Sunday, May 5, 2013

kehancuran orang melayu


KE-RAJA-RAJA-AN yang baru memerintah disarankan supaya mengenal pasti petualang-petualang yang ada didalam pentadbiran-pentadbiran negara. Mulai saat ini dan detik ini mulai lah dengan mencari sampai ke LUBANG CACING akan pengkhianat-pengkhianat yang menjadi DURI DALAM DAGING, GUNTING DALAM LIPATAN, mahupun ibarat BULOH PEPAT DILUAR, RUNCING DIDALAM. Terajui lah ia daripada pentadbiran kampung iaitu dari JKKK nya sampai ke MENTERI MENTERI. Maka mereka-mereka inilah yang telah banyak mengorbankan dan menggadaikan akan maruah bangsa MELAYU yang telah tercalar. Jadikan lah ia sebagai satu ikhtibar wahai pemimpin-pemimpin negara yang memperjuangkan akan AGAMA MELAYU serta amanah sumpah nenek moyang kita yang terdahulu. Bagi mereka yang baru merasai akan kehidupan telah banyak membuat kesilapan lalu menolak akan pentadbiran MELAYU itu sendiri dan tidak juga disalahkan bagi orang-orang lama yang masih mahu MENONGKAT LANGIT maka turunlah kamu dari tahta KE-RAJA-RAJA-AN yang telah lama kamu pelopori akan kecundangan diri kamu membawa MELAYU ditempat yang tertinggi. Nyata KARMA menolak MELAYU telah hadir atas kenyataannya. Lihatlah penyatuan bangsa yang lain telah mengalahkan atas penyatuan bangsamu sendiri. Dimanakah harus kamu pergi? Bangsa yang lain tetap dengan bangsanya. Alangkah SIAL BADAN NAMANYA jika MELAYU menjadi pengikut bangsa yang lain. Tidak malukah kamu? Tentang diri kamu serta agama bangsanya sendiri. Di mohon perkenankan oleh SANG MAHA KUASA bagi mereka-mereka ini pasti azab hukum KARMA akan mengundang kini. Ingat lah wahai bangsaku. BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH. Berlakunya sedemikian nyata atas kelihatan daripada penglihatan bahawasanya kamu, kamu, kamu telah menjadi alat bagi memenuhi NAFSU SERAKAH mereka-mereka untuk menguasai diri kamu dan bangsa nenek moyang terdahulu dan kini. Sedarkah kamu apa yang telah kamu lakukan wahai bangsaku?


Sudah tahu, memberi tahu.
Maka yang sudah berAKAL menentukan AKAL.
Apabila penuh AKAL, dia akan mengAKAL.

Umpama bicara pantun;
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH BICARA TOLONG AJARKAN.

Bukannya kurang ajar, biarlah ajar kepalang ajar.
Maka berhati-hatilah dalam bicara hati.


BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU,
KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..

No comments:

Post a Comment