Thursday, February 14, 2013

anak kecil main api!!!


Sayang seribu kali sayang, DIBUANG MATI EMAK DITELAN MATI BAPAK, IBARAT DURI DALAM DAGING, tidakkah kamu sedar wahai bangsaku, BUMI ISTANA MELAYU yang indah ini telah tergadai, tercemar dan dicabuli oleh penderhaka-penderhaka yang bertopengkan MELAYU. Tidakkah kamu sedar bahawasanya mereka-mereka inilah yang menjahanamkan khazanah-khazanah nenek moyang kita yang terdahulu. SUDAH TERANG LAGI BERSULOH, bagaikan buah tanaman yang telah kita baja, yang telah kita jaga, yang telah kita percaya, sayangnya buahnya cantik tapi BUSUK didalamnya. Sedangkan padi yang menghening akan warnanya tetapi JELANTAH yang kita terima. Ibaratnya GAK PAK KADOK, KADOK NAIK JUNJUNG, ibarat MENANG SORAK BUMI ISTANA MELAYU itu tergadai. Itulah PAK PANDIR MELAYU yang di agong-agongkan. Siapakah yang harus dipersalahkan? Siapakah? Siapakah? Siapakah? bahawasanya mereka-mereka ini amatlah rakus dan mereka-mereka ini amatlah bernafsu BINATANG. Tidak mengenal akan amanah daripada junjungan dan sumpah nenek moyang yang terdahulu. Kerana dengan menolak AGAMA MELAYU, menolak ADAT RESAM MELAYU, menolak TATASUSILA MELAYU, menolak akan
KE-RAJA-AN MELAYU. Maka timbullah manusia yang berpakaian IBLIS, JIN DAN SYAITAN. Begitulah kenyataannya maruah MELAYU telah tergadai oleh bangsanya sendiri. Ramai yang tertawakan cerita-cerita tentang ANAK KECIL MAIN API. Adakah kamu puas? Adakah kamu rasa senanghati? Adakah kamu berasa bangga mengejek, menggerdik, merendahkan martabat perjuangan orang-orang MELAYU yang MEMELAYUKAN dirinya ketika itu. Nahhhh!!! tidakkah benar apa yang di perkatakan didalam puisi-puisi irama ANAK KECIL MAIN API. Maka tergadai maruahnya tergadai maruahnya. Kali ini peristiwa yang sama telah berlaku di atas BUMI ISTANA MELAYU kini. Apakah susulan tindakan orang-orang MELAYU. Memang orang MELAYU sudah lupa, MELAYU kini hanya berpeluk tubuh sahaja. Memerhatikan atas tergadainya AGAMA atas warisan itu sendiri. MELAYU tetap utuh dan sempurna akan tatacara AGAMANYA sejak azali lagi. Yang tidak ada dikalangan kaum-kaum yang lain. Hatta!!! dari itu marilah kita bersama-sama menarik nafas sedalam-dalamnya, dari hujung rambut sampai ke hujung SALBI. Rasakan lah wahai bangsaku, hayatilah wahai bangsaku, kosongkan lah wahai bangsaku, diri kamu dengan mengisikan kembali badi darah perjuangan nenek moyang suku sakat kita yang terdahulu, bermain lah dengan darah yang merah bagi membangkitkan semula perjuangan darah nenek moyang kita. Rasakan lah alirannya bagai raksa yang mengalir didalam urat denyut nadi HATI JANTUNG KALBU KALBI. Serulah sekian alam, bagi mengembalikan kekeramatan kedaulatan dan kesatuan darah SA-MELAYU. Walau diwalaukan, wajib bagi darah yang tersentuh, tersisir, tersusun, terpercik akan keagungan dari SANG PENCIPTANYA. Maka itulah, maka itulah, maka itulah, percikan anugerah bangsa nenek moyang yang terdahulu. Maka guna pakai lah, maka guna pakai lah, maka guna pakai lah sebaik-baik atas kejadian, langkahlah dengan pelangkahnya, lianlah dengan sekaliannya, pelebatlah dengan kelibatannya umpama guruh menyambar petir. Mainkan lah, mainkan lah, mainkan lah gerak kilat sakti jelmaan PENCIPTANYA bagi membuktikan bahawasanya tuntutan atas perjuangan MELAYU itu masih hadir didalam jiwa-jiwa yang tersentuh. Inilah saudaraku yang sehidup dan semati hanya menunggu hukum atas perintahnya. Berkemudilah wahai saudara sedarah seurat senadi, arahkan lah haluan bahtera perjuang SA-MELAYU. Berikrarlah bahawa darah yang mengalir, darah yang dipaksa atau terpaksa maka itulah hakikat yang termaktub didalam batang tubuh insan yang bergelar MELAYU. Hadapkan lah perngertian wadah perjuangan sesama MELAYU. MELAYU HIDUP!!! MELAYU HIDUP!!! MELAYU HIDUP!!!



BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU, KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..

No comments:

Post a Comment