Tuesday, February 12, 2013

DAULAT TUANKU!!!


Hoiii!!! dimana bumi dipijak di situlah langit dijunjung. PANTANG MELAYU BERPATAH ARANG, PATAH PENDAYUNG BERSAUK LENGAN, namum pelayaran tetap berlayar bersama kemudinya. Nahhh!!! GENGGAM BARA API SAMPAI JADI ARANG, peliharalah bumi yang kita pijak, bumi yang kita junjung, atas wadah perjuangan junjungan, hatta!!! bumi inilah, bumi inilah, bumi inilah istana yang mesti bagi setiap MELAYU bermati matian mempertahankan kedaulatannya dengan mendaulahkan KE-RAJA-RAJA-AN, dengan mengibarkan panji-panji susukkan darah nenek moyang kita yang terdahulu. Berjanjilah kita, berjanjilah kita, berjanjilah kita demi langit, bintang, bulan dan matahari yang memancarkan anugerah dari SANG PENCIPTANYA. Telah kamu rasai akan keadilanya, akan kesempurnaannya, akan kasih sayangnya, akan kuasanya yang meliputi sekian ALAM-ALAM BUANA. Maka hiaskan lah diri kamu, maka pelengkapkan lah diri kamu, dengan pakaian kaum bangsamu sendiri. Pergunakan lah ia dengan bijaksana. Wahai RAJA-RAJA didalam KE-RAJA-AN MELAYU, hasil amanah nenek moyang yang terdahulu, bersamalah kita menangani, kita melengkapi, kita memperbaiki, kita memajukan atas ajuan kembalinya martabat dan kedaulatan sumpah nenek moyang yang terdahulu. DAULAT TUANKU!!! DAULAT TUANKU!!! DAULAT TUANKU!!!. Hamba menyusun jari sepuloh meminta ampun dan maaf dari hujung rambut hingga kehujung kuku, andai tercela kata bicara. Pantang MELAYU menderhaka pada RAJANYA. Sesungguhnya, kami memohon restu dari TUANKU-TUANKU, bagi menjalankan bait puisi gurindam senandung yang telah diamanahkan kepadanya, setiap darah yang mengalir dari kesumpahan nenek moyang MELAYU. Mohon ampun diperkenankan atas menjalankan amanah kedaulatan bangsamu sendiri. Kami rela dibunuh dan terbunuh bagi mempertahankan atas AGAMANYA MELAYU. Mohon hamba memikul tanggungjawab ini atas jemala patik, RAJA ADIL RAJA YANG AGONG RAJA YANG DISANJUNG, maka benarlah pepatah MELAYU menyatakan TIDAK MELAYU HILANG DIDUNIA. Dimanakah tempatnya MELAYU, hanya harapan kami SULTAN dan RAJA-RAJA MELAYU keseluruhannya adalah penaungnya. Kembalikan lah zaman kegemilangan KESULTANAN MELAYU itu sendiri. Bagi kami bumi yang kami pijak ini adalah ISTANA yang amat indah dan sempurna dan kami bersyukur masih lagi didalam naungan KEDAULATAN KE-RAJA-AN – KE-RAJA-AN MELAYU. AMPUN TUANKU BERIBU-RIBU AMPUN, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN. Wahai bangsaku, kembalilah MENDAULATKAN atas pemerintahan KE-RAJA-AN – KE-RAJA-AN yang telah diamanahkan oleh suku sakat jalinan hubung kaitnya atas bait KERAMAT penglipurlara bagi membangkitkan semangat penyatuan AGAMA MELAYU yang tersohor pada masa dahulu. “ADAT DIKELEK, AGAMA DIJUNJUNG” itulah sumpah berdarah bagi keagungan kesatuan penyatuan agama bangsa seni budaya KEKERAMATAN MELAYU itu sendiri. Puncakkan lah dikepala-kepala dengan keindahan selempang, setanjak dari pelbagai amanah yang disampaikan melalui tanjak-tanjakkan yang tersergam indah diatas jemala-jemala yang memikul atas tanggungjawab kaum suku sakatnya wadah perjuang MELAYU yang tulin. Hinakah??? Hinakah??? Hinakah??? Tanjak-tanjak yang tersergam bagai menggunung harapan, bagai menggunung sumpah dan janji taat setia atas kesumpahan untuk meneruskan perjuang sampai ke liang lahat. Ayuhhh!!! bersamalah kita menggunungkan budaya bangsa yang telah tercemar dek tempelan-tempelan budaya yang dianggap suci. Tidakkah kita berasa bangga, bahawa tanjakan tersebut membawa sejuta makna atas perjuangan sumpah berdarah nenek moyang kita. Ingatlah, ingatlah, ingatlah tangan yang mengambil rezeki itu dan yang memasuki ke mulut hanya sesuap sahaja dan makanlah yang mana tersuap sahaja, selebihnya WAHAI BANGSAKU!!! WAHAI BANGSAKU!!! WAHAI BANGSAKU!!! agihkanlah segala rezeki limpahan kurnia kepada sahabat rakan dan taulan yang lain. Setiap rezeki yang kita terima adalah amanah daripada SANG PENCIPTANYA. Dan janganlah kamu rasa tamak dan rakus ibarat ANJING DENGAN BAYANG-BAYANG. Fikirkan lah, fikirkan lah, fikirkan lah bahawa seisi benua ini jika hendak menembusi 7 lautan dengan khazanahnya sudah tentu tidak dapat menampung akan limpah kurnianya SANG PENCIPTA. Maka PAYUNG KERAMAT DIRAJA membuktikan segala amanah yang disandang dan dipikul adalah digalas atas bahu bahu PEMEGANG AMANAH maka disitulah tempatnya bagi MELAYU berteduh dan bernaung. Jangan lah dicemarkan, jangan lah di pinggirkan pada hati harapan bangsa kaummu sendiri. WAHAI PEMEGANG-PEMEGANG AMANAH MELAYU JATI DAN TULIN. Mohon hamba berundur kata, andai ada salah dan silap harap DIAMPUN. HIDUP MELAYU!!! HIDUP MELAYU!!! HIDUP MELAYU!!!..





bangkitlah wahai kaumku!!! bangkitlah wahai kaumku!!! bangkitah wahai kaumku!!! wahai KURSANI bangsaku, KURSANI yang berani, yang menegakkan ilmu yang benar...

No comments:

Post a Comment