Berdiri
tegak meratap merentap akan bertebaran memenuhi seisi alam akan
perjuangan keramat yang telah lahir diatas bumi yang bertuah ini
telah terbukti akan percikan WARISAN
WALI KERAMATNYA
yang hadir menghadap didada-dada
manusia yang bergelar WARISAN
WALI MAWADAH
yang mengalirkan aliran MUJAHADAH
yang telah ditunaikan atas perjanjian wakalah dari sumpah nenek
moyang yang terdahulu teracap dan terpahat didalam hati sanubari
sekelian makhluk yang menjiwai akan pengorbanan tumpah darah yang
telah membasahi akan perut bumi tanah SEZARAH-ZARAH
MELAYUNYA
yang didukung
akan sentuhan dari SYER-SYER
yang telah dititipkan akan kesempurnaan bagi yang mewajib pada
kata-kata
kalimat yang menyerap kepada ubun-ubun
ke salbi bagi yang terpercik akan jalur-jalur
salurannya yang bergema bagai laungan kebesaran yang tiada
penghujungnya. Dari itu wajib lah bagi kita akan mengetauhi akan
perjuangan yang sesuci-sucinya
yang telah terkorban akan pengorbanan harta benda jiwa dan raga
diulami dengan kesengsaraan serta tangas tangisnya melalui liku-liku
keperitan bagi membebaskan perjuangan diri yang tertakluk kepada
turutan perjuangan nenek moyang yang wajib diteruskan tanpa dihirau
akan perjuangan ancaman lalu.
heyyyyyy
kaumku tegak berdirilah kamu sebagai mana kata JUNJUNGAN:
BERPEGANG
TEGUH KAMU PADA TALI ALLAH, JANG KAMU BERCERAI BERAI.
Maka dari itu bersama-sama
lah kita sentuh menyentuh, sapa menyapa, tarik menarik, pujuk
memujuk, akan hati-hati
yang bergelora bersama bagi memperindahkan akan nikmat serta rahmat
yang telah hadir, hadirnya didalam WAJAH-WAJAH
yang membawa kepada hadap menghadap WAJAH
kepada WAJAH
yang sebenar-benar
WAJAH.
Melaut saujana mata memandang diufuk timur dan diufuk barat. Hanya
itu sahaja yang mampu kamu melihat. Sedangkan jangan kamu lupa
tentang nikmat dan kuasa yang telah diberikan kepada kamu sebagai
pengajaran untuk kamu,
kamu,
kamu
berfikir sedalam-dalamnya
bagi menceduk akan keilmuannya yang tiada sempadan. Maka pelengkapkan
lah wahai nuri jiwa bangsa kaumku sebagai mana yang telah
diperlakukan oleh nenek moyang yang terdahulu wajib di ketengahkan
kembali kepada perjuangannya tanpa mempersoalkan siapa dan siapa yang
harus berjuang atas bertanggungjawab
yang terlaksana bagi menentukan aliran kepada cucu cicit saka baka
yang mendatang. Maka kalimat sakti atas keramat tadi wajiblah bagi
darah-darah
serta keturunan mahupun pada saka bakanya yang mengalir dengan
sendirinya yang tiada ucapan kata yang menjelaskan akan berdirinya
sendiri amanat sumpah yang dibawa oleh pengorbanan orang yang
terdahulu wajib bagi kita yang bergelar orang-orang
MELAYU
yang akan memartabatkan kembali kedudukan serta kemashuran bangsa
melayu itu sendiri.
Maka
bangkit
lah, bangkit lah, bangkit lah
wahai SEISI
ALAM
yang merasai akan gentar gunturnya sentuhan yang telah hadir yang
tanpa dihadirkan yang tidak boleh dijelaskan dari sudut kata-kata
bicara yang melalui akan titipan SYER
RU SYER
yang tiada pembohongan maka lepaskan diri kamu dari ikatan yang
membawa kepada kedurjanaan serta pembohongan wajiblah dilepaskan bagi
mengisi kembali akan tunainya perjuangan doa keramat ditasdikkan
kembali didalam ruang-ruang
dada dipenuhi akan kalimat kata keramat yang membawa jalan yang benar
kepada kebenaranya. Bangkit lah bangkit lah atas seteru akan
seruannya yang menyeru memasuki diruang ruang dada yang dipenuhi akan
ALAM
BUANA
pada semestanya percikan yang wajib ditunaikan dari kekangan pujukan
rayuan nafsu iblis yang bermaharaja lela didalam mata hati jiwa yang
tamak yang mementingkan kepada dirinya mahupun sanak saudaranya wajib
ditanamkan sedalam-dalamnya
hingga tiada tanda dan kesan pada SAMESTA
ALAM.
Hatta dari itu andainya pengorbanan ini tidak dilepaskan atau
ditunaikan maka akan hanyutlah dan terhapuslah amanah sumpah keramat
nenek moyang yang terdahulu. Jangan kamu alpa dengan pujukan serta
pujukan yang akan merugikan diri kamu sendiri mahupun BANGSA
TANAH AIR AGAMA
yang tercinta. Yang telah mengadaikan akan dirinya mahupun kaumnya
maka kembalilah kamu kepada jalan sumpah nenek moyang kamu yang
terdahulu.
Untuk
mencari satu kesepakatan BERSATUNYA,
BERSATUNYA, BERSATUNYA
MELAYU,
sebelum mendabik dada isi lah pengisian atas isian yang mencerminkan
kepada budaya bangsamu sendiri. Kamu, kamu,
kamu
adalah cermin yang membayangkan atas bayangan akuan rupa wajah yang
akan kamu persembahkan kepada bakal anak cucu yang mendatang. Marilah
kita bersama sama wahai bangsa kaumku, mengebalikan kembali
kegemilangan KE-RAJA-RAJA-AN
yang semakin pudar dan tercalar akan ketadbirannya yang terlepas dari
tadbir yang dahulunya menjadi satu kebangaan bangsa kaumku. Jika kamu
tidak boleh membebaskan dari belenggu ini bagaimanakah untuk kamu
memerdekakan atas perjuangan pengorbanan nenek moyang yang terdahulu
menjadi satu kata keramat yang boleh kamu laungkan dengan sepenuh
hati jiwa nurani akan kekeramatan kata MERDEKA!!! MERDEKA!!!
MERDEKA!!!.
Jangan lah kamu mengucapkan MERDEKA,
sedangkan jiwa bangsa kamu tiada wujud didalam diri bagi
memperbesarkan akan kata keramat yang dinanti-nantikan
setiap makhluk yang ada diatas bumi yang nyata ini. Malulah kamu pada
diri kamu sendiri yang mana tidak dapat memerdekakan dirinya, adakah
layak kamu membicarakan tentang kemerdekaan akan agama bangsanya
sendiri? Jangan sampai kita mengemis didalam negara yang telah
dimemerdekakan oleh nenek moyang kita sendiri. MERDEKA!!! MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
wahai kaumku.
Sudah
tahu, memberi tahu.
Maka
yang sudah berAKAL menentukan AKAL.
Apabila
penuh AKAL, dia akan mengAKAL.
Umpama
bicara pantun;
BUAH
CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL
GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA
BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU
SALAH BICARA TOLONG AJARKAN.
Bukannya
kurang ajar, biarlah ajar kepalang ajar.
Maka
berhati-hatilah dalam bicara hati.
BANGKITLAH
WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH
WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH
WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI
KURSANI BANGSAKU,
KURSANI
YANG BERANI,
YANG
MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..