Wednesday, March 13, 2013

teruna dan dara


Ingatlah wahai pembesar-pembesar negeri, ADAT TUA MEMENDAM RAGAM perhati-perhatikan lah akan pelapis-pelapis muda dan mudi teruna dan dara yang akan menggantikan ditempat kita suatu masa nanti. Turun lah hingga ke AKAR UMBI TUNJANG SALBI bagi mencari pelengkap atas kelengkapan wadah sanjungan bonda yang kita sayangi dan kita hormati. Maka ADANYA BATANG MELATA TUMBUHNYA CENDAWAN TUMBUH, maka ADA BUKIT ADA LAH PAYA, maka ADANYA GULA ADANYA SEMUT, maka ADA HARI ADANYA NASI, maka perhebatkanlah wahai bangsaku, turunkanlah sekian amalan ilmu yang terpilih yang baik-baik untuk dijadikan bekalan pada warisan yang kita sayangi dihari kemudian. Hatta dari itu jangan lah terlalu BONGKAK dan DOMBONG apabila kamu berada diatas, balai yang tersergam indah seolah-olah balai itu milik kamu. Sedangkan kamu berada ditempat sedemikian untuk menyambung wadah perjuangan nenek moyang yang terdahulu. Bagi meletakkan satu semangat perjuangan kasih sayang, pada kerdipan-kerdipan cahaya semangat yang semestinya diserapkan kepada waris serta warisan. Wahaiiii para waris, waris, waris atas warisannya, rebutlah kembali akan budaya kepimpinan yang kususnya mutlak bagi kita membawa kehadapan demi maruah bangsamu sendiri. Persiapkan lah segala inti pati akan ketelusan perjuangan agama MELAYU yang murni lagi dihormati. Kenapa ADA SAMPAN KITA PULA MAHU BERENANG? Memadai lah kita meletakkan diri kita sesama kita, bagi memperjuangkan agama sumpah keramat nenek moyang. Ambil lah HIDUP ITU DIKANDUNG ADAT, MATI PULA DIKANDUNG TANAH. Maka hidup bersandar-sandar lah serta menyandar ibarat HIDUP KAYU BERBUAH,  HIDUP MANUSIA BIARLAH BERJASA PADA NUSA DAN BANGSA. Jangan lah kita meletakkan bangsa dan warisan kita ibarat hidup segan mati tak mahu. Maka berjuanglah bersama-sama agar TAMPIAN yang DITAMPI tidak tumpah padanya. Maka JANGAN DIJADIKAN JIKALAU DIHULU AIRNYA KERUH, TAK KAN DAPAT TIDAK HILIRNYA KERUH JUGA. Jauhkan lah diri kita menangguk diair yang keruh. Maka perbetulkan lah agar kita dapat bersama-sama mengembalikan akan akur janji taat setia kepada agama MELAYU yang di bawa oleh SYER yang nyata atas percikannya pada yang mahu memikul atas tanggungjawab yang sedia ada didalam jiwa-jiwa mereka. Maka perhatikanlah wahai bangsaku yang setia, pastikan lah yang akan memerintah, yang akan memimpin, yang akan membawa kehadapan akan sumpah-sumpah perjanjian maut sampai kepenghujungnya jika diatas kepimpinan itu  KEPALANYA ULAR TAK KAN EKORNYA BELUT. Maka berhati-hati lah kita melihat, mengkaji, mengamati, sedalam-dalamnya. Siapakah yang akan memimpin kita serta anak cucu kita kejalan MELAYU yang benar? Dari itu bagi yang telah menderhaka dan yang menggadaikan maruah bangsa, jejak kamu dapat dikesan. Walaupun jejak kamu dapat dihilangkan, tapi sayang bagaimana BELANG kamu hendak dihilangkan. Maka berundurlah kamu dari medan perjuangan kami yang telah di amanahkan. Biarlah penderhaka-penderhaka ini JATUH BERJOLOK, SERTA JATUH BERKAIT. Dengan segala hormatnya undur-undurkan lah diri kamu dari lapangan tersebut. Matikan lah diri kamu sebelum kamu dimatikan. Dari itu hendaklah bagi pemegang-pemegang amanah junjungan, mesti memahami akan pergolakkan yang akan berlaku bagi mempertahankan bangsa warisan yang terunggul kini ibarat JAUHARI SAHAJA YANG MENGENAL MANIKAM. SEKILAS IKAN DI AIR, SUDAH TAHU JANTAN BETINANYA. Sememangnya untuk mendapatkan sesuatu atas kebenaranya sudah tentu harus mengharungi onak, ranjau dan duri yang sentiasa hilang kait mengait ibarat ADA ROTAN ADA DURINYA. Maka jangan lah kita berbuang masa lagi. Maka satukan lah hati-hati kita ibarat air di cincang tak kan putus. Ingatlah wahai kesayangan ku bangsa urat nadiku, semaikan lah akan bait-bait keindahan sesama kita bagi mengharungi untuk mengembalikan pahit getirnya akan kehebatan suasana adat resam junjungan para nenek moyang kita yang terdahulu. KALAU ANAK ORANG, ANAK ORANG LAH JUGA. JADI MENGAPA ANAK MONYET DIHUTAN DISUSUKAN, ANAK SENDIRI DIRUMAH KEKERINGAN. Maka AMBIL LAH PATINYA, BUANG LAH HAMPASNYA. Alang-alang BERMINYAK BIAR LAH LICIN. Alang-alang BERDAKWAT BIAR LAH HITAM.




BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU, KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..

No comments:

Post a Comment