Monday, March 18, 2013

seri pada gala-galanya


Wahai penjawat-penjawat awam, dari penghantar surat hingga ke pengurus-pengurusnya, dari pengurusnya hingga ke JENERAL-JENERALnya, dari JENERAL hingga ke menteri-menterinya, dari menteri hingga ke SULTAN-SULTANnya. Harus lah kamu ingat hasil dari perjuangan kamu semasa dalam pemerintahan KE-RAJA-RAJA-AN harus lah di ingat. Kamu telah melahirkan baka-baka anak kepada cucunya, cucu kepada neneknya, nenek kepada moyang-moyangnya yang telah berlalu dari itu seandainya kamu menghargai akan hasil usaha yang tulus ikhlas serta murni daripada gagasan perjuangan amanah yang telah diamanahkan kepada kamu dapat laksanakan dengan baik dan teliti akan perjalanannya. Kami mengucap syukur atas pengorbanan yang telah kamu lakukan demi memertabatkan agama bangsa MELAYUmu sendiri dari di tindas atas tindasan yang di pelopori oleh musuh-musuh negara bangsamu sendiri. Syabas, syabas, syabas, semoga SANG PENCIPTA meletakkan kamu di dalam golongan orang-orang yang TERPUJI. Namun dari itu tidak terkecuali daripada PENDERHAKA-PENDERHAKA dan PEMBELOT-PEMBELOT negara yang telah biadab akan bangsanya sendiri. Menjual segala rahsia-rahsia sumpah nenek moyang kita yang kita pegang teguh sejak AZALI lagi mahupun yang telah BERSARA ataupun masih dalam perkhidmatan-perkhidmatannya dengan tidak segan silunya melontar TAHI kearah wajah-wajah pemimpin bangsamu sendiri. Tidakkah kamu sedar selagi ada hayat dikandung badan yang kamu miliki kini ternyatalah satu sandiwara dan kepura-puraan yang tidak pernah kamu sedari malah kamu menuduh pemerintahan melayu itu menjadi kufur. Sedarlah sesungguhnya kekufuran yang telah kamu nyatakan telah menjadi darah daging urat nadi bagi warisan kamu yang nyata. Tunggulah wahai PENGKHIANAT bangsa, masa kamu akan tiba. Dengan apa yang kamu ada nescaya akan ditarik balik oleh SANG PEMBERI REZEKI. Ingat, ingat lah, pasakkan lah didada kamu bahawasanya janji HUKUM PENCIPTANYA tidak pernah mungkir. Ibarat AKID DISANGKANYA BATU. Ibarat KACA DISANGKANYA INTAN. Ibarat ANAK KAMBING TAK KAN MENJADI ANAK HARIMAU. Wahai PENGKHIANAT bangsa, mengapakah kamu begitu BODOH, TOLOL dan DUNGU? Tidakkah kamu sedari bahawa setiap kata-kata kamu yang mencemuh akan pemerintahan MELAYU itu adalah sesuatu perkara yang telah berlalu dan menjadi BASI? Mengapakah kamu ingin menceritakan bab cerita-cerita semalam yang telah menjadi BASI, sedangkan SANG PENCIPTA telah memberi kamu anugerah sebaik-baik akal fikiran dan hati untuk kamu melunaskan dan menyelesaikan permasalahan yang berlaku kini. Hadapkan lah perkara-perkara yang didepan mata kamu bukannya dibelakang kamu yang kamu tidak tahu asal usulnya maka BIADAB lah bagi orang-orang yang mengatakan cerita-cerita yang telah BASI. Ayuh marilah kita bersama-sama wahai kaum bangsaku sendiri, mulai daripada titik pertemuan ini atas kenyataan ini bersamalah menyatukan atas penyatuan atas akal fikiran dan hati bagi memutuskan segala persoalan yang tidak terjawab bersama-sama. Dari itu nyahkan lah mereka-mereka yang berpaling tadah yang ashik menyatakan kesilapan-kesilapan diri orang lain sedangkan mereka-mereka ini tidak pernah memaling pada diri mereka sendiri dengan sombongnya mereka mengherdik menghina menjatuhkan maruah bangsanya tanpa mempunyai akal fikiran dan hati umpama binatang-binatang yang liar tanpa tuannya. Marilah kita bersama-sama mengangkat kedua belah tangan menadah tangan ke langit bahawasanya dimana BUMI DIPIJAK DISITU LANGIT DIJUNJUNG. Benar, benar, benar akan alam yang telah menghukum manusia-manusia daripada perbuatan mereka sendiri. Percaya lah, jangan lah kamu menolak akan HUKUM ALAM MAYA yang telah diamanahkan sejak zaman belum beradanya DATUK ADAM kita. Alam yang luas terbentang telah jelas berbahasa dengan ketulusan bagi mereka-mereka memahami akan kekuasaan SANG BUANA yang AGONG lagi SUCI dan MURNI. Beralih lah kita bersama memadukan hati jiwa nurani KALBU KALBI yang terbentang luas dimata mahupun di dada yang menyedari akan kehadirannya. Bertakbirlah demi martabatkan warisan seni bangsa yang telah lama terkubur untuk dikembalikan akan kebangkitannya MELAYU BERSATU. BERSATU MELAYU BERSATU, tinggalkan lah perangai-perangai wajah-wajah kebinatangannya mahupun wajah-wajah JIN dan SYAITAN. Kembali lah kehadrat hukum ALAM SANG BUANA yang jelas terbukti akan hukum hakamnya yang telah terpelihara dari gugusan LUH MAHFUS sejak AZALI lagi. Jangan lah kamu abaikan akan kata-kata keramat yang telah diturunkan oleh junjungan nescahaya barang siapa yang telah melanggar sumpah akan kekebalan keramat tunggulah, tunainya akan pembalasan yang nyata.





WAHAI KURSANI BANGSAKU,
KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..

No comments:

Post a Comment