Sunday, October 6, 2013

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI. (kesah 2)


Jangan lah kamu berlengah lagi dalam perihal tersebut dan segeralah menjalankan atas amanah SEMERAH PADI yang terucap dan teracap akan kegemilangannya bak kata perpatah PANTANG MELAYU MENDERHAKA KEPADA RAJANYA. Dan bagi mereka-mereka ini harus serta wajib diasingkan dan diletakkan dibenua-benua yang tiada penghuninya agar mereka-mereka ini memahami akan kata cela yang telah disampaikan membawa kepada karmanya.
Syabas kepada ketuaan peringkat pentadbir-pentadbir amanah warisan yang telah melaksanakan setakat ini dalam memperjuangkan kembali bibit-bibit perjuangan warisan nenek moyang yang terserlah akan keterampilannya membawa kepada bentuk serta rupa kekembaliannya bahasa ibunda budaya yang mencerminkan akan percambahan tunas serta benih wadah perjuangan nenek moyang yang kini telah hidup serta bersinar kembali. Tiada jalan lain lagi bagi menyatukan atas kelompok atau gugusan sebangsa serta berpangsa pangsanya MELAYU untuk dimartabatkan kembali. Tahniah, detik permulaannya telah bermula kini.
MELAYU HIDUP!!! MELAYU HIDUP!!! MELAYU HIDUP!!!

Pepatah tok tuah mengatakan bersama TAK KAN MELAYU HILANG DIDUNIA..


Sudah tahu, memberi tahu.
Maka yang sudah berAKAL menentukan AKAL.
Apabila penuh AKAL, dia akan mengAKAL.

Umpama bicara pantun;
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH BICARA TOLONG AJARKAN.

Bukannya kurang ajar, biarlah ajar kepalang ajar.
Maka berhati-hatilah dalam bicara hati.


BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU,
KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..

No comments:

Post a Comment