Friday, April 12, 2013

penyatuan


Bergolok bergadai tebus menebus yang telah dilaksanakan oleh generasi yang terdahulu yang telah diluahkan hasil yang begitu lumayan yang kita kecapi kini masih ada lagi yang menyangsikan akan kekayaan yang diperolehi atas tampuknya perjuangan yang di gerombali oleh penebus bangsa warisan PANJI ALAM atas AGAMA pertuturan bangsa yang begitu mulia telah kamu raih dan rasai akan kegemilangan tampuk pemerintahan adab MELAYU yang di terajui oleh perwira bangsku sendiri. Tidakkah kamu lihat, butakah telinga kamu? Atau pekakkah mata kamu? Sedangkan yang nyata telah nyata akan keberhasilan sokongan dari mereka-mereka yang memartabatkan AGAMA bangsa warisan mu sendiri. Jikalau berani-beraninya kamu mencelupari akan kata nista serta berbaur akan najis-najis mengherdik akan perjuangan bangsamu silakan lah dengan terhormatnya, berpindahlah kamu dari bumi yang tolak akan kebenaran atas akuan SUMPAH SEMERAH PADI. Dari itu ingatlah wahai bangsa-bangsa serpihan yang lupa daratan yang telah dilekakan dan di lalaikan akan kesenangan yang di nikmati pada masa kini, maka nyah lah kamu dari bumi pentadbiran AGONG DAULAT bangsa MELAYU yang dititipkan bagi mentadbir akan kaum bangsanya sendiri. Sudah terbukti laluan onak ranjau dan duri yang kita lalui kini oleh kerana ketidak sepakatan atas tatasusila yang dibawa okeh moyang-moyang yang terdahulu. Kita langgari, kita musnahkan, kita kuburkan akan keramat kata-kata mulia yang terpancar daripada kaedah-kaedah wadah kesejahteraan akan kemunculan sopan santun, tatasusila serta hormat-menghormati kepada sedarah sedaging setembuni malah senafas. Marilah kita wahai bangsa MELAYU yang terhormat lagi mulia, tidakkah kamu fikir? Tidakkah kamu kaji? Dan tidakkah kamu mengerti? Mengapa kajadian memperkecilkan sesama kita berlaku sewenang-wenangnya dari sudut bangsamu sendri mahupun daripada bangsa-bangsa yang lain. Inikah amalan-amalan yang telah kamu buktikan akan kebodohn dungu kedungungan kamu-kamu yang telah memecah belahkan kaum bangsamu sendiri. Dimanakah perhati atas perhatian yang ada di dalam benak-benak kamu? Hanya menggunakan akal dan nafsu binatang buas kamu. Tanpa kamu sedari akan keculuparan kamu membuatkan bangsa-bangsa lain mentertawakan dan mengotak katikkan akan perjuangan yang kamu lakukan menggambarkan rupa kebodohan yang jelas terbukti di rupa-rupa MELAYU yang tiada ILMU. Tanpa menghiraukan akan tekanan kepada generasi-generasi pelapis yang baru mahu mengenal akan KE-RAJA-RAJA-AN malah DAULATNYA perjuangan MELAYU. Cis bedebah keluarlah kamu dari bumi MELAYU itu sendiri bagi yang memperkecilkan mempersendakan menolak akan MELAYU waimah dari sudut apa sekali pun tentang MELAYU bagi yang menjatikan dirinya memertabatkan akan darah denyut daging senafas percikan WALI keramatnya MELAYU. Tidakkah kamu mengerti bahawasanya seantero benua yang telah dijadikan oleh SANG PENCIPTA yang MAHA BIJAKSANA membuktikan bahawasanya atas akuan alam benua dunia ini tanpa keraguan menyatakan sekian MELAYU dinusantara ini mempelopori akan AGAMA bangsanya junjungan yang terpuji. Bersatu lah wahai bangsa AGAMA JUNJUNGAN, kembali lah diantara wadah-wadah JUNJUNGAN yang dinyatakan oleh JUNJUNGAN maka teruskan lah atas pejuangan yang telah diakui ISLAM seharusnya AGAMA JUNJUNGAN dan sewajibnya menyatukan akan dokongan perjuangan bangsa MELAYU dan MELAYU membawa ke jalan penyatuan.


Yang tidak tahu, belajar.
Maka nya tidak berAKAL, mencari AKAL.
Sudah tahu, memberi tahu.
Maka yang sudah berAKAL menentukan AKAL.
Apabila penuh AKAL, dia akan mengAKAL.

Umpama bicara pantun;
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH BICARA TOLONG AJARKAN.

Bukannya kurang ajar, biarlah ajar kepalang ajar.
Maka berhati-hatilah dalam bicara hati.


BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU,
KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..

No comments:

Post a Comment