Sunday, August 25, 2013

pemimpin yang dipimpin




Membawa ikan bersama dedap,
Dedap dibungkus bersama tabu,
Kalau dah tak tahu pergilah mengadap,
Cari lah guru yang mana tahu.


Tahu menahu terasa pijar,
Pijar diramal bersama adab,
Merasa pandai tak perlu belajar,
Dapat bergelar orang biadab.


Hatta dari itu, sedar lah wahai penjulang yang memartabatkan akan amanah yang berlaku ketika ini bagi menjalankan tugasan yang diberi wakil kepada kamu supaya meminta atas rangkaian dokongan sokongan untuk mencapaikan satu kesepakatan perkara diraih bersama-sama serta diagih-agihkan seperti mana saksamanya akan natijah perjuangan yang hakiki. Ingatlah bahawa kamu diangkat sebagai membawa rintihan keluhan kata budi bicara yang tersurat mahupun yang tersirat. Dari itu setelah amanah yang kamu terima haruslah bagi kamu ingin menjadi seorang penyelamat atau ingin menjadi pemimpin pada sesuatu perkara yang termaktub maka, ingin menjadi pemimpin wajib lah bagi diri kamu boleh dipimpin. Jika rangkaian ini tidak boleh kamu tembusi akan fakta yang hadir bagi nyata kepada kenyataannya umpamanya jangan kamu MENANGGUK DIAIR YANG KERUH mahupun MELUDAH KELANGIT TERPERCIK KEMUKA SENDIRI dan janganlah kamu MENYELAM SAMBIL MINUM AIR. Maka diingatkan seharus harusnya akan kepimpinan yang bakal kamu pimpin dari rupa wajah-wajah yang telus bukannya yang menjadi rakus seperti ENDAU DIDALAM BELUKAR. Jadikan lah diri kamu umpama LILIN MEMBAKAR DIRI sanggup terkorban demi memperjuangkan akan cahaya yang dianugerahkan oleh ILLAHI disampaikan dengan sebaik mungkin tanpa cacat dan celanya akan keperibadian kamu. Jangan lah kamu memperbesarkan TEMOLOK yang berunsurkan sifat-sifat penderhaka serta pencerobohan yang dibawa oleh angkara bisikan serta sentuhan anjakan serta pujukan yang dimetrai oleh nafsu buas kamu yang berlandaskan martabat JIN dan SYAITAN.


Sudah tahu, memberi tahu.
Maka yang sudah berAKAL menentukan AKAL.
Apabila penuh AKAL, dia akan mengAKAL.

Umpama bicara pantun;
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH BICARA TOLONG AJARKAN.

Bukannya kurang ajar, biarlah ajar kepalang ajar.
Maka berhati-hatilah dalam bicara hati.


BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU,
KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..

No comments:

Post a Comment