Monday, March 11, 2013

pemuda pemudi harapan bangsa


Lihat lah, lihat lah, lihat lah tidakkah kamu saksikan bahawasanya MUDA MUDI kini dalam zaman kehancuran? Tidakkah kamu saksikan akan ketelanjuran PEMUDA PEMUDI harapan bangsa yang hanyut didalam arus kesesatan? Inilah akibatnya meninggalkan BUDAYA pesanan nenek moyang kita yang terdahulu. Sudah tidak ada ADAT dan ADAB lagi diantara kecil sama kecil besar sama besar tua sesama tua. Dimanakah hala tujunya mereka ini? Jelas terbukti apabila perjalanan menuju pada yang SATU telah kita abaikan mahupun dari segi bangsa dan agamanya. Mengapakah ini berlaku? Tidakkah kita sedar atau pura-pura tidak sedar? Sedangkan darah yang mengalir itu adalah darah kita sendiri dari keturunan bangsamu dan kaum yang telah kita bina kini. Apakah kita boleh berbangga dalam keadaan ini wahai saudara-saudaraku. Cari lah jalan penyelesaian yang secepat mungkin bagi kita menangani akan zaman kejatuhan bangsamu sendiri. Telah terbukti jelas akan kesaksian bahawasanya nilai murni sesama kita telah tenggelam dek arus yang kononnya membawa kepada perpaduan MELAYU itu sendiri. Tidakkah kamu menyaksikan kebenaran atas perkara-perkara yang terbukti nyata pada perlakuan dan tingkah laku yang memalukan, merendahkan, menghancurkan amanah sumpah keramat bangsamu sendiri. Wahai, wahai, wahai mereka-mereka yang bijak pandai yang konon sayangkan bangsanya sendiri. Lihat lah apa yang telah kamu lakukan kepada warisan bangsamu sendiri. Maka hancurlah harapan untuk NUSA dan BANGSA menjadi satu kenyataan yang benar yang akan berterusan. Bangkit lah, bangkit lah, bangkit lah wahai anak muda yang telah rebah. Kembali lah kamu kepada jalan nenek moyang kamu dan pagari lah ia dengan semangat yang kental bagi menyambung akan perintah amanah ibu bapa serta nenek moyang kamu yang terdahulu. Persiapkan lah diri kamu bagi menjalankan kesenambungan terbitnya nilai-nilai persaudaraan sesama kita. Berpegang teguh lah kamu kepada sumpah dan janji. Jangan lah kamu meleraikannya dan melepaskannya ibarat LEPAS JAMBATAN, TONGKAT DIBUANG. Bawahasanya jangan lah orang lain yang menguasai MELAYU. Biarlah orang MELAYU yang menguasai orang MELAYU. Maka aturkan lah perjalanan-perjalanan untuk melangkah satu tujuan. Perkasakan lah amanat-amanat MELAYU yang dijulang sekian lamanya. Marakkan lah semarak darah merah yg mengalir ibarat sumpah JUNJUNGAN yang tak pernah kering dalam jiwa-jiwa yang murni lagi suci demi mempertahankan hidup atas kehidupan orang yang terdahulu yang telah membina akan kekeramatan pada JIWA dan BANGSA. Jangan lah kita bersalah sangka menjadikan sengketa bersamalah kita mencari jalan keluar yang telah lama membelenggu akan ketidak beradapnya atas peradapan MELAYU kepada keMELAYUannya. Bersamalah kita berdiri memegang erat akan jalinan berpegang tangan bersama menjadikan satu ikatan yang tidak boleh diputuskan oleh mana-mana penderhaka ALAM SEMESTA ini. Sayangilah diri kamu dan keluarga kamu serta akan saudara-saudara yang sedarah, seurat, senadi kerana kita sudah jauh meninggalkan akan budaya nenek moyang kita. Dan ada dikalangan kita terlalu sombong dan bongkak sebongkak-bongkaknya memperkecilkan saudara-saudara seMELAYUnya dengan merasa bangga dapat berbuat sedemikian. Maka perbuatan inilah yang harus kita cantas dan kita bunuh dan kita tanam dan kita nyahkan dari muka bumi ini. Tidakkah kamu sedar bahawa nenek moyang kita sama-sama memperjuangkan atas satu wadah perjuangan yang membawa manfaat kepada semua BANGSA dan AGAMAnya kepada tempat yang termulia disisi penguasa ALAM SEMESTA lagi MAHA BERKUASA..




BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
BANGKITLAH WAHAI KAUMKU!!!
WAHAI KURSANI BANGSAKU, KURSANI YANG BERANI,
YANG MENEGAKKAN ILMU YANG BENAR…..

No comments:

Post a Comment