Monday, February 18, 2013

puisi

baru-baru ini (17/2/13) saya telah mendeklamasikan sebuah sajak untuk pemimpin tersohor dibumi Melaka iaitu Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam Program Sesi Kopi Tarik bersama YAB Ketua Menteri Melaka. terima kasih kepada page sayangi melaka kerana memberi peluang kepada saya.

PEMIMPIN MALAKA KU

Nahhh!!!

Dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
menandakan bumi ini dirahmati oleh sang penciptanya.
Maka di muara sungai inilah,
yang dahulunya menjadi rebutan bagi sekalian makhluk,
yang melihat akan keindahan dan  keterampilannya.

Di dalam bahasa-bahasa illahi,
mewujudkan satu perhiasan yang indah,
dengan hiruk piruk akan kuasa dagang memperdagangkan,
dari barat mahupun timur dan senusantaranya.

Diperut bumi sungai inilah, yang telah mempertahankan,
akan perjuangan nusa dan bangsa,
oleh orang yang terdahulu atas kewajipannya.

Maka diwaktu inilah,
Bahawasanya
telah lahir seorang warisan,
yang mewakili sekelian umat bumi yang dipijak,
serta mengembalikan maruah bangsa bagi semua kaum.

Dengan kepintarannya, dengan kebijaksanaannya, dengan kecerdikkannya

Bernamanya ali, tepat pada masanya
maka saksikan lah akan keajaiban ilmu yang telah dibawa,
untuk memanfaatkan kita bersama.

Syabasss!!! Syabasss!!! Syabasss!!!,

DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM
yang telah mengembalikan martabat melaka ke mata dunia.
Serta seisi jajahan takluknya.

Hidup melaka!!! Hidup melaka!!! Hidup melaka!!! 

No comments:

Post a Comment