Friday, January 25, 2013

Langit dan Bumi



Demi langit dan bumi, dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Perhatikanlah wahai bangsaku, bahawasanya semesta alam telah mengitirafkan kewujudan dan kedalaulatan bumi MELAYU ini. Bumi MELAYU yang kaya dengan hasil perut buminya dan isinya yang dapat dimanfaatkan pada seisi alam. Itulah berkatnya tangan-tangan warisan yang telah memperjuangkannya, yang telah mengorbankan nyawa jiwa bangsa bagi dinikmati cucu cicitnya sehingga kini. Bersyukurlah kerana SANG PENCIPTA telah memperkenankan diatas doa-doa yang terdahulu dan bersumpah atas nama SANG PENCIPTANYA bagi memartabatkan kedaulatan MELAYU demi nuri bangsanya. Segala kenikmatan yang kita kecapi adalah dari sumpah dan berkat dari perjuangan hasil nenek moyang kita. Berdirilah dengan angkuh demi memartabatkan budaya bangsa MELAYU itu sendiri. Demi amanat yang dipikul dan di sandang, nyahkanlah perjuangan yang tiada hala tujunya. Berjuanglah sampai ke titisan yang terakhir bagi MELAYU dan orang MELAYU. Wajib memikul amanat warisanmu sendiri yang telah lama menjalankan akur janji, taat setia, atas kedaulatan SUMPAH SEMERAH PADI sejak BAHARI lagi. BAHA BAHA BAHA, BAHARI yang telah lama memikul amanat BAHA BAHA BAHA. Itulah bahangnya demi kesumpahan mendaulatkan atas kedaulatan SANG PENCIPTANYA. Langit dan bumi menjadi saksi atas kerakusan MELAYU yang memperdayakan, menyesatkan, memperlekehkan, menghancurkan, memperkotak katikkan agama bangsa MELAYU itu sendiri. Tunggulah wahai orang-orang yang menghina atas kedaulatan SANG PENCIPTANYA, masanya akan tiba zaman kehancuran bagi orang yang sedemikian. Itulah janji SANG BUANA. Bagi anak cucu cicit warisan terbilang kaumku, bangsaku, ikutanku, bangkitlah, bangkitlah dari tidurmu yang lena. Banyakkanlah berjaga dari tidurmu kerana PELANDUK SELALU MELUPAKAN JERAT, TETAPI JERAT TIDAK PERNAH MELUPAKAN PELANDUK. Ingatlah, sedarlah bagi yang berjiwa warisan sejati, jangan kita nodai sumpah keramat yang diamanahkan oleh warisanmu sendiri. Berjuanglah, berjuanglah tanpa mengenal kematian kerana mati itu akan sampai wahai bangsaku dan sebelum menghembuskan nafasmu yang terakhir jalankanlah amanat yang AGONG, perjuangan yang AGONG, pengorbanan yang AGONG, cita-cita yang AGONG, kesumpahan yang AGONG yang telah kita junjung dan bermati-matian lah sampai ketitisan yang terakhir tegak dan semaikanlah warisan BUNGA BANGSA yang suci lagi murni, yang suci lagi menyucikan, yang tenang lagi menenangkan sanggup berkorban untuk memikul bani kaum bangsamu wahai MELAYU terulung. 

bangkitlah wahai kaumku!!! bangkitlah wahai kaumku!!! bangkitah wahai kaumku!!! wahai KURSANI bangsaku, KURSANI yang berani, yang menegakkan ilmu yang benar...

No comments:

Post a Comment