Sunday, January 27, 2013

SA-MELAYU


Salam kasih, salam sayang, salam rindu yang disampaikan oleh angin lalu kepada pencinta-pencinta MELAYU sejati. Berkasih sayanglah, belai belaianlah, tunduk hormatlah bagi yang TUA dihormati bagi yang MUDA disayangi. Marilah kita berazam dan bertekad bagi menyempurnakan apa yang telah kita mulakan sejak AZALI lagi. Maka tegak berdirinya GUGUSAN KESATUAN SEMELAYU bagi memartabatkan tanah badan atas akuan perjanjian yang dimetri oleh SUMPAH SEMERAH PADI. Ayuh!!! Ayuh!!!!! Ayuh!!!!!!! Bersatulah kita demi warisan anak bangsa. Hentikanlah perbuatan “ANJING-ANJING YANG MENYALAK BUKIT” yang tiada kesudahannya. Ayuh kita perkatakan kesenambugan perihal yang bersangkutan dengan falsafah untuk mewujudkan kisah-kisah penyatuan GUGUGSAN MELAYU. Bukannya mempersoalakan tentang perangai orang-orang MELAYU. Bangkitlah menentang orang MELAYU yang kurang adab dan yang telah biadab pada bangsanya sendiri. “MELUDAH KELANGIT, TERPERCIK KEMUKA SENDIRI” malulah dengan nenek moyang kamu yang bersumpah untuk mempertahankan dan memperkasakan kedaulatan MELAYU sejati. Maka itulah yang dinamakan orang MELAYU yang biadab yang tidak dapat membezakan antara watikah dan wasilah MELAYU itu sendiri, yang telah wujud akan kesopanan tata tusilanya, kesopanannya, tertibnya, kepahlawanannya, keagongannya, kemuliannya, kesuciannya, keindahannya didalam panji-panji HITAM dibawah naungan MELAYU itu sendiri. Tinggalkanlah, buangkanlah, nyahkanlah, kuburkanlah bicara kata yang tidak berilmu, membidas, mengherdik, memperlekehkan, membinasakan, memutar belitkan, menodai kesucian ikutan darah nenek moyang yang mengalir hingga kini. MELAYU itu benar, MELAYU itu agong maka agongkan lah darah martabat percikan warisan MELAYU  yang terulung. Marilah kita wahai kekanda dan adinda, dimanakah salahnya MELAYU itu. jangan “KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA” “NASI BELUM MENJADI BUBUR”. Pergunakanlah masa kini demi sumpah keramat, demi akur janji keramat, demi kesumpahan tanah badan keramat, demi darah yang mengalir keramat. Bangkitlah wahai kaumku, “BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH” marilah kita memperjuangkan, juangkanlah amanah wasilah nenek moyang kita. Inilah masa yang di tunggu-tunggu persatukanlah kalimat-kalimat agong yang ada didalam dada-dada, yang ada didalam hati-hati, yang ada didalam benak-benak, Bersamalah kita, berkongsilah kita didalam falsafah-falsafah yang tersurat dan yang tersirat. Ilmu-ilmu yang ada, secara nyata atau yang tidak nyata, demi darah yang mengalir, bersumpahlah!!! Bersumpahlah!!!!! Bersumpahlah!!!!!!! Sebagaimana orang terdahulu daripada warisan nenek moyang kita.
bangkitlah wahai kaumku!!! bangkitlah wahai kaumku!!! bangkitah wahai kaumku!!! wahai KURSANI bangsaku, KURSANI yang berani, yang menegakkan ilmu yang benar...

No comments:

Post a Comment