Tuesday, May 21, 2013

dendam tak sudah


Maka turunnya mala peteka yang tidak kita sedari daripada kepincangan yang dilakukan oleh para pentadbir-pentadbir atas amanah yang dijulang dari KE-RAJA-RAJA-AN MELAYU telah disalah ertikan dan disalah gunakan atas kuasa-kuasa yang mementingkan kaum KERABAT mahupun sahabat handai rakan dan taulan yang hanya dapat meratah akan khazanah buminya MELAYU kini kepada puak-puak yang tertentu sahaja. Nah... Betapa hebatnya permainan kamu sehingga kamu berjaya membawa kepada KEGAGALAN serta KECUNDANGANNYA amanat warisan bangsa untuk di tadbirkan sebaik mungkin malah kecundangnya MELAYU bukan kerana MELAYU tetapi ianya berpunca dari dendamnya MELAYU kepada orang MELAYU. Namun dari itu MELAYU-MELAYU yang dikatakan pengkhianat bangsa yang meratah dan merangkul akan harta-harta yang patut diberi sama rata kepada orang MELAYU telah terlepas kepada pengkhianat bangsa yang menjadikan gelanggang kuasa bagi mereka-mereka yang mengisi temolok-temolok diri yang tidak pernah ada kesudahan. Ingat lah wahai orang-orang MELAYU, kecundangnya MELAYU bukan kerana bangsa-bangsa yang lain, tetapi kecundangnya MELAYU oleh kerana dendamnya kepada petualang-petualang yang di amanahkan untuk memberi sesama rata akan SARASANYA pengagihan rezeki milik khazanah MELAYU bersama telah digadaikan kepada orang bukan MELAYU. Berpatah lah kamu semua wahai pengkhianat-pengkhianat akan apa yang telah kamu lakukan atas kerakusan serta tamak haloba temolok bersama IBLIS dan SYAITAN. Jadi sudah jelas akan dendam yang tiada kesudahan jika kita tidak bendung dari sekarang dan akan terus kecundang mendatang. Oh... Betapa hinanya bangsa MELAYU yang tidak pernah mengenal erti pengorbanan orang-orang MELAYU yang bersatu, malah dipinggirkan dan di NYAH kan dari menyuarakan untuk berkata benar. Dari itu mulai dari saat ini wahai kaum bangsaku demi SUMPAH KERAMAT SEMERAH PADI yang didulang dan menjulang akan semarak api mempertahankan bumi KURSANI warisan nenek moyang kita yang tercinta. Biar pada dasarnya kita mengembalikan kembali akan pentadbiran, pentadbir-pentadbir serta KE-RAJA-RAJA-AN menjulang dengan angkuhnya permainan sumpah nenek moyang yang terdahulu yang wajib ditegakkan sebagai PANJI-PANJI ALAM bagi menyeru kepada berdiri ALIF ZAT yang sebenar-benarnya.



Sudah tahu, memberi tahu.
Maka yang sudah berAKAL menentukan AKAL.
Apabila penuh AKAL, dia akan mengAKAL.

Umpama bicara pantun;
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH BICARA TOLONG AJARKAN.

Bukannya kurang ajar, biarlah ajar kepalang ajar.
Maka berhati-hatilah dalam bicara hati.


BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU,
KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..

No comments:

Post a Comment