Wednesday, February 27, 2013

masuk seperti petir...


Masuk!!! Masuk!!! Masuk!!! masukkanlah seluruh jiwa dan raga wahai saudara-saudaraku. Didalam temuni RAHIM daripada PENCIPTANYA. Bersatulah kita menyusun kembali memperkukuhkan ilmu akan segala ilmu, akan jati segala jati, akan diri segala diri. Menyerahlah dibawah naungan laungan perit getir susukkan keramat wadah perjuangan yang telah kita lalui bersama. Bagi menyempurnakan segala usaha doa keramat pada warisan yang terdahulu. Maka ambillah berkat dari susulan kata-kata yang boleh membawa perjuangan bangsamu sendiri. Ini bukan masanya untuk menyalahkan apa yang telah berlaku. Berfikirlah bagaimana untuk kita mengatur kembali, memperbaiki kembali, menyisip kembali akan perbuatan-perbuatan yang tersisip akan ketelanjuran yang dahulu. Jangan lah kamu wahai saudaraku, takut akan bayang-bayangmu sendiri, berlapang dada lah mengakui akan keakuan perbuatan yang telah terjadi. Tampil lah kehadapan demi menyelamatkan akan warisan bangsamu sendiri. Tagih lah akan ketagihan raih-raih simpati moga-moga kamu terlepas daripada azab yang telah dijanjikan oleh YANH MAHA BIJAKSANA. Hatta, dari itu maka kembalilah kepada jalan bangsamu sendiri. Janganlah kamu berdegil hati, kerana kedegilan itulah yang membawa kerugian pada diri kamu dan bangsamu sendiri. Ayuh berkoyan-Koyan lah kamu bagi yang ketelanjuran menyusun kembali akan wardah perjuangan yang amat-amat berharga untuk cucu cicit kita nanti. Yang patut beralah, beralahlah. Yang patut turun, turun lah. Yang patut terjun, terjunlah demi martabat maruah diri dan bangsamu yang dikasihi dan disayangi. Berilah peluang kepada yang patut memperjuangkan, mempertaruhkan, menghadirkan diri demi menyahut sumpah berdarah bagi kesatuan-kesatuan yang pernah nenek moyang suku sakat kita lalui. Cukuplah dengan apa yang kamu nikmati. Agih-agihkan lah kuasa perjuangan kepada yang mampu memartabatkan ditempat yang paling tertinggi di kalangan kaum bangsa MELAYUMU sendiri. Pilihlah, tapislah agar benar-benar perjuangan pengorbanan ilmu yang benar bagi seantero pelusuk benua yang mengenali akan kehebatan perjuangan SA-MELAYU. Tidak terlepas kepada orang yang tidak memegang pada amanahnya. Maka beranikan lah diri menghadapkan lah diri kepada wajah bangsamu sendiri, jangan lah kamu rakus akan kuasa yang ada lama di tangan kamu, kerana fikirkan lah bahawasanya LANGIT ITU TIDAK SELALU CERAH dan BUMI MANA YANG TAK DITIMPA HUJAN. Adakah kamu ingin MENONGKAT DUNIA? Sedangkan kamu BERTONGKAT DAGU. Waktu dan usia telah pun sampai pada penghujungnya. Maka kembali-kembalikan lah kuasa - kuasa pemerintahan MELAYU kepada martabat SA-MELAYUNYA. Jangan dibiarkan kerana NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA. Kerana SEEKOR LEMBU MEMBAWA LUMPUR, SEMUANYA TERPALIT. Jadi jagalah maruah bangsamu dan keturunan kamu. Maka BENIH YANG BAIK, JATUH KE LAUT MENJADI PULAU. Kalau BENIH YANG BUSUK, maka SESIAL-SIAL BADAN NAMANYA. Maka marilah kita bersama mengumpulkan segala tenaga URAT DAWAI TULANG BESI bagi memperkasakan atas kesatuan SA-MELAYU. Lihatlah apa yang telah terjadi diatas perbuatan tangan kamu sendiri yang telah kamu racunkan, yang telah kamu bunuhkan, yang telah kamu kuburkan akan adat resam tatasusila akan keindahan martabat MELAYU yang diakui akan kehebatanya di segala pelusuk benua. Dimanakah hati-hati jiwa KALBU KALBI yang murni yang telah diamanahkan kepada kamu untuk digunakan dengan sebaiknya. Maka terzalim lah akan bangsamu atas kezaliman kamu sendiri. Kerana jiwa-jiwa yang ada dalam diri kamu bukannya jiwa-jiwa EHWAN malah HAIWAN yang amat nyata. Adakah kamu tidak menyaksikan? Adakah kamu telah pekak? Buta dan tuli? Dengan perbuatan-perbuatan penderhakaan yang telah kamu hunuskan didada-dada, dibenak-benak, dirupa-rupa kaummu sendiri. Maka bidalan menyatakan ingatlah BIARLAH MELETAKKAN SESUATU PADA TEMPATNYA. Jikalau mahu benar-benar mengetauhi benar atas kebenaran supaya tidak kecundang dibelakang hari. Mengapa kita harus menyesali, apa yang telah terjadi. Yang terjadi telahpun terjadi. Masa yang telah lepas tidak akan kembali lagi. Hatta, dari itu bertekad lah dan bulatkan lah kata bagi memartabatkan kembali akan RAJA-RAJA SA-MELAYU bagi menjamin agar tidak tercemarnya lagi. Kedaulatan dibawah DULI, yang mesra lagi AGONG. Maka AGONGAKAN lah, maka mulai hari ini sudah sampai masanya untuk kita AGONG-AGONG kan atas nilai-nilai keperibadian KEAGUNGAN SA-MELAYU.
DAULAT MELAYU!!! DAULAT MELAYU!!! DAULAT MELAYU!!!




BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU, KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…

No comments:

Post a Comment