Tuesday, April 16, 2013

wali keramat


Hatta, dari perihal SEDARI TELUR INIKAN DINANTI, INIKAN PULA SUDAH MENETAS. Dengar lah, perhatikan lah, bangkit lah sebangkitnya ingin di perbetulkan bahawa sekunang-kunangnya percikan yang diwarisi atas sifat SYER ALAM WALI telah nyata. Marilah kita bersama-sama mendukung atas perihalnya wardah perjuangan yang suci lagi murni serta tulus dalam bentuknya. Wahai pengiman, nadi seninya warisan bangsa pegang eratlah kata-kata akan sumpah janji sejak BAHARI lagi telah termaktub akan peri-peri kata yang boleh menyatukan akan pentadbiran alam yang luas lagi tiada sempadannya. Maka dari itu, ingat lah wahai bangsaku dan orang-orang MELAYU ingin kita perkatakan sehabis-habis persuratan bicara. Maka, TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA. Dan MELAYU TIDAK MUDAH LUPA, hanya yang akan melupai akan keramat kata ini adalah bangsa MELAYU dan orang MELAYU. Kerana MELAYU itu telah ada sebelumnya orang-orang yang mengakui akan keMELAYUannya. Nah, apa yang ditunggu lagi, bila kita didalam kegelapan berpindah lah dan berhijrah lah ke alam yang berCAHAYA malah lagi bersinar. Ambillah yang keruh untuk dilontarkan sejauh-jauhnya, sedalam-dalamnya. Maka isi kan lah, padatkan lah kembali KURSANI diri yang SUCI dan BERANI menerima akan nyatanya kebenaran yang telah di TARJEHKAN melalui sekian ALAM SEMESTA BUANA ini. Masihkah ada kesangsian pada diri kamu wahai saudara-saudaraku akan MAKAM-MAKAM yang telah dijanjikan oleh SANG PENCIPTA KERAMAT ALAM BUANA? Maka katakan lah wahai saudara-saudaraku, wujudkan lah keserasian bagi diri menerima akan kata WALI KERAMAT akan bangsa nenek moyang kamu yang inginkan kesepakatan dibawah naungan PANJI-PANJI HITAM ALAM BUANA naungan SANG PEMBERI RAHMAT. Berpijaklah wahai saudara-saudaraku di alam yang nyata ini bukannya disebalik alam yang kamu tidak ketauhi akan kebenaran watikah perjuangan susulan tonggak kejayaan martabat daulah bangsamu yang sudah terkenal akan peradabannya tanpa mengecilkan akan persekitaran yang ada didalam takluk jajahan kuasa KEDAULATAN KE-RAJA-RAJA-AN MELAYU itu sendiri. Sedang kan telah nyata akan keperibadian tabiat mahupun sifat yang murni yang menjadikan bicara kata MELAYU yang indah ibarat bumi yang di pijak. Disitu wajib langit kita junjung. Maka, panjatkan lah wahai saudaraku hatta, dalam keadaan apa sekali pun kamu berada, BIARPUN DIDALAM KEADAAN YANG GELAP, TETAPI KAMU DIPIHAK YANG TERANG. Perlu diingatkan sekali lagi nyawa batang tubuh ROH SIFAT ROHANI yang mengiakan akan pengenalan ILMU atas ILMUnya sahaja yang dapat menterjemahkan atas warangan perjuangan yang wajib dipikul bagi insan yang terpercik akan sumpah kata KERAMAT WALI peradaban bangsamu sendiri.


Yang tidak tahu, belajar.
Maka nya tidak berAKAL, mencari AKAL.
Sudah tahu, memberi tahu.
Maka yang sudah berAKAL menentukan AKAL.
Apabila penuh AKAL, dia akan mengAKAL.

Umpama bicara pantun;
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH BICARA TOLONG AJARKAN.

Bukannya kurang ajar, biarlah ajar kepalang ajar.
Maka berhati-hatilah dalam bicara hati.


BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU,
KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..

No comments:

Post a Comment