Sunday, August 4, 2013

selamat hari raya aidilfitri

Setelah mengharungi akan kegetiran mahupun keperitan suasana yang merangkul akan diri tentang bertentangan dengan kenyataan DIMANA BUMI KITA PIJAK DISITU LANGIT KITA JUNJUNG. Maka di alam inilah bagi mereka-mereka ini menghayati akan suasana yang telah dianugerahkan kepada manusia tentang kebesaran tentang ciptaan ILLAHI bagi menerajui PADA MAKAM-MAKAM YANG TERPUJI YANG TELAH DIJANJIKAN AKAN KESUMPAHAN. Syabas bagi mereka-mereka yang menjalani akan redha dan akur akan ketentuan SANG PENCIPTA ALAM menerima akan kasih berkasihnya bersama titipan nikmat yang diberi sebagai hadiah atas ibadah yang amat terpuji yang tidak pernah dijanjikan pada bulan-bulan yang lain. Maka wajarlah akan RAHMAT yang ada di dalam RAMADHAN sebagai permulaan titik tolaknya sesuatu perkara untuk diterjemahkan pada DIRI DIRI DIRI DIRI yang memikul untuk disempurnakan semampu yang mungkin. Didalam menjalani perjuangan ini dapat kita mengenali akan kedrilnya diri kita tanpa cahaya renungan dari NUR KASIH akan sifat RAHMAN dan RAHIM SANG PENCIPTA kepada yang dicipta. Maka dihari dan bulan yang baik ini marilah kita bersama sama memegang erat akan ikatan yang disarankan didalam NUR KITAB AL-QURAN yang menyatakan BERPEGANG TEGUH LAH KAMU KEPADA TALI ALLAH, JANGAN LAH KAMU BERCERAI BERAI. Maka dari itu ketepatan masa yang hampir,  wajar lah kita bersama-sama menghulurkan tangan serta bermaaf-maafan andai kata terlanjur budi, tersilap kata, halal berhalal yang mana terambil dan termakan dan terpakai kata mengata, latah melatah, umpat mengumpat, keji mengeji, caci mencaci, herdik mengherdik bagi mengembalikan atas ikatan yang terikat atas warisan kita bersama dikembalikan kepada tempat yang sewajarnya ditempatkan iaitu meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya. Maka dari itu adalah WAJIB bagi kita membuang yang keruh mengambil yang jernih. Jadikan lah hari ini sebagai percambahan yang disemai akan berputik didalam jiwa-jiwa yang menginginkan akan kebahagian serta kesempurnaan kepada sekian alam yang sejagat. Maka terpancarnya seru atas seruan yang telah memanggil akan serunya akan kalimah serta kalimat takbir yang bergema menjadi satu alat pencetusnya akan penyatuannya MELAYU SEJATI kepada orang orang MELAYU. Diperkukuhkan serta diperketatkan atas ikatan dek kerana darah warisan yang mengalir didalam tubuh-tubuh serta batang tubuh yang telah lama disatukan atas penyatuan yang dibenihkan oleh pusaka ayah dan bonda diserapi kepada darah-darah merah keturunannya SUMPAH SEMERAH PADI. Dakap dan dakap lah dengan dakapan yang penuh dengan jiwa yang dititipkan oleh SANG PENCIPTA ALAM melalui kasih sayang yang sejati tidak mengenal akan TUA MUDA MISKIN KAYA SERTA PAPA KEDANA kerana kita HADIR dan TERLAHIR ditempat yang sama. Maka dari itu WAJIB diingatkan apa yang ada kepada kamu belum tentu milik kamu dan apa yang telah kamu berikan kepada sesuatu kepada mereka itulah harta yang kamu miliki. Dari itu akur lah akan akuan diri kamu apa yang terpegang atau tersentuh bukan milik kamu. Itulah milik ILLAHI. Akhir kata kurang adab salah bicara saya menyusun jari sepuloh memohon apa kiranya terlajak kata sopan yang tidak menyenangkan dihati saudara-saudaraku kiranya dapat memaafkan serta memberi tunjuk ajar kepada saya yang hina. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Sudah tahu, memberi tahu.
Maka yang sudah berAKAL menentukan AKAL.
Apabila penuh AKAL, dia akan mengAKAL.

Umpama bicara pantun;
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH BICARA TOLONG AJARKAN.

Bukannya kurang ajar, biarlah ajar kepalang ajar.
Maka berhati-hatilah dalam bicara hati.


BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU,
KURSANI YANG BERANI,

YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..

No comments:

Post a Comment