Wednesday, April 10, 2013

pengkhianat bangsa


Masih adakah lagi pengkhianat-pengkhianat bangsa melontarkan kata-kata tanpa menilik akan dirinya sendiri? Sudah jelas dan terbukti bahawasanya orang MELAYU kini menjadikan bangsa MELAYU sebagai bahan tertawa sesama sendiri. Adakah ini yang kamu perjuangkan wahai-wahai saudara-saudaraku? Tidakkah kamu malu dengan diri kamu sendiri. Hentikan lah cakap tentang MELAYU andainya tidak mengerti akan KEMELAYUAN. Biarlah kata itu beralas dan digalas dengan tatasusila mahupun adat sopan santun yang terpuji maka jelaslah kini bahawasanya MAKAM yang ada sebagai MELAYU-MELAYU yang pengkhianat terletaknya pada tempat yang TERCELA. MENEPUK AIR DIDULANG, TERPERCIK KEMUKA SENDIRI. Begitu juga JANGAN MEMANDANG KE LANGIT SAHAJA DAN MELUPAI AKAN RUMPUT YANG DI PIJAK. Maka doa kami kembali lah wahai SAUDARA-SAUDARAKU kejalan MEMPERKASAKAN atas penyatuan MELAYU itu sendiri. Hatta tak secara langsungnya bagi mereka-mereka ini sudah jelas MENYULUH DIDALAM TERANG. Apakah yang kamu dapat wahai pengkhianat bangsa? Apakah untungnya menggadai maruah bangsamu sendiri? Tidakkah SIAL BADAN NAMANYA wahai mereka-mereka ini. Sedar lah darah yang mengalir itu bukankah hasil daripada gugusan keramat dari sumpah warisan nenek moyang kamu sendiri. Jangan kamu lupa wahai pengkhianat bangsa yang memperbodohkan MELAYU sesama MELAYU itulah kemenangan baginya JIN dan SYAITAN yang bertopengkan orang MELAYU. Kami doakan dan kami panjatkan hajat serta sumpah keramat bagi mereka-mereka ini akan menerima musibah-musibah dan tanpa kamu duga akan kehadirannya di atas celupar dan keceluparan mulut-mulut yang bercakap tanpa mengenal asal usulnya kejadian manusia itu sendiri. Dari itu usulkan lah diri kamu dari mana datangnya kamu dan untuk apa kamu dijadikan, supaya kamu menemui ILMU yang hendak disampaikan oleh SANG MAHA BIJAKSANA lagi BERKUASA. Bersumpah lah wahai orang-orang MELAYU, demi memartabatkan bangsamu sendiri. Jadikan lah ianya sebagai satu wadah perjuangan yang wajib bagi kita menjalankan atas amanah serta sumpah setia menjaga akan kedaulatannya AGAMA serta martabat bangsa yang telah dititipkan kepada kamu oleh nenek moyang yang terdahulu. YA TUHANKU, YA PENCIPTAKU, YA SANG MAHA KUASA, telah kau berikan kami untuk mengenal akan petunjuknya atas ILMU yang mengenal ILMU, bahawasanya pengkhianat bangsa telah jelas dan nyata dan bersekongkol dengan manusia-manusia yang telah melanggar adat resam budaya MELAYU. Berani-beraninya mencabar akan darah nenek moyang yang telah gugur mempertahankan AGAMA BANGSANYA sendiri. Inilah yang dikatakan manusia-manusia yang tidak mengenal untung serta biadab yang sanggup memperkecil-kecilkan atas darah yang mengalir didalam batang tubuh mereka-mereka ini yang tidak mengaku akan kebenaran sumpah keramat nenek moyang SUMPAH SEMERAH PADI. Maka dengan ini, tunggu lah wahai si celupar yang menghina bangsamu sendiri akan bala akan kesumpahan yang pasti akan kamu terima sedikit masa lagi. Janji SANG PENCIPTA itu benar bagi hukum atas hukum-hukumannya yang terang mahupun yang tersembunyi. Dia lebih mengetauhi. Bak kata pepatah HABIS MADU SEPAH DIBUANG. Duhai pengkhianat bangsa, duhai MELAYU yang tidak mengenali MELAYU, duhai MELAYU yang tidak tahu akan ertinya MELAYU, janganlah kamu berani-berani sekali lagi mengherdik bangsa nenek moyang kamu yang berjuang bermati-matian demi anak cucunya kini sebagaimana kamu kecapi akan nikmat hasil perjuangan mereka-mereka ini dengan titisan darah yang merah mengalir membasahi akan bumi yang dipijak kini adalah ISTANANYA MELAYU. Apabila sudah jelas akan herdikkan kamu di atas bumi yang dipijak ini, maka kamu telah menderhaka akan KESULTANANNYA MELAYU serta KEDAULATANNYA dan KEKERAMATANNYA sumpah itu akan terpercik kepada mulut-mulut yang celupar yang menghina akan kehadiran bangsa dan dirinya sendiri. Terimalah akan azab terhadap perbuatan kamu sendiri. Itu sudah tentunya pasti akan menanti. Daulatnya benar, maka bagi mereka-mereka ini akan mendapat KETULAHAN daulatnya sendiri.


Yang tidak tahu, belajar.
Maka nya tidak berAKAL, mencari AKAL.
Sudah tahu, memberi tahu.
Maka yang sudah berAKAL menentukan AKAL.
Apabila penuh AKAL, dia akan mengAKAL.

Umpama bicara pantun;
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH BICARA TOLONG AJARKAN.

Bukannya kurang ajar, biarlah ajar kepalang ajar.
Maka berhati-hatilah dalam bicara hati.

BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU,
KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..

No comments:

Post a Comment