Thursday, January 24, 2013


Orang melayu seolah-olah terkena “bius” oleh bangsanya sendiri, terlalu banyak pantang larang hingga takut dihukum dan dalam tidak sedar maka diri sendiri telah dihukum… umpama membina penjara akan tetapi kita yang memenjarakan diri kita sendiri… orang melayu umpama air yang jernih apabila datangnnya pewarna-pewarna maka keruhlah air itu… siapa yang membinasakan bangsanya sendiri??? Bukankah orang melayu itu sendiri… maka sedarlah wahai bangsaku!!! Mengapa jadi sebegini rupa, maka kajilah sifat melayu itu sendiri… mengapa melayu lekas lupa… kajilah dengan sedalam-dalamnya dimana kesilapan melayu itu sendiri… kerana melayu itu kaya dengan adab santunnya, tatatusila yang paling tinggi yang ada pada kaum-kaum yang lain… kita hanya mengenal akan budaya melayu dan warisan melayu… akan tetapi kita tidak pernah mengkaji kata sopan melayu… umpama dalam kesultanan melayu melaka yang menggunakan kata-kata yang indah… hamba, tuan hamba yang menusuk kalbu dan kalbi apabila seseorang itu mendenganrnya maka ianya menjadi halwa dan manisan bagi kaum lain… kajilah wahai penggemar-penggemar islam dimana salahnya jika nak dibandingkan dengan budaya arab… tidak cukupkah santun budaya melayu yang kita bawa selama hari ini… orang melayu itulah yang menyahkan budaya datuk nenek moyang kita sendiri… sedarlah wahai bangsaku!!! Kononya bangsa melayu itu mengikuti peredaran zaman, sedangkan kita menerimanya bulat-bulat budaya kaum yang lain yang kononnya itulah yang sebenar-benarnya agama yang harus kita ikuti… 

Jangan sampai cacing naik kemata, tak terantuk maka tak terngadah, nasi sudah menjadi bubur, tak
kan dah terantuk baru melayu nak bersatu…

bangkit lah wahai kaumku! bangkit lah wahai kaumku!!! bangkit lah wahai kaumku!!!!! wahai KURSANI bangsaku, KURSANI yang berani, yang menegakkan ilmu yang benar...

No comments:

Post a Comment