Sunday, August 18, 2013

pentadbir ke-raja-raja-an

Indah sungguh tanjung bidara,
Mencelah angrik dicelah cemara,
Marilah kita memperkasakan bahasa ibunda,
Jangan melanggar hukum menghalalkan cara.
Cara cemara dipohon yang tinggi,
Mengambil ia jangan terpijak,
Jangan lah sangat diikutkan hati,
Akibat rakus maruah terpajak.
Tajak dibawa ketanah rata,
Untuk menanam si padi huma,
Janganlah kita gilakan harta,
Nanti surga tidak terjama.
Jamah menjamah si ikan keli,
Keli dipanggang dimasak lemak,
Maruah diri tidak boleh dibeli,
Jangan lah jadi orang yang tamak.
Tamak si anjing dengan bayangnya,
Terlepas tulang tidak dirasa,
Agihkan saksama dengan hartaNYA,
Supaya semua dapat merasa saksama.
Saksama diberi rasa bersyukur,
Buah yang ranum dapat dijolok,
Apa yang ada merasa akur,
Jangan lah ashik besarkan temolok.
Maka insaflah wahai PERJUANG-PERJUANG serta PENTADBIR KE-RAJA-RAJA-AN. Sudah sampai masanya untuk kita mengenal pasti, akan terpancarnya titik kekembaliannya atas wadah perjuangan nenek moyang serta sumpah-sumpah keramat diletakkan pada tempat yang tinggi melebihi akan dirimu sendiri. Kerana kelahiran yang terluka yang melukai telah mengalir akan sumpah darah nenek moyang orang yang terdahulu dibaluti akan tubuh kecil kamu ketika itu dengan mandian merah bagi mengingatkan kamu akan dari mana datang asal-usulnya akan kelahiran diri kamu supaya kamu dapat mengembalikan kembali akan sumpah yang telah kamu metrai sejak AZALI dan BAHARI pertemuan yang bertemu pada lengkap-selangkapnya menjadikan ia sebagai sumpah perjuangan untuk dimukakan kepada keadilan kaum bangsamu sendiri MELAYU SAMELAYUNYA. Jangan lah mendongak ke langit sedangkan rumput dibumi kamu lupakan berada-adanya dibawah tapak kaki kamu menjulang akan sumpah bagi memperkasakan perjuangan-perjuangan orang yang terdahulu. Bagi yang tidak memahami akan sesuatu perkara tentang ADAB serta warisan bangsa pelajari lah ia dengan sepenuh hati dan jiwa akal serta fikiran yang jelas serta nyata pada induk kekebalan akan pentadbiran KE-RAJA-RAJA-AN dibawah panji payung-payungan KUNING KEKUNINGAN yang diberi RAHMAT kepada bangsa serta anak cucu bagi mempertahankan serta MESASAKAN akan pusaka tinggalan yang jernih lagi tulin akan kesucian rohani. Jangan lah terlalu angkuh atau pun biadab serta memperbodohkan bangsamu sendiri. Akurlah dengan akuan bahawasanya barang siapa yang tidak mengenali akan susur galurnya serta jalur-jalur laluan akan PATI serta ADI PATI akan KEMELAYUAN MELAYUNYA untuk menebus diri sebagai orang MELAYU yang bermaruah tinggi maka berundur lah kamu dilapangan yang kamu terajui serta tidak layak bagi diri kamu memperkatakan tentang sumpah nenek moyang yang TERPUJI lagi SUCI.


Sudah tahu, memberi tahu.
Maka yang sudah berAKAL menentukan AKAL.
Apabila penuh AKAL, dia akan mengAKAL.

Umpama bicara pantun;
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH BICARA TOLONG AJARKAN.

Bukannya kurang ajar, biarlah ajar kepalang ajar.
Maka berhati-hatilah dalam bicara hati.


BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU,
KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..




No comments:

Post a Comment