Friday, August 30, 2013

pengertian kemerdekaan


Berdiri tegak meratap merentap akan bertebaran memenuhi seisi alam akan perjuangan keramat yang telah lahir diatas bumi yang bertuah ini telah terbukti akan percikan WARISAN WALI KERAMATNYA yang hadir menghadap didada-dada manusia yang bergelar WARISAN WALI MAWADAH yang mengalirkan aliran MUJAHADAH yang telah ditunaikan atas perjanjian wakalah dari sumpah nenek moyang yang terdahulu teracap dan terpahat didalam hati sanubari sekelian makhluk yang menjiwai akan pengorbanan tumpah darah yang telah membasahi akan perut bumi tanah SEZARAH-ZARAH MELAYUNYA yang didukung akan sentuhan dari SYER-SYER yang telah dititipkan akan kesempurnaan bagi yang mewajib pada kata-kata kalimat yang menyerap kepada ubun-ubun ke salbi bagi yang terpercik akan jalur-jalur salurannya yang bergema bagai laungan kebesaran yang tiada penghujungnya. Dari itu wajib lah bagi kita akan mengetauhi akan perjuangan yang sesuci-sucinya yang telah terkorban akan pengorbanan harta benda jiwa dan raga diulami dengan kesengsaraan serta tangas tangisnya melalui liku-liku keperitan bagi membebaskan perjuangan diri yang tertakluk kepada turutan perjuangan nenek moyang yang wajib diteruskan tanpa dihirau akan perjuangan ancaman lalu.

heyyyyyy kaumku tegak berdirilah kamu sebagai mana kata JUNJUNGAN: BERPEGANG TEGUH KAMU PADA TALI ALLAH, JANG KAMU BERCERAI BERAI. Maka dari itu bersama-sama lah kita sentuh menyentuh, sapa menyapa, tarik menarik, pujuk memujuk, akan hati-hati yang bergelora bersama bagi memperindahkan akan nikmat serta rahmat yang telah hadir, hadirnya didalam WAJAH-WAJAH yang membawa kepada hadap menghadap WAJAH kepada WAJAH yang sebenar-benar WAJAH. Melaut saujana mata memandang diufuk timur dan diufuk barat. Hanya itu sahaja yang mampu kamu melihat. Sedangkan jangan kamu lupa tentang nikmat dan kuasa yang telah diberikan kepada kamu sebagai pengajaran untuk kamu, kamu, kamu berfikir sedalam-dalamnya bagi menceduk akan keilmuannya yang tiada sempadan. Maka pelengkapkan lah wahai nuri jiwa bangsa kaumku sebagai mana yang telah diperlakukan oleh nenek moyang yang terdahulu wajib di ketengahkan kembali kepada perjuangannya tanpa mempersoalkan siapa dan siapa yang harus berjuang atas bertanggungjawab yang terlaksana bagi menentukan aliran kepada cucu cicit saka baka yang mendatang. Maka kalimat sakti atas keramat tadi wajiblah bagi darah-darah serta keturunan mahupun pada saka bakanya yang mengalir dengan sendirinya yang tiada ucapan kata yang menjelaskan akan berdirinya sendiri amanat sumpah yang dibawa oleh pengorbanan orang yang terdahulu wajib bagi kita yang bergelar orang-orang MELAYU yang akan memartabatkan kembali kedudukan serta kemashuran bangsa melayu itu sendiri.

Maka bangkit lah, bangkit lah, bangkit lah wahai SEISI ALAM yang merasai akan gentar gunturnya sentuhan yang telah hadir yang tanpa dihadirkan yang tidak boleh dijelaskan dari sudut kata-kata bicara yang melalui akan titipan SYER RU SYER yang tiada pembohongan maka lepaskan diri kamu dari ikatan yang membawa kepada kedurjanaan serta pembohongan wajiblah dilepaskan bagi mengisi kembali akan tunainya perjuangan doa keramat ditasdikkan kembali didalam ruang-ruang dada dipenuhi akan kalimat kata keramat yang membawa jalan yang benar kepada kebenaranya. Bangkit lah bangkit lah atas seteru akan seruannya yang menyeru memasuki diruang ruang dada yang dipenuhi akan ALAM BUANA pada semestanya percikan yang wajib ditunaikan dari kekangan pujukan rayuan nafsu iblis yang bermaharaja lela didalam mata hati jiwa yang tamak yang mementingkan kepada dirinya mahupun sanak saudaranya wajib ditanamkan sedalam-dalamnya hingga tiada tanda dan kesan pada SAMESTA ALAM. Hatta dari itu andainya pengorbanan ini tidak dilepaskan atau ditunaikan maka akan hanyutlah dan terhapuslah amanah sumpah keramat nenek moyang yang terdahulu. Jangan kamu alpa dengan pujukan serta pujukan yang akan merugikan diri kamu sendiri mahupun BANGSA TANAH AIR AGAMA yang tercinta. Yang telah mengadaikan akan dirinya mahupun kaumnya maka kembalilah kamu kepada jalan sumpah nenek moyang kamu yang terdahulu.

Untuk mencari satu kesepakatan BERSATUNYA, BERSATUNYA, BERSATUNYA MELAYU, sebelum mendabik dada isi lah pengisian atas isian yang mencerminkan kepada budaya bangsamu sendiri. Kamu, kamu, kamu adalah cermin yang membayangkan atas bayangan akuan rupa wajah yang akan kamu persembahkan kepada bakal anak cucu yang mendatang. Marilah kita bersama sama wahai bangsa kaumku, mengebalikan kembali kegemilangan KE-RAJA-RAJA-AN yang semakin pudar dan tercalar akan ketadbirannya yang terlepas dari tadbir yang dahulunya menjadi satu kebangaan bangsa kaumku. Jika kamu tidak boleh membebaskan dari belenggu ini bagaimanakah untuk kamu memerdekakan atas perjuangan pengorbanan nenek moyang yang terdahulu menjadi satu kata keramat yang boleh kamu laungkan dengan sepenuh hati jiwa nurani akan kekeramatan kata MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!. Jangan lah kamu mengucapkan MERDEKA, sedangkan jiwa bangsa kamu tiada wujud didalam diri bagi memperbesarkan akan kata keramat yang dinanti-nantikan setiap makhluk yang ada diatas bumi yang nyata ini. Malulah kamu pada diri kamu sendiri yang mana tidak dapat memerdekakan dirinya, adakah layak kamu membicarakan tentang kemerdekaan akan agama bangsanya sendiri? Jangan sampai kita mengemis didalam negara yang telah dimemerdekakan oleh nenek moyang kita sendiri. MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! wahai kaumku.

Sudah tahu, memberi tahu.
Maka yang sudah berAKAL menentukan AKAL.
Apabila penuh AKAL, dia akan mengAKAL.

Umpama bicara pantun;
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH BICARA TOLONG AJARKAN.

Bukannya kurang ajar, biarlah ajar kepalang ajar.
Maka berhati-hatilah dalam bicara hati.


BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU,
KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..



No comments:

Post a Comment