Wednesday, March 20, 2013

panji-panji


Duhai saudara warisan-warisan seagama MELAYUku, berhati-hati lah, mengingat-ingati lah, berpesan-pesan lah kepada alam semesta bersama seurat senadi menghirup udara yang sama yang diciptakan oleh SANG BUANA bagi mentadbirkan perjalanan alam SYER RU SYER yang telah dijadikan bersama bumi ISTANAnya bagi sekian ALAM. Bersyukur lah atas nama yang SATU akan keESAan martabat sifat RAHMAN dan RAHIM yang melimpah ruahkan atas kasih sayang SANG PENCIPTA untuk yang bernama KHALIFAH-KHALIFAH mahupun pemimpin-pemimpin bagi melaksanakan amanah yang telah di TARJEHkan atas kesumpahan JUNJUNGAN mahupun SUMPAH SEMERAH PADI bangsa bumi BUANA yang tercinta. Jadikan lah amanah sumpah nenek moyang kita sebagai satu martabat pemangkin bagi menyatukan kembali akan adat resam tata susila yang selama ini telah kita hancurkan dek kerana kerakusan JIWA-JIWA yang berbentuk JIN dan SYAITAN serta BINATANG. Kembali lah wahai SERU-SERU, BADI-BADI yang mengalir di dalam ZARAH-ZARAH SYER yang terpacak akan keutuhannya PANJI-PANJI yang bergelar kalimat AHAD AHAD AHAD. Marilah kita bersama membawa wadah AHAD DUN AHAD yang menjanjikan akan KEBENARAN yang mengatasi akan KEBATILAN. Hatta, dari itu wahai penggiat-penggiat dan pengamal-pengamal yang memperniagakan akan maruah bangsa yang bersekongkol dengan rupa-rupa JIN, SYAITAN dan IBLIS serta bersifat BINATANG masa kamu telah pun tiba untuk diKUBURkan bersama PERJANJIAN MAUT dan celaka bagi mereka-mereka yang menyukutukan akan kesumpahan yang memihak kepada KEBATILAN. Maka bagi mereka-mereka ini masih belum terlambat lagi untuk berundur dan berpaling dari ketelanjuran mereka-mereka ini, maka inilah masa dan ketikanya untuk kamu kembalikan martabat bangsa MELAYU seagamanya dengan ikrar, akur, janji, sumpah taat setia terhadap bangsa MELAYU yang suci lagi murni. Jangan lah kamu memperlekehkan lagi atau merendahkan martabat nenek moyang yang telah berjasa dan membawa kita hidup dalam ALAM yang sempurna ketika ini. Kembalilah wahai bangsaku, masih belum terlambat untuk kamu mengakui akan kesilapan yang telah kamu lakukan bersama pengkhianat-pengkhianat dan penderhaka-penderhaka untuk menjatuhkan bagi MELAYU BERSATU. Janji SANG PENCIPTA adalah benar bagi mereka yang menentang akan kebenaran. Tunggu lah dan terima lah akan AZAB KARMA mahupun yang sedang mengalami PERCIKANnya mahupun yang pasti akan tiba dihadapan mata kamu. Bahawasanya PERJANJIAN KARMA PENCIPTA tidak pernah MUNGKIR janji malah perjanjiannya PASTI. Keluar lah kamu selagi ada waktu Masih belum terlambat untuk meminta pengampunan dari SANG PENCIPTA bahawasanya MELAYU itu BENAR maka BENAR, BENAR, BENAR belaka. Fahami lah wahai bangsa seurat senadi dan senafasku yang boleh menyatukan akan GUGUSAN SA-MELAYU adalah orang MELAYU itu sendiri. Adakah ianya boleh berlaku selain daripada kenyataan tersebut? SUDAH TERANG BERSULOH PULA, SUDAH JELAS MERABA PULA. Pasakkan lah wahai saudara-saudari, pemuda-pemudi, pahlawan-seri kandi, perwira-pertiwi harapan bangsa, maju lah bertekad lah bersama kita menjulang akan kekeramatan janji sumpah taat setia kepada bangsa nenek moyang yang beradab dan beradab kepada satu jalan penyelesaian GUGUSAN MELAYU BERSATU.




BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU,
KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..

No comments:

Post a Comment