Tuesday, May 28, 2013

hati melayu

Cissss... Bagi mereka-mereka yang tidak mempercayai akan KARMANYA SANG PENCIPTA ALAM, telah nyata dan jelas bagi pengkhianat-pengkhianat yang telah kecundang dalam mempertahankan diri untuk terus KONONNYA berjuang untuk MELAYU yang telah gugur dari lapangan ragut pentadbiran yang rakus yang telah diambil selama ini daripada bahagian-bahagian amanah orang--orang MELAYU yang seharusnya sampai pada masanya dan ketikanya untuk diagihkan malah kamu telah engkar akan janji sumpah mentadbirkan akan kuasa amanat daripada KE-RAJA-RAJA-AN MELAYU. Maka terimalah akan sumpah dari saka baka nenek moyang akan karma dan hari perhitungan daripada yang telah kamu lakukan. Perlu diingatkan wahai saudara saudaraku, marilah kita bersama-sama menyusun kembali akan pentadbiran kuasa MELAYU yang sebenar-benarnya dimartabatkan atas mata-mata yang melihat akan keindahan perjuangan MELAYU bersatu. Begitu juga wahai pentadbir-pentadbir bersama samalah kita menyusun kembali kata-kata keramat yang pernah dilaungkan diatas tanah buminya MELAYU oleh para pejuang-pejuang nenek moyang bangsamu yang telah menggadaikan darah-darah yang suci lagi murni bagi memperjuangkan akan cucu cicitnya sendiri. Maka, dari itu pungutlah, sematlah, gantunglah dan kecapilah akan teguran-teguran daripada mereka-mereka yang memperjuangkan akan kata SAKTAH serta saktinya MELAYU kepada bangsa yang terjulang akan penyatuannya. Hendaklah kita bersama-sama menyatukan tenaga serta harta benda bagi mengembalikan akan warisan bangsa yang hampir terkubur dek kerana pengkhianat-pengkhianat yang tidak kenal tentang MELAYU akan perjuangan serta matlamatnya pengertian susur galur atas kehormatan AGAMA JUNJUNGAN. Maka dari itu mulakan lah dari sekarang walau disetiap pelusuk nusantara bumi bertuah mencari satu kesepakatan menampi dan menapis akan setiap inci tanah yang bertuah ini bagi mencari orang MELAYU yang benar-benar memperjuangkan agama warisan nenek moyang nya yang terdahulu. Khabar mengabarkan lah, bisik membisikkan lah, seru menyerukan lah, lambai melambaikan lah akan benih, membenih membenam inti pati serta sari pati yang ditapis sebagai pemangkin untuk memperjuangkan kembali semangat budaya melayu yang sejati.



Sudah tahu, memberi tahu.
Maka yang sudah berAKAL menentukan AKAL.
Apabila penuh AKAL, dia akan mengAKAL.

Umpama bicara pantun;
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH BICARA TOLONG AJARKAN.

Bukannya kurang ajar, biarlah ajar kepalang ajar.
Maka berhati-hatilah dalam bicara hati.


BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!! 
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!! 
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!! 
WAHAI KURSANI BANGSAKU, 
KURSANI YANG BERANI, 
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..

No comments:

Post a Comment