Thursday, September 12, 2013

jangan tersasau

puisi tamim:

Sasterawan negara nama diberi,
Tahun 86 nama terpatri,
Diletaknya tinggi tidak terperi,
Bahasanya indah sentiasa dipuji.

Kini kuasa semakin terkikis,
Akibat usia semakin terhakis,
Dihasut oleh yang maha rakus,
Lalu terjebak melawan arus.

Kini sasterawan menjadi sasauan,
Wira bukit hidup tak keruan,
Kerana hati dalam kegelapan,
Kerana daka sudah dihadapan.

Jangan hidup tahu buat,
Setiap masa harus taubat,
Usia senja makan ubat,
Kalau leka terputus urat.

Jangan hidup kerana salina,
Tidur tak basah makan tak lena,
Jangan sampai badan merana,
Kembalilah kepada jalan yang benar.

Wahaiiiiiii....... insan yang bergelar aaaaaaa samad said;
kalau SESAT dihujung jalan, kembalilah kepangkal jalan.
Semoga hidup tidak menjadi karuan.

Sudah tahu, memberi tahu.
Maka yang sudah berAKAL menentukan AKAL.
Apabila penuh AKAL, dia akan mengAKAL.

Umpama bicara pantun;
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH BICARA TOLONG AJARKAN.

Bukannya kurang ajar, biarlah ajar kepalang ajar.
Maka berhati-hatilah dalam bicara hati.


BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU,
KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..

No comments:

Post a Comment