Monday, September 2, 2013

beban yang terpikul



Adab pengantin memakai tengkolok,
Keris disisip dikiri pinggang,
Kalau asik nak besarkan temolok,
Tunggu lah karma akan mendatang.
Mendatang pendatang dari seberang,
Bersampan kolek mudir kehulu,
Kalau takut dicaci orang,
Lengkapkan diri terlebih dahulu.

Hulu bernama harimau berantai,
Dibawa mengadap berjumpa sultan,
Kalau lah diri buat buat pandai,
Kelak kelak nanti tersesat jalan.


Namun bagaimana, diwalau walau pun bagi yang digalas atas sandangan waimah kecil atau besarnya akan sesuatu perihal perkara-perkara wajib lah bagi mereka-mereka ini melunaskan akan akurnya sumpah janji taat setia kepada SULTAN serta KE-RAJA-RAJA-AN mahupun gagasan dari pentadbir-pentadbir yang mentadbir akan buminya MELAYU diperlakukan dengan seadil-adilnya bagi menuju satu kesepakatan MELAYU bersatu. Dari itu, andai serta andaian yang dilakukan dengan tidak secocoknya akan perlakuan yang mencemar akan tersanggahnya hukum yang termaktub didalam perlembagaan-perlembagaan KEDAULATAN gabungan sumpah MELAYU tidak dapat dilaksanakan sebaik mungkin maka dipersilakan turun dari kedudukan yang diberi kepada kamu dengan secara hormatnya mahupun diambil kira akan dirinya serta keluarga mahupun rangkaian suku sakat mereka-mereka ini tidak boleh memperolehi akan khazanah-khazanah harta milik orang-orang MELAYU ditangguk secara rakus oleh mereka dengan cara yang tidak sewajarnya mereka miliki. Dari itu mahu tidak mahunya atas perlakuan yang telah diterjemahkan dengan secara terang akan keterangan jangan jadi sampai menolak hukum menghalalkan cara. Itulah yang berlaku abad ke abad bagi mereka yang berjiwa akan kerakusan dibontak-bontak jiwa mereka penuh sifat-sifat syaitan dan iblis yang telah mengaburi akan keindahan rupa-rupa pembohongan yang selalu dijanjikan oleh kefahaman yang mereka anuti untuk memperbodohkan akan bangsanya sendiri demi kepentingan nafsu-nafsu mereka sendiri. Perlulah diingatkan wahai pencinta-pencinta warisan pengorbanan yang menyapa akan sahutnya menggunung akan pancar cahaya bagi memartabatkan nilai-nilai murni amanah gugusan keramat nenek moyang terdahulu disempurnakan kepada yang berwajib. Perlu juga diketauhi akan bedanya jurang persoalan yang paling asas akan fakta -akta kehidupan serta pentadbiran yang menjadikan kekuatan untuk mengenali akan keperluan mahupun kekuatan keinginan dan wajib diperjelaskan bahawasanya jangan dijadikan kemahuan itu diatasi atas keperluan. Amat amatilah akan kata-kata keramat ini bagi memudahkan percernaan falsafah perjalanan menerajui teraju yang diunjurkan kepada kestabilan serta keharmonian bangsa kita bersama.

Sudah tahu, memberi tahu.
Maka yang sudah berAKAL menentukan AKAL.
Apabila penuh AKAL, dia akan mengAKAL.

Umpama bicara pantun;
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH BICARA TOLONG AJARKAN.

Bukannya kurang ajar, biarlah ajar kepalang ajar.
Maka berhati-hatilah dalam bicara hati.


BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU,
KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..

No comments:

Post a Comment