Tuesday, January 29, 2013

uri


Heyyy uri temuni mentuban darah bangsaku MELAYUKU tegak berdirilah kau ibarat kursani yang memancarkan cahayanya. Masuklah sebagaimana halilintar menyambar petir. Bangkitlah!!! Apa yang ditunggu lagi. Perjuangkan lah!!! Amanah sumpah keramat darah nenek moyang kita. Ayuhhh ayuhhhhh ayuhhhhhhh!!! Ingat mengingatilah antara kita bersama dengan kasih sayang rindu dendam yang tidak pernah luput dari perjuangan MELAYU itu sendiri. Kibarkanlah panji-panji alam berserta badi nenek moyang kita. Jangan kita lupa pengorbanan perjuangan matlamat serta hala tuju kearah satu panji-panji HITAM. Semarakkan lah pada jiwa-jiwa yang hadir atas kesumpahannya. Marilah, marilah, marilah!!! Kita satukan tenaga, satukan pemikiran, satukan etikad, satukan pengorbanan, satukan sumpah bagi menjaga kedaulatan MELAYU yang tersohor gahnya. Heyyyyy uri menguri mengurai bersama paksinya tetap pada hukumnya. Hukum yang dijadikan oleh SANG BUANA mencucuri atas kerahmatan alam semestanya. Rasailah tunjang getir yang menusuk didalam jiwa – jiwa yang bernamanya MELAYU.  Masukkan lah, isikan lah, padatkan lah kepadatannya, padukan lah ikutan kaum bangsa nenek moyangmu sendiri. Bersatulah MELAYU ibarat “LEMBING AWANG PULANG KE DAYANGNYA”. Jangan kamu hentikan perlayaran ini sebagaimana AWANG SULONG berlayar demi bangsanya sendiri. Bersamalah kita berpegang teguh tali ikatan akur janji sumpah taat setianya demi martabat kedaulatan anak, ibu bapa, cucu cicit, nenek moyang kita. Bersumpahlah!!! “BULAT AIR KERANA PEMBENTONG, BULAT KATA KERANA MUAFAKAT”. Perangilah kata-kata nista, kata-kata cela, yang merugikan bangsamu sendiri. Damping dan dampingilah wahai bangsaku atas SUMPAH KERAMAT SEMERAH PADI. Perangilah dalang-dalang yang mencemarkan kedaulatan akan kemulian MELAYU itu sendiri. Tunggulah bagi orang yang sedemikian, sejak BAHARI lagi tuhan telah menetapkan hukum. Tunggulah, kerana masanya akan sampai akan karmanya. Percayalah kepada kuasa SANG BUANA yang mentadbir alam semesta ini. Himpunkan lah semangat-semangat ini, kumpul-kumpulkan lah semangat-semangat ini, satu-satukan lah semangat-semangat ini, agar kita dapat berjasa atas nama SA-MELAYU yang tetap berdiri menegakkan kebenaran, yang menegakkan keadilan daripada SANG PENCIPTANYA. Maka celakalah bagi orang-orang yang menolak akan kewujuduan, akan benar, akan kebenaran yang diamanahkan oleh PENCIPTA ALAM.

bangkitlah wahai kaumku!!! bangkitlah wahai kaumku!!! bangkitah wahai kaumku!!! wahai KURSANI bangsaku, KURSANI yang berani,
yang menegakkan ilmu yang benar...

No comments:

Post a Comment