Friday, March 22, 2013

puisi: MENTARI DIUFUK TIMUR


Dalam dakapan senja menjemput malam hingga kedini hari,
Lautan MANIKAM yang menyinsing fajar,
Masa menghempas masa,
Hari berlari hari,
Masih dapat kita menghirup akan saujana hidupan alam yang semesta, Masih bernyawa aku didalam genggaman SANG PENCIPTA,
Terdengar hiruk piruk kicauan burung,
Serta kegembiraan suasana alam yang kita nikmati,
Akan anugerah,
SANG PEMBERI cahaya suria yang sentiasa memancarkan cahayanya,
Serta seisi alam semesta.

Lihat lah betapa amannya kita berada sekarang,
Namun ada pula yang menderita,
Demi untuk menjaga suasana sekian alam,
Yang terpaksa mengorbankan jiwa raga dan kepentingan kehidupan, Tidakkah kamu merasai wahaiiii bangsaku.

Sesungguhnya pengorbanan para parajurit-parajurit,
Akan sumpah taat setia demi keselamatan nusa bangsa yang tercinta, Supaya tidak diganggu gugat,
Akan anasir yang ingin memecah belahkan,
Yang merosakkan akan agama jiwa bangsa MELAYU yang bersatu.

Marilah kita bersama-sama,
Menyepadukan semangat laungan akan terpeliharanya,
Martabat maruah bangsamu sendiri.

Yang berjuang bermati-matian,
Kami disini menyisip akan titipan DOA KERAMAT,
Atas perjanjian yang telah ditetapkan,
Oleh SANG KUDUS YANG MAHA KUASA,
Dan diiringi oleh bala tentera-tenteranya,
Bagi menyambung akan perjuangan yang murni lagi suci.

Jangan lah kamu gentar mahu pun was-was akan sumpah keramat,
Yang telah dijanjikan pada MAKAM YANG TERPUJI.

Malah yang telah gugur jatuh kebumi,
Menjadi saksi akan kebenaran perjuangannya,
Yang di tuntut oleh junjungan bagi menegakkan,
Tatatusila kebangkitan bangsa nenek moyang yang terdahulu.

Syabas sesungguhnya kamu telah meletakkan diri kamu,
Demi memperjuangkan anak cucu cicit nenek moyang kamu yang terpuji.

Gugurnya kamu,  
Membuktikan akan perjuangan yang tulus ikhlas,
Demi kemulian bangsa dan agama MELAYU yang termurni.

Jasamu wahaiii perwira-perwira bangsaku,
Menjadi titik sejarah untuk kami memperkatakan,
Pengorbanan jiwa agama orang yang terdahulu.

Kami disini merasa bangga,
Akan pengorbanan yang telah kamu curahkan bakti,
Demi untuk menyelamatkan bangsa seagama yang tercinta.

Pandang lah, lihat lah wahaiii bangsa ku masih butakah kamu?
Bahawa yang gugur kebumi itu adalah bangsamu sendiri,
Yang sanggup mempertahankan maruah,
KEDAULATAN KE-RAJA-RAJA-AN MELAYU kini.
Dimanakah kamu-kamu yang berani mengherdik akan bangsamu? Mengapa tidak kamu menyandang bersama-sama?
Untuk menyelamatkan bumi yang bertuah ini,
Tidakkah kamu berasa malu?

Kata-kata pembelot serta penderhaka-penderhaka,
Yang berjiwa binatang syaitan dan iblis,
Yang jelas akan sifatnya harus dan wajib dicantas,
Akan diri dan perbuatan bagi mereka-mereka ini,
PERJANJIAN MAUT akan tiba sebagaimana yang telah ditetapkan
Oleh MASA dan WAKTU dan KETIKANYA.



BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU,
KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..

No comments:

Post a Comment