Thursday, April 18, 2013

melayu dan islam


Duhai alam semesta yang menyaksikan LANGIT dan BUMI telah terbukti jelas dan nyata dan diakui sesungguhnya martabat MELAYU itu martabat ISLAM. MELAYU dan ISLAM tidak boleh ditukar ganti. Perlu diingatkan wahai bangsaku, sesungguhnya peradaban tatasusila MELAYU itu merupakan sopan santun yang amat tinggi nilainya disisi alam benua malah dicemburui akan fakta tersebut oleh bangsa suku kaum yang lain. Maka, mengapa tidak kita fikirkan bahawasanya MELAYU dahulu atau ISLAM yang dahulu, sedangkan wajah-wajah susulan kata bait puisi gurindam jiwa peradaban MELAYU lebih baik dari peradaban ARAB itu sendiri. Adakah perkara yang baik-baik yang di buat oleh bangsamu sendiri merupakan sesuatu perkara yang tidak mulia disisi pandangan kamu? Dan apakah lebihnya kejahilan perangai orang-orang ARAB yang lebih biadab dengan sopan santunnya sesungguhnya wahai kaum bangsaku, perihatin lah wahai bangsaku bahawa MELAYU itu telah lama ISLAM. Mengapakah harus di sangsikan atas kesangsian tersebut? Dan ada fakta yang menyatakan bahawa MELAYU telah wujud 1300 tahun dahulu. Maka pentingkah dan haruskah serta wajib kah bagi orang MELAYU memperjuangkan atas pakaian-pakaiannya pada bangsa yang lain? Nah sudah jelas dan terbukti bahawa darah-darah yang mengalir dalam tubuh batang kamu bukankah darah daripada nenek moyang kamu yang terdahulu. Jadi, dimanakah yang harus kamu buang atau campakkan aliran darah tersebut yang berserta dengannya adab dan sopan warisan bangsa yang terdahulu yang penuh dengan kemuliannya. Bagi mereka yang menolak MELAYU pada darah dan keturunan maka, nyah lah kamu dari BUMI ISTANANYA MELAYU kini dengan segala hormat di persilakan dari itu yang layak menduduki atas ISTANANYA MELAYU ini hanya bagi orang yang memuliakan atas KE-RAJA-RAJA-AN yang ditakbirkan oleh anak bangsanya sendiri. Rata-rata orang yang memperkecilkan MELAYU itu dengan tidak segan silunya kononnya pakaian ARAB itu adalah pakaian ISLAM. Jadi, dimanakah mulianya mereka-mereka ini jikalau tidak mengenal akan kemulian bangsanya? Mengapa harus kita mengagong-agongkan bangsa yang lain? Sedangkan kamu tidak mengenali akan bangsamu sendiri. Sedangkan kamu telah buta untuk mengenali akan bangsamu sendiri. Maka ISLAM itu benar. Adakah kewujudan MELAYU itu tidak benar? Yang tidak benar itu bukannya MELAYU itu sendiri. Maka hukuman itu patut diterima bagi pengamal-pengamal MELAYU yang tidak mengenal akan KEMELAYUAN tuntutan agama bangsa nenek moyang yang sejati. Maka menolak MELAYU sama lah seperti menolak kebenaran akan ajaran-ajaran MELAYU yang benar lagi mulia. Kita berbahasa dalam bahasa kaum-kaum MELAYU bukannya berbahasa didalam kalangan kaum-kaum ARAB. Dari itu ingin dijelaskan sesuatu perkara, wajib lah bagi kita wahai orang-orang MELAYU, berbahasalah di dalam bahasa-bahasa MELAYU dan bukannya bahasa-bahasa asing yang tidak kita ketahui akan maksud serta tujuan. Maka hentikan lah dari menyesatkan dari kata-kata yang tidak kamu fahami. Bukankah lebih indah bagi sesebuah kaum menyampaikan sesuatu wadah perjuangan dengan tepat lagi jelas akan penjelasannya melalui kata-kata keramat daripada asal usul kaum nenek moyang kita sendiri? Kini telah jelas dan terbukti bahawasanya amalan-amalan budaya MELAYU telah kita tinggalkan, maka perlihatkan lah dan saksikan lah masalah yang berlaku sekarang, ramai yang tidak reti bahasa dan faham bahasa. Yang telah menghukum akan dirinya sendiri IBARAT MELUDAH KE LANGIT, TERPERCIK KEMUKA SENDIRI.


Sudah tahu, memberi tahu.
Maka yang sudah berAKAL menentukan AKAL.
Apabila penuh AKAL, dia akan mengAKAL.

Umpama bicara pantun;
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH BICARA TOLONG AJARKAN.

Bukannya kurang ajar, biarlah ajar kepalang ajar.
Maka berhati-hatilah dalam bicara hati.


BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU,
KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..

No comments:

Post a Comment