Sunday, March 24, 2013

air yang keruh


Bersiap sedia lah kamu wahai PENDERHAKA-PENDERHAKA. Wahai bangsa-bangsa yang menumpang yang dititipkan oleh KE-RAJA-RAJA-ANNYA janganlah kamu MENANGGUK DI AIR YANG KERUH malahan SEKILAS IKAN DI AIR SUDAH TAHU JANTAN ATAU BETINANYA. Jangan diperbodohkan kami-kami ini yang dianggap sebagai bahan perniagaan sesungguhnya bukan semua MELAYU-MELAYU yang boleh kamu perdagangkan. JANGAN TELUNJUK MENCUCUK MATA, sedangkan kehidupan kamu hingga kehari ini, yang kamu nikmati adalah hasil perjuangan bangsa MELAYU itu sendiri. Ingat lah jangan kamu merasa terlalu selesa akan kata-kata yang menyakiti bangsa kaumku yang telah menjamin akan keselamatan kaum-kaum yang lain. Harus di ingat wahai bangsaku, tidakkah kamu sedar akan kepincangan akan diri-diri kamu sendiri. Maka bangkitlah wahai kaumku mencari jalan bagi memperkukuhkan kembali akan nilai-nilai keharmonian kesejahteraan martabat bangsa nenek moyang kita yang terdahulu. Mengapa harus kita menjatuhkan diantara satu sama dengan yang lain? GAJAH YANG BERLAWAN MENGAPA HARUS KANCIL YANG MATI TERSEPIT. Tidakkah kamu malu atau merasa bersalah atau berbangga akan kejatuhan bangsanya sendiri. Lihatlah apa yang telah berlaku akan bangsamu yang telah diperkotak katikkan oleh kaum yang lain. Kenapa berlaku sedemikian? Ingin dinyatakan bahawasanya yang menjatuhkan maruah bangsanya sendiri adalah orang MELAYU itu sendiri. Berfikir lah meminta petunjuk dari YANG MAHA ESA untuk kita kembalikan penyatuan MELAYU BERSATU. Jika tidak, akan ditertawakan oleh kaum yang lain sedangkan yang memerintah negara bukannya UMNO sahaja. Fikir-fikirkan lah wahai sahabat handai, rakan taulan seperjuangan, kekanda adinda mengapa MELAYU yang harus menerima akibat sedangkan UMNO itulah satu-satunya gagasan bagi wakil atas perwakilannya bangsamu sendiri. Insaflah bagi yang berjiwa perjuangan MELAYU BERSATU.



BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU,
KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..

No comments:

Post a Comment