MELAYU. Bangkitlah menentang orang MELAYU yang kurang adab dan yang telah biadab pada bangsanya sendiri. “MELUDAH KELANGIT, TERPERCIK KEMUKA SENDIRI” malulah dengan nenek moyang kamu yang bersumpah untuk mempertahankan dan memperkasakan kedaulatan MELAYU sejati. Maka itulah yang dinamakan orang MELAYU yang biadab yang tidak dapat membezakan antara watikah dan wasilah MELAYU itu sendiri, yang telah wujud akan kesopanan tata tusilanya, kesopanannya, tertibnya, kepahlawanannya, keagongannya, kemuliannya, kesuciannya, keindahannya didalam panji-panji HITAM dibawah naungan MELAYU itu sendiri. Tinggalkanlah, buangkanlah, nyahkanlah, kuburkanlah bicara kata yang tidak berilmu, membidas, mengherdik, memperlekehkan, membinasakan, memutar belitkan, menodai kesucian ikutan darah nenek moyang yang mengalir hingga kini. MELAYU itu benar, MELAYU itu agong maka agongkan lah darah martabat percikan warisan MELAYU  yang terulung. Marilah kita wahai kekanda dan adinda, dimanakah salahnya MELAYU itu. jangan “KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA” “NASI BELUM MENJADI BUBUR”. Pergunakanlah masa kini demi sumpah keramat, demi akur janji keramat, demi kesumpahan tanah badan keramat, demi darah yang mengalir keramat. Bangkitlah wahai kaumku, “BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH” marilah kita memperjuangkan, juangkanlah amanah wasilah nenek moyang kita. Inilah masa yang di tunggu-tunggu persatukanlah kalimat-kalimat agong yang ada didalam dada-dada, yang ada didalam hati-hati, yang ada didalam benak-benak, Bersamalah kita, berkongsilah kita didalam falsafah-falsafah yang tersurat dan yang tersirat. Ilmu-ilmu yang ada, secara nyata atau yang tidak nyata, demi darah yang mengalir, bersumpahlah!!! Bersumpahlah!!!!! Bersumpahlah!!!!!!! Sebagaimana orang terdahulu daripada warisan nenek moyang kita.
bangkitlah wahai kaumku!!! bangkitlah wahai kaumku!!! bangkitah wahai kaumku!!! wahai KURSANI bangsaku, KURSANI yang berani, yang menegakkan ilmu yang benar...

Friday, January 25, 2013

Keris Umno


barisan itu adalah saf ataupun penyatuan kepada pelbagai kaum...lambang kapal itu sudah membuktikan satu pelayaran pada matlamat yang diikutinya pada kaum yang lain, jadi wajarlah kapal yang dibina oleh UMNO itu melindungi bangsanya sendiri dan kaum yang lain... jelas terbukti andai berlaku bencana seisi kapal akan karam... SEDARLAH WAHAI BANGSAKU!!! tegakkan lah panji-panji UMNO dan kesatuan MELAYU bagi melindungi agama dan mertabat bangsanya sendiri... tidak salahlah jika Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein mengangkat keris dalam dalam perhimpunan UMNO pada 2005 dan 2006 juga memartabatkan keris kedaulatan bangsanya sendiri seperti mana yang di lakukan BAPA KEMERDEKAAN bagi semua kaum iaitu YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang telah mengangkat keris SEPOKALnya sebagai janji dan sumpah untuk menjaga maruah bangsanya sendiri... jadi fahamilah wahai bangsaku sesungguhnya keris itu membawa maksud yang tersurat dan tersirat di dalamnya untuk di sampaikan sesuatu wardah dalam perjuangan... perhatikan pada keunikan keris itu dan sarungnya yang mempunyai penuh makna dan erti yang tidak ada pada mana-mana senjata-senjata yang lain...inilah jalan yang perlu kita HAYATI sebagai pengenalan bagi kaum MELAYU... 

BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!! BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!! BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!! WAHAI KURSANI KAUMKU!!! KURSANI YANG BERANI!!! YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR!!!

barisan nasional dan umno


wahai bangsaku!!! yang memerintah negara ini adalah barisan nasional dan bukannya umno mutlak sepenuhnya... jadi mengapa beban yang dipikul digalas diatas bahu umno sahaja... begitu kaedahnya zaman berzaman melayu berani dengan bangsanya sahaja... kajilah wahai bangsaku!!! umno tidak boleh membuat keputusannya sendiri melainkan keputusan itu datang dari barisan nasional...jadi sedarlah wahai bangsaku... pepatah ada mengatakan "lembu punya susu, sapi dapat nama"... tidakkah kamu rasa sedikit pun bersalah dan rasa bersedih hati selama ini kerana dicaci oleh bangsamu sendiri dan ditertawakan oleh kaum yang lain... bersatulah wahai kaumku!!! buang yang keruh ambillah yang jernih... jikalau melayu tidak boleh memartabatkan melayu siapa lagi yang boleh melakukannya... "kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga" "genggam bara api, biar sampai jadi arang" "berpantang maut sebelum ajal"... apabila datangnya kebenaran maka terhapuslah kebatilan... itu janji pencipta sekian alam...

bangun! bangun!!! bangun!!!!! bangun si anak bangun!!!!!!!

bangkitlah wahai kaumku! bangkitlah wahai kaumku!!! bangkitlah wahai kaumku!!!!! wahai KURSANI bangsaku! KURSANI yang berani!!! yang menegakkan ilmu yang benar!!!!!

Tun Abdul Razak


TUNKU ABDUL RAHMAN adalah bapa kemerdekaan tanah melayu yg membebaskan semua bangsa iaitu melayu, cina, india dan lain2 dari tangan penjajah... akan tetapi adakah MELAYU sedar bapa kemerdekaan bangsa MELAYU adalah TUN ABDUL RAZAK... yg merdekakan bangsa melayu dari belenggu kemiskinan... maka wujudlah FELDA dan FELCRA untuk membaik pulih ekonomi melayu supaya ianya lebih seimbang... bukankah tanah nenek moyang kita di kembalikan kepada kita untuk berjasa dan berbakti pada tanah... bukankah TUN ABDUL RAZAK telah sanggup berkorban untuk bersusah payah demi bangsanya sendiri... inilah warisan kita wahai bangsaku... wahai ANAK jika benar kamu dari golongan anak FELDA, bersyukur lah dgn nikmat yg kamu kecapi hingga kehari ini... SEDARLAH WAHAI BANGSAKU!!! BANGKITLAH WAHAI BANGSAKU!!!!!

hati yang mulia


wahai insan-insan yang berhati mulia, hormatilah panji-panji dibawah naungan UMNO,
barang siapa yang bersifat manusia masih lagi bersifat haiwan, mengenal panji-panji maka kenal lah perjuangan di dalam yang tersurat dan yang tersirat.

bangkit lah wahai kaumku! bangkit lah wahai kaumku!!! bangkit lah wahai kaumku!!!!! wahai KURSANI bangsaku, KURSANI yang berani, yang menegakkan ilmu yang benar...

pendidik


Wahai pendidik kesayanganku, hormatilah dan hayatilah bahasa ibunda peninggalan nenek moyang kita dan berbahasalah dengan bahasa ibunda. Tanpa mengenal bahasa nenek moyang kita, tidak akan kita mengenal bahasa nenek moyang itu sendiri. Tampi-tampikan lah, inang-inangkan lah bahasa ibunda kita. Sedangkan kita hanya berbicara sesama kita, perlukah ada bahasa penjajah yang telah menjajah kita? Dimanakah pengorbanan janji sumpah setia yang telah diucapkan demi nenek moyang kita? Kurangkah, burukkah, hinakah bahasa yang sejak azali lagi diatas kemuliannya dizaman BAHARI. Malulah kamu dengan dengan cucu cicit nenek moyang tanah air yang mengakui MELAYU terpengaruh dengan dengan bahasa penjajah yang telah kita tukarkan supaya anak bangsa tidak mengenal akan keaslian bahasa nenek moyang kita. Apa lebihnya bahasa dunia luar yang hendak dibawa masuk kedalam hati-hati cucu cicit oneng-oneng dan suku sakatnya. Kembalilah wahai jiwa-jiwa pendidik yang suci dan murni. Jangan jadi “PAK PANDIR MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI” “MAT JENIN DENGAN ANGAN-ANGANNYA” “AYAM TERLEPAS TANGAN BAHU TAHI” “JANGAN JADI MUSANG BERBULU AYAM”. Adakah keagungan kata-kata sakti MELAYU itu menjadi sesuatu yang memalukan untuk kamu mempergunakan. Sedangkan penjajah yang menjajah kita juga menggunakan bahasa ibunda kita sendiri. Tolonglah selamatkan bumi TAMIM ini, cantaskanlah, hapuskanlah, kuburkanlah bahasa-bahasa yang menghina batas perbahasan MELAYU yang agong itu sendiri. Kita sanggup menyusun anak cucu cicit kita dihadapan demi menggadai maruah bangsa. Ada yang beranggapan MELAYU telah ketinggalan zaman. Sedangkan darah-darah mereka mengalir daripada sumpah janji taat setia kepada bangsanya sendiri. MELAYU tidak pernah tandus, tidak pernah bodoh, tidak pernah hilang akal, tidak pernah lupa diri, tidak pernah mengagongkan bangsa yang lain melainkan bangsanya sendri. Bak kata TOK TUAH: “TAK KAN MELAYU HILANG DIDUNIA” “BERPATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH, KUDAKI KUDAKI JUA” “PANTANG MELAYU BERUNDUR” “PANTANG MELAYU MENYERAH KALAH” “PANTANG MELAYU MENDERHAKA” pada bangsanya sendiri. Adakah bahasa para ibunda kita yang dijadikan tidak dapat difahami MELAYU itu sendiri maka “SIALLAH BADAN NAMANYA” yang terkena sumpah hukum “SEMERAH PADI” dan adakah ia hina sisi PENCIPTANYA yang telah tersedia sejak BAHARI lagi. Sedangkan bahasa penjajah telah mengucar kacirkan fahaman bahasa ibunda. Mereka tidak perlu menjajah dari segi peperangan lagi, tetapi mereka telah menjajah kita dari segi pemikiran yang menolak akan agama MELAYU itu sendiri. Sedarlah kita telah diperkotak katikkan oleh penjajah.


Pulau pandan jauh ketengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi melayu yang baik dikenang juga.


bangkitlah wahai kaumku!!! bangkitlah wahai kaumku!!! bangkitah wahai kaumku!!! wahai KURSANI bangsaku, KURSANI yang berani, yang menegakkan ilmu yang benar...

Langit dan Bumi



Demi langit dan bumi, dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Perhatikanlah wahai bangsaku, bahawasanya semesta alam telah mengitirafkan kewujudan dan kedalaulatan bumi MELAYU ini. Bumi MELAYU yang kaya dengan hasil perut buminya dan isinya yang dapat dimanfaatkan pada seisi alam. Itulah berkatnya tangan-tangan warisan yang telah memperjuangkannya, yang telah mengorbankan nyawa jiwa bangsa bagi dinikmati cucu cicitnya sehingga kini. Bersyukurlah kerana SANG PENCIPTA telah memperkenankan diatas doa-doa yang terdahulu dan bersumpah atas nama SANG PENCIPTANYA bagi memartabatkan kedaulatan MELAYU demi nuri bangsanya. Segala kenikmatan yang kita kecapi adalah dari sumpah dan berkat dari perjuangan hasil nenek moyang kita. Berdirilah dengan angkuh demi memartabatkan budaya bangsa MELAYU itu sendiri. Demi amanat yang dipikul dan di sandang, nyahkanlah perjuangan yang tiada hala tujunya. Berjuanglah sampai ke titisan yang terakhir bagi MELAYU dan orang MELAYU. Wajib memikul amanat warisanmu sendiri yang telah lama menjalankan akur janji, taat setia, atas kedaulatan SUMPAH SEMERAH PADI sejak BAHARI lagi. BAHA BAHA BAHA, BAHARI yang telah lama memikul amanat BAHA BAHA BAHA. Itulah bahangnya demi kesumpahan mendaulatkan atas kedaulatan SANG PENCIPTANYA. Langit dan bumi menjadi saksi atas kerakusan MELAYU yang memperdayakan, menyesatkan, memperlekehkan, menghancurkan, memperkotak katikkan agama bangsa MELAYU itu sendiri. Tunggulah wahai orang-orang yang menghina atas kedaulatan SANG PENCIPTANYA, masanya akan tiba zaman kehancuran bagi orang yang sedemikian. Itulah janji SANG BUANA. Bagi anak cucu cicit warisan terbilang kaumku, bangsaku, ikutanku, bangkitlah, bangkitlah dari tidurmu yang lena. Banyakkanlah berjaga dari tidurmu kerana PELANDUK SELALU MELUPAKAN JERAT, TETAPI JERAT TIDAK PERNAH MELUPAKAN PELANDUK. Ingatlah, sedarlah bagi yang berjiwa warisan sejati, jangan kita nodai sumpah keramat yang diamanahkan oleh warisanmu sendiri. Berjuanglah, berjuanglah tanpa mengenal kematian kerana mati itu akan sampai wahai bangsaku dan sebelum menghembuskan nafasmu yang terakhir jalankanlah amanat yang AGONG, perjuangan yang AGONG, pengorbanan yang AGONG, cita-cita yang AGONG, kesumpahan yang AGONG yang telah kita junjung dan bermati-matian lah sampai ketitisan yang terakhir tegak dan semaikanlah warisan BUNGA BANGSA yang suci lagi murni, yang suci lagi menyucikan, yang tenang lagi menenangkan sanggup berkorban untuk memikul bani kaum bangsamu wahai MELAYU terulung. 

bangkitlah wahai kaumku!!! bangkitlah wahai kaumku!!! bangkitah wahai kaumku!!! wahai KURSANI bangsaku, KURSANI yang berani, yang menegakkan ilmu yang benar...

Thursday, January 24, 2013


wahai bangsaku yang bergelar MELAYU, "JANGAN JADI SELUANG MENCUCUK MATA" "JANGAN BALING BATU SEMBUNYIKAN TANGAN" "JANGAN KACANG LUPAKAN KULIT" "JANGAN TERANTUK BARU NAK TERNGADAH" "JANGAN TELUNJUK DIDEPAN KELINGKING BERKAIT" "JANGAN JADI GUNTING DALAM LIPATAN" "HABIS MADU SEPAH DIBUANG" yang bergelar pendidik WARISAN bangsa, yang tidak mempercayai akan perjuangan MELAYU itu sendiri atas tunggak pemerintahan MELAYU kini... "BERGURU BIAR KEPALANG AJAR" "DIBERI BUNGA DI PULANGKAN TAHI"... apakah masih kurang lagi keistimewaan yang dijaga dan diberi oleh bangsanya sendiri yang mana tidak ada pada dunia-dunia yang lain... bertaubat lah kamu, sedangkan gaji yang kamu terima adalah daripada GUGUSAN pentadbiran MELAYU itu sendiri... kalau rasa kurang senang hati dipersilakan mencari gaji yang luar daripada batas pentadbiran MELAYU itu sendiri... "BERANI KERANA BENAR" dimanakah kebenaran bagi yang menuding jari wahai pendidik bangsaku... BUKTIKANLAH, LEPASKANLAH, GUGRKANLAH, LUCUTKANLAH jawatan yang ada pada diri kamu bagi membuktikan jalan pemimpin kamu itu benar... BUKTIKAN!!! BUKTIKAN!!! BUKTIKANLAH!!!!!!!... bagi mereka-mereka ini, inilah kesempatan dan peluang untuk kamu memilih jalanmu sendiri...inilah jenis-jenis MELAYU yang lupa daratan... biarkan ia karam sebagaimana sejarah luncai terjun dengan labu-labunyaaaaaaaaaaaaaaa... biarkannnnnnn biarkannnnnnn biarkannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn... itulah sumpah KERAMAT yang dijanjikan undang-undang SEMERAH PADI bagi yang melanggar hukum... maka sumpah itu memakan diri... wahai pendidikku yang berpaling tadah, "JIKA TIDAK TAHU MENGENAL HATI BUDI" "TIDAK SEDARKAN DIRI" "TIDAK TAHU MEMBUAT BUDI" TIDAK TAHU MENGHARGAI DIRI" "TIDAK TAHU MENGENANG DIRI" dan "TIDAK TAHU MEMBALAS BUDI" lebih baik menjadi anjing dengan babi...

"KEMBALILAH WAHAI BANGSAKU" "BERSATULAH WAHAI BANGSAKU" "SEDARLAH WAHAI BANGSAKU" bersama kita menegakkan PANJI-PANJI ALAM...kembalilahhhhhhhhhhhhhhh....

bangkitlah wahai kaumku!!! bangkitlah wahai kaumku!!! bangkitah wahai kaumku!!! wahai KURSANI bangsaku, KURSANI yang berani, yang menegakkan ilmu yang benar...

sedarlah wahai melayu... apa ertinya MELAYU dan jika tidak sedar janganlah mendabik dada... carilah kepastian yang pasti... tepatlah pemimpin agung yang ku sayang bahawa 2020 itu ada natijahnya... memang benar melayu itu berani dengan melayu akan tetapi mengapa melayu tidak menyatakan akan keMELAYUan itu sendiri... bak kata HANG TUAH tak kan melayu hilang didunia, bukan orang melayu hilang didunia... sedangkan penjajah juga menghormati akan kesultanan melayu walau kita dijajah... lima penjajah telah menjajah pemikiran orang melayu tetapi melayu tetap utuh dengan adab kemelayuannya... sedangkan tradisi arab sendiri tidak sehalus budi pekerti orang melayu... sedarlah wahai kaumku!!!!! 

bangkit lah wahai kaumku! bangkit lah wahai kaumku!!! bangkit lah wahai kaumku!!!!! wahai KURSANI bangsaku, KURSANI yang berani, yang menegakkan ilmu yang benar...

Orang melayu seolah-olah terkena “bius” oleh bangsanya sendiri, terlalu banyak pantang larang hingga takut dihukum dan dalam tidak sedar maka diri sendiri telah dihukum… umpama membina penjara akan tetapi kita yang memenjarakan diri kita sendiri… orang melayu umpama air yang jernih apabila datangnnya pewarna-pewarna maka keruhlah air itu… siapa yang membinasakan bangsanya sendiri??? Bukankah orang melayu itu sendiri… maka sedarlah wahai bangsaku!!! Mengapa jadi sebegini rupa, maka kajilah sifat melayu itu sendiri… mengapa melayu lekas lupa… kajilah dengan sedalam-dalamnya dimana kesilapan melayu itu sendiri… kerana melayu itu kaya dengan adab santunnya, tatatusila yang paling tinggi yang ada pada kaum-kaum yang lain… kita hanya mengenal akan budaya melayu dan warisan melayu… akan tetapi kita tidak pernah mengkaji kata sopan melayu… umpama dalam kesultanan melayu melaka yang menggunakan kata-kata yang indah… hamba, tuan hamba yang menusuk kalbu dan kalbi apabila seseorang itu mendenganrnya maka ianya menjadi halwa dan manisan bagi kaum lain… kajilah wahai penggemar-penggemar islam dimana salahnya jika nak dibandingkan dengan budaya arab… tidak cukupkah santun budaya melayu yang kita bawa selama hari ini… orang melayu itulah yang menyahkan budaya datuk nenek moyang kita sendiri… sedarlah wahai bangsaku!!! Kononya bangsa melayu itu mengikuti peredaran zaman, sedangkan kita menerimanya bulat-bulat budaya kaum yang lain yang kononnya itulah yang sebenar-benarnya agama yang harus kita ikuti… 

Jangan sampai cacing naik kemata, tak terantuk maka tak terngadah, nasi sudah menjadi bubur, tak
kan dah terantuk baru melayu nak bersatu…

bangkit lah wahai kaumku! bangkit lah wahai kaumku!!! bangkit lah wahai kaumku!!!!! wahai KURSANI bangsaku, KURSANI yang berani, yang menegakkan ilmu yang benar...

insaflah wahai bani adam yang berketurunan bani tamim yang berketurunan melayu jati, maka insaflah bahawasanya ketuhanan dan ketuanan melayu bukan satu lagenda atau cerita-cerita dongeng yang mana membawa wardah perjuangan pencinta dan penciptanya... alangkah kecewanya bagi bangsa melayu yang tidak mengakui akan melayunya dan mempersendakan amalan perjuangan yang dibawa oleh rasul-rasulnya... kembalilah wahai saudara-saudara yang kucintai dan kukasihi... melayu itu tidak boleh hadir melainkan melayu itu melayu jati sahaja...melayu tidak akan pernah merasa hampa, kecewa, hambar dan gentar malah begitulah yang dikatakan biduk berlalu kiambang bertaut... berpeganglah pada kata-kata ini selagi kamu adalah melayu... gugur-gugurkanlah khazanah melayu, agih-agihkanlah khazanah melayu, pulang-pulangkanlah khazanah melayu wahai pemimpin harapan bangsaku...

bangun!!!!!!! bangun!!!!!!! bangun!!!!!!! bangun si anak bangun...

bangkitlah wahai bangsaku! bangkitlah wahai bangsaku!!! bangkitlah wahai bangsaku!!!!! wahai KURSANI bangsaku!!! KURSANI yang berani!!!!! yang menegakkan ilmu yang benar!!!!!!!

Bangsa melayu seperti lang yang terbang tinggi didalam buananya. Dan lang itu mengenali akan asal usul buananya. Tidak hairanlah pepatah mengatakan lang sehelangnya, buana sebuananya. Maka terjadilah alam buana yang nyata ini. Maka patah sayap menyambar, bertongkat paruh didaki didaki juga. Berpantang maut sebelum ajal. Biar putih tulang, jangan putih mata. Genggam bara api, biar sampai jadi arang. Membujur lalu melintang patah. Itulah semangat melayu jati yang tidak pernah terkubur sehingga kesaat ini. Bawakan lah amanah ini, tanamkan lah amanah ini, semaikan lah amanah ini, pacakkan lah amanah ini, hidupkan lah amanah ini, sebarkan lah amanah ini sebagai panji-panji keramat melayu jati...

Bangkitlah wahai bangsaku!!! Bangkitlah wahai bangsaku!!! Bangkitlah wahai bangsaku!!! Wahai kursani bangsaku!!! Kursani yang berani!!!!! Yang menegakkan ilmu yang benar!!!!!!!